…..Sambungan entri yang lalu untuk peringatan semua, khususnya kepada para ulamak partisan, separuh partisan mahu pun ilmuan atau ilmuan separuh masak.
Abu Bakar Siddiq r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda; “Hendaklah kamu membaca ‘Lailahaillallah’ dan istighfar dengan sebanyak-banyaknya kerana syaitan berkata, “Bahawa aku membinasakan manusia dengan maksiat dan dosa-dosa, mereka pula membinasakan aku dengan ‘Lailahaillallah’ dan istighfar. Apabila daku melihat mereka dalam keadaan selamat maka aku binasakan mereka dengan hawa nafsu (perbuatan bidaah) yang mereka menyangka berada di atas petunjuk”.
Yang dimaksudkan daripada membinasakan dengan hawa nafsu ialah seseorang yang bertuhan kepada hawa dan nafsunya maka ia menganggapkan yang salah itu adalah benar, dan sebagai anjuran agama. Apa saja yang terlintas di dalam hatinya ia mengerjakannya tanpa memikir apa-apa. Hal ini beberapa kali diperingatkan di dalam kitab al Quran;
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletak tutupan atas penglihatannya? (Tidak mendengar dan melihat kebenaran dan tidak pula menerima kebenaran). Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran.” (Al-Jasiyah 45:23)
Di dalam ayat yang lain, Allah berfirman; “Dan siapakah yang lebih sesat dari orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim (Al-Qasash 28;50)
Ini adalah serangan syaitan yang hebat sekali yakni ia memahamkan kepada manusia segala sesuatu yang bertentangan dengan agama itu sebagai ajaran agama dan mengharapkan ganjaran.
TERANGLAH DI SINI BAHAWA MANUSIA MENGERJAKAN SESUATU SEBAGAI AJARAN AGAMA ATAU SEBAGAI IBADAT MAKA SUDAH TENTU IA TIDAK AKAN BERTAUBAT DARIPADANYA. JIKA SESEORANG YANG MELAKUKAN PERZINAAN ATAU PENCURIAN ATAUPUN LAIN-LAIN KEMAKSIATAN MAKA ADA KEMUNGKINAN BAHAWA LAMBAT LAUN IA AKAN BERTAUBAT DAN MENINGGALKAN PERBUATAN-PERBUATAN YANG KEJI ITU. TETAPI JIKA SESUATAU PERBUATAN YANG TIDAK HARUS TELAH DIANGGAP SEBAGAI IBADAT MAKA BAGAIMANA BOLEH DIA BERTAUBAT DARIPADANYA, DAN BAGAIMANA PULA DAPAT MENINGGALKANNYA. MALAHAN AKAN DIKERJAKANNYA DENGAN LEBIH AKTIF LAGI.
OLEH YANG DEMIKIAN ITULAH YANG DIMAKSUDKAN DARI KATA-KATA SYAITAN, IAITU, “AKU MEMBINASAKAN MANUSIA DENGAN DOSA-DOSA DAN MAKSIAT YAKNI DENGAN MELEMPARI MEREKA KE KANCAH KEMAKSIATAN TETAPI MEREK MEMBINASAKAN AKU DENGAN MEMPERBANYAKKAN ZIKIR DAN ISTIGHFAR. MANUSIA MENCEMASKAN AKU DENGAN MEMPERBANYAKKAN ZIKIR DAN BERTAUBAT KEPADA ALLAH KEMUDIAN AKU MEMERANGKAP PULA MEREKA DI DALAM SUATU JALA YANG MEREKA TIDAK AKAN TERLEPAS DARIPADANYA, YAKNI AKU TELAH MELEMPARKAN MEREKA DI DALAM LEMBAH BIDA’AH KHURAFAT DAN PERBUATAN YANG SIA-SIA.. DI MANA SEMUANYA ITU DIKERJAKAN OLEH MEREKA SEBAGAI ANJURAN AGAMA YANG AKHIRNYA MEMBAWA MEREKA KEPADA KERUGIAN YANG SEDAHSYAT-DAHSYATNYA.”
OLEH ITU SETIAP PERKARA MESTILAH MENGIKUTI JEJAK LANGKAH BAGINDA MUHAMMAD SAW DAN PARA SAHABAT R.A. JANGANLAH SESEKALI MENGIKUTI SESUATU YANG SELAIN DARI SUNAH BAGINDA SAW KERANA SELAIN DARI SUNAH BAGINDA SAW ITU TETAP MEMBAWA KEHANCURAN DAN KEBINASAAN.
IMAM AL-GHAZALI RAH.A MENUKILKAN DARIPADA HASSAN BASRI RAH.A. BELIAU BERKATA;
“BAHAWA TELAH DISAMPAIKAN KEPADA KAMI SUATU RIWAYAT IAITU SYAITAN BERKATA: AKU TELAH BERJAYA MEMANDU UMAT MUHAMMAD SAW KE ARAH KEMAKSIATAN TETAPI TAUBAT DAN ISTIGHFAR MEREKA TELAHMEMATAHKAN TULANG BELAKANG KU. KEMUDIAN AKU MEMIMPINI MEREKA KE ARAH KEMAKSIATAN YANG TIDAK DIANGGAP MAKSIAT OLEH MEREKA. MAKA TIDAK PERNAH MEREKA BERTAUBAT DARIPADANYA IAITU MENGIKUTI HAWA NAFSU DAN MELAKUKAN PERBUATAN-PERBUATAN BIDAAH, YANG DIKERJAKAN SEBAGAI YANG DIANJURKAN OLEH AGAMA MEREKA”
Saya tidak menokok tambah apa yang saya salin dari penulisan Muhadditsin Mohammad Zakaria. Untuk makluman, pengarang kitab ini bukan sahaja seorang hafiz, malahan beliau juga adalah muhadditsin, iaitu ulamak yang hafal keseluruhan hadis samada hadis sahih mahu pun hadis palsu. Siapakah dan berapa keratkah alim ulamak yang bertaraf Muhadditsin di alam ini?
Saya tidak pasti sama ada Syed Qutb mahupun Hassan Al-bana itu seorang hafiz mahu pun muhadditsin.
Seseorang individu jahil yang fasiq tidak mampu mempengaruhi sesiapa. Pemimpin yang fasiq lebih berbahaya dari seorang fasiq yang jahil, tetapi seorang ulamak yang fasiq adalah terlebih berbahaya lagi kerana dengan ilmunya bisa menjadi sumber rujukan ummah.
Itu sebab nabi ada mengkhabarkan ulamak yang fasiq dan bertaraf ‘suuk’ tempatnya di neraka adalah lebih dahsyat dari seorang penyembah berhala.
char mahina le jawabnye..
ReplyDelete