Sunday, July 17, 2011

NAJIB TAK CUKUP JENERAL, PEMBANGKANG MAKIN GANAS

Kebebasan dan ketelusan media cetak dan maya versi pakatan pembangkang semakin menjadi-jadi. Etika penulisan dan cetakan media pakatan pembangkang memang sudah tiada batasan.

Setiap inci ruangan media yang ada akan mereka menafaatkan sepenuhnya untuk membolehkan mereka merebut tempat di neraka jahanam.

Memang benarlah tuhan itu maha kaya. Setiap tuduhan yang mereka lemparkan kepada kerajaan, akhirnya berbalik semula kepada mereka. Merekalah sebenarnya raja segala raja yang melakukan segala bentuk pembohongan, fitnah dan dusta.

Raja rekayasa, raja fitnah dan raja dusta yang disebut dalam al quran adalah dajjal laknatullah.

Kita tidak tahulah samada media pembangkang ni bapak dajjal atau anak dajjal. Kehebatannya kelihatan sama. Apa saja rekayasa, fitnah dan dusta yang dikeluarkan melalui media pembangkang akan dianggap sebagai sesuatu yang benar.

Apakah jenis dajjal yang boleh kita kategorikan mereka ini, jika soal kematian seorang peserta bersih pun mahu dimanipulasi? Orang lain yang mati orang lain yang digembar-gemburkan dengan rekayasa lakonan yang tak pernah terbayang akan ada kalangan orang Islam yang sanggup melakukannya. Lengkap dengan lakonan dari awal sampai akhir kronologi yang membawa kematian peserta bersih taraf mughallazah. Mereka boleh dan sanggup buat sampai tahap itu!!!

Mereka cekap mencanangkan sampai luar negara bagaimana wajah nazak Anwar dalam hospital. Mereka cekap memperkudakan entah Pakistani mana untuk demo dan memalukan PM Malaysia di London. Shame on u Malaysian Government! Shame on u Najib! Walau pun yang berdemo tak sampai 30 orang tapi itu tidak penting bagi mereka. Yang penting berita itu dapat tersiar di seluruh dunia.

Utusan Malaysia pun mereka boleh edit dan cetak sendiri.

Cincin yang hanya mampu dipakai oleh bini-bini firaun pun mahu dipalitkan pada Rosmah. Sekarang sudah terjawab! Melalui bukti deklarasi kastam, jelas sekali cincin firaun itu adalah bertujuan untuk pameran semata-mata. Tiada siapa kalangan rakyat Malaysia yang membelinya.

Tapi lihatlah bagaimana pihak yang sering menuduh Utusan media akhbar pemfitnah, sebenarnya merekalah pemfitnah dan pendusta besar yang sedang dilatih menjadi dajjal.

Bagaimana tuangan begitulah bentuknya. Bagaimana kelakuan pemimpin pembangkang, begitulah kelakuan medianya. Kombinasi antara gerakerja pemimpin pembangkang dan pihak media mereka yang dikepalai oleh Anwar dalam merekayasa fitnah dan dusta berjalan begitu lancar sekali. 

Berapa juta takyat Malaysia yang sedang menjadi mangsa fitnah kedajalan mereka. Mereka sedang menelan apa saja rekayasa, fitnah dan dusta yang dikeluarkan melalui blog-blog pembangkang. 

Pembangkang sebenarnya telah dan terus menghina tahap pemikiran sebahagian besar rakyat Malaysia dengan memomokkan segala rekayasa dan propaganda fitnah untuk disantap oleh rakyat. 

Sebagaimana Amerika dan Israel yang sentiasa mengawal pemikiran masyarakat dunia dengan mengawal seluruh minda pemimpin dan masyarakat dunia melalui pengaruh media yang tidak beretika, begitulah kaedah yang sedang cuba diterapkan oleh gerakan media pembangkang di pemikiran rakyat kini.

Jika kerajaan terus lemah dan mengalah dengan permainan kotor media pembangkang ini, mungkin kerajaan akan berjaya juga ditumbangkan akhirnya. Tetapi wajarkah sesebuah kerajaan itu tumbang disebabkan kebolehan pembangkang mengawal pemikiran rakyat cukup dengan hanya mempropagandakan berita palsu, fitnah dan dusta?

Ke mana perginya akta media cetak? Kenapa sekian banyak berita palsu dan dusta media mereka yang telah termakan oleh rakyat, tetapi tiada satu pun tindakan yang diambil oleh kerajaan?

Bukan saja tiada tindakan, malahan kita tidak juga mendengar apa-apa serangan balas dari pemimpin kerajaan dan menteri-menteri kabinet terhadap semua kerja kotor pembangkang ini.

Kenapa menteri-menteri kabinet dan MKT umno khususnya hanya membuat kerja setakat melepas batuk di tangga? Sampai bila Dato Najib boleh bertahan seorang diri? Sepatutnya Najib tidak perlu bersusah payah memperjelaskan semua ini kerana ia sememangnya berita palsu dan dusta. Jika berita palsu dan dusta pun menteri kabinet dan MKT umno tak mampu nak berdepan dengan pembangkang, jangan haraplah mereka-mereka ini boleh mempertahankan dasar-dasar kerajaan yang sedang dilaksanakan oleh pimpinan Najib.

Tiada lagi pemimpin Umno dan kerajaan yang akan bingkas bangun mempertahankan setiap inci dasar kerajaan dan seorang Perdana Menteri yang memerintah apabila diperlekeh oleh pembangkang. Tun Mahathir dulu bertahan bukan semata-mata di atas keupayaan peribadinya. Tun Mahathir punya ramai komandan dan panglima barisan hadapan yang sanggup berhadapan dengan sesiapa, pada bila-bila masa  dan di atas apa juga isu.

Hari ini Najib tidak punya komandan atau panglima barisan hadapan. Najib hanya ada pekerja yang berjawatan menteri dan MKT yang sibuk menjaga KPI bagi tujuan kenaikan pangkat dan kerjaya masa depan mereka.

Trend terkini para menteri dan MKT penakut ini ialah berselindung dibelakang tubuh ahli-ahli parlimen bebas dan badan-badan NGO yang pro-kerajaan untuk berhadapan dengan serangan pembangkang.

Mereka seolah-olah sudah lepas tangan. Sampai bila Dato Najib boleh berkompromi dengan penyakit takut para menteri dan MKTnya?

1 comment:

  1. KPI....tanya rakyat yg hidup biasa biasa apa pendapat meka..Apa itu PKI ? meka tak tau.. Tangan kakai Tangan Kerajaan apa tu KPI..meka cakap Najib nak angka...buat tak buat itu tak penting yg penting angka... Kualiti Service Kerajaan Masih di takut lama...meka pentingkan makanan atas meja cukup...berniaga bagus...ada untung...aman...penguatkuasa yang tegas tanpa campur tangan warga Politik...itu aja...NGO sekarang semua da berkiblatkan pakatan....Faham tak najib oooi...jgn jadi Paklah ....kaki tangan kerajaan ni ada keluarga, mereka tertekan dgn KPI yg tak kemana pun...itu KPI itu REBRAND aja dulu era Tun M tak ada KPI pun......1 ckp mereka undi akan terlepaskan pada pakatan....Jangan lah pekakkan telinga butakan mata.. Please Pak Najib..

    ReplyDelete