Saturday, September 10, 2011

BN JANGAN ASYIK KENTUT MASA TAHIYYAT AKHIR...

Menjelang PRU13 sepatutnya kerajaan lebih berhati-hati dalam menjalankan pentadbiran dan perkhidmatannya kepada rakyat.

Kerajaan bukan saja tidak boleh membuat sebarang kesilapan, malahan kerajaan juga perlu kelihatan tidak melakukan kesilapan. Isu-isu yang boleh mengundang persepsi buruk atau malapetaka kepada kerajaan harus dielakkan sama sekali.

Seringkali keyakinan rakyat yang sedang giat dibina melalui dasar-dasar baru yang baik untuk faedah rakyat telah terbantut, juga disebabkan oleh kelemahan kerajaan.

Kerajaan baru mengumumkan pemberian bonus sebelum hari raya secara mengejut dan proaktif tanpa perlu menunggu desakan kakitangan kerajaan. Ia sangat baik untuk imej kerajaan.

Tapi selepas hari raya, rakyat dikejutkan pula dengan tindakan drastik syarikat telco mengenakan cukai 6% kepada pengguna talipon bimbit pra-bayar.

Walaupun PM pantas meminta syarikat telco mengkaji semula keputusan ini, tetapi persepsi rakyat yang baru mahu pulih, terbantut semula.

Sebelum pemberian bonus hari raya kakitangan awam tempohari, telah terbit isu yang menjadi pertikaian umum apabila Airasia yang bertaraf ikan seluang telah berjaya menelan sayap ikan MAS. Rakyat memikirkan sudah tidak berulang lagi corporate exercise ala Tingkat 4 di
zaman Pak Lah, tapi akhirnya berlaku juga exercise mirip ECM LIBRA. Malah tangan-tangan yang terlibat juga lebih kurang sama dengan tangan-tangan yang pernah berkuasa di tingkat 4 dulu.

Apalah nak jadi dengan nasib BN kalau keadaan seperti ini terus berlaku menjelang PRU 13 nanti.

Situasi yang dihadapi oleh BN ini samalah seperti orang yang terkentut apabila sampai tahiyyat akhir setiap kali sembahyang.

Rakyat baru mahu percaya dan yakin dengan kepimpinan BN. Tetapi di dalam proses mendapatkankan keyakinan tersebut sering berlaku
perkara-perkara yang menyebabkan persepsi rakyat terhadap BN terencat kembali.

Para pemimpin BN tolonglah hati-hati sikit. Jika dinilai berdasarkan pengalaman barisan kepimpinan yang sebahagian besarnya sudah otai dalam sepak terajang politik, tidak sepatutnya kelemahan seperti ini berlaku.

Kepimpinan umno peringkat bawahan dan ahli-ahli yang sayangkan parti amat berharap kepimpinan atasan supaya bertindak lebih cerdik dari pembangkang.

Sepatutnya BN sudah punya banyak ruang untuk mengasak pembangkang yang sedang berlumha-lumba melakukan kesilapan demi kesilapan dalam percaturan politik mereka. Kelemahan mereka gagal dimanipulasi dengan baik oleh BN kerana pada masa yang sama BN juga banyak memberi bola tanggung kepada pembangkang.

Kepimpinan BN harus sedar, bahawa faktor nasional jauh lebih penting dalam menyumbang kepada kekuatan parti berbanding dengan faktor lokaliti atau pun calon. Sebelum ini ramai menyebut kalau diletakkan songkok pun di satu-satu kawasan yang ditandingi, BN akan menang. Ini terjadi adalah disebabkan faktor dan isu-isu yang berkisar kepada kekuatan BN di peringkat nasional. Bukan faktor lokal. Walau pun wujud faktor calon dan lokaliti, tetapi ia tidak sampai ke tahap boleh mengalahkan BN atau UMNO.

Walau apa pun, imej kepimpinan UMNO/BN di peringkat nasional adalah faktor penyumbang terbesar kepada kuat atau lemahnya sokongan terhadap parti itu di peringkat kawasan.

Kebobrokan/kelemahan dan ketidak-kompetenan  sesetengah pemimpin bahagian bukan baru berlaku sekarang, tetapi sudah wujud sejak puluhan tahun dulu. Walaupun begitu, BN/UMNO tetap menang setiap kali menempuh pilihanraya. Mereka tetap diterima oleh pengundi disebabkan kekuatan imej kepimpinan parti di peringkat nasional telah berjaya menutup sebelah mata pengundi untuk terus memangkah BN. Pengundi sanggup terus menyokong BN walaupun mereka tidak berkenan dengan calon yang mewakili mereka. Semuanya demi BN. Mereka memandang parti dan tidak memandang calon.

Tapi, hari ini calon terpaksa melalui sistem merit yang telah ditetapkan oleh rakyat. Zaman untuk menang dengan cara menumpang tuah kekuatan parti sudah berlalu. Calon perlu membuktikan ia boleh diterima. Kepimpinan juga perlu mengotakan kata-kata mereka untuk mengenengahkan calon winnable pada PRU13 ini. 

Jika faktor ini diabaikan, maka jangan kecewa jika kali ini rakyat akan mengabaikan calon-calon yangbmewakili BN.

No comments:

Post a Comment