Tuesday, April 10, 2012

SASTRAWAN NEGARA PUN BERJAYA DIULIT EMOSI!!


Untuk meletakkan kepercayaan terhadap seseorang, tidak boleh dilihat dari satu sudut semata. Banyak asas dan pertimbangan yang perlu diambilkira dari pelbagai sudut.

Dengan cara ini, kita tidak mudah tersasar, tersilap percaturan atau terlalu mudah diperbodohkan oleh pihak lain. 

Membuat keputusan untuk percaya dan yakin terhadap kepimpinan seseorang, seharusnya dinilai dari banyak sudut dan segi.

Rukun ini perlu diamal dalam menilai kepimpinan seseorang;

1. Kita tidak boleh emosional. Pengaruh dengki, hasad, dendam, khianat, simpati atau hubungan darah akan membatalkan keseluruhan penilaian kita. Penilaian kita pasti bias.

2. Niat kita tidak boleh songsang, iaitu, pendirian awal mempengaruhi keputusan. Sepatutnya, keputusan atau hasil rumusan dari penilaian yang mempengaruhi pendirian kita. Gejala songsang niat ini bukan saja boleh membibit budaya assobiyah dan ketaksuban, malah boleh mengundang perpecahan.

Apakah cukup kita menyokong seseorang disebabkan simpati semata?

Apakah menyokong pemimpin hanya disebabkan terhutang budi dan adanya jaminan kepentingan diri?

Atau, kamu menyokong seseorang itu hanya disebabkan terpukau dengan pidato? Kalau begitu, andalah orang yang paling bodoh dan tuli kerana terlalu mudah menggadai kebolehan akal fikiran hanya disebabkan kepandaian orang lain memainkan emosi anda.

Hanya kerana bahasa yang menyentuh emosi, akal anda terus bungkam, bebal dan tidak boleh lagi berfungsi. Hanya melihat kopiah tergantung di kepala, anda terus percaya, dia pemimpin amanah. Hanya kerana sepotong dua ayat Quran berserta kebolehan ilmu tafsir yang condong ke perut, emosi anda sudah dapat ditawan.

Hanya kerana menggunakan nas dan hukum, pihak lawan dapat dipersalahkan, kamu sudah bertaklid buta kepada tafsiran mereka. Akal dan kewarasan anda gagal membezakan yang mana fitnah dan yang mana kebenaran. Semuanya kamu benarkan secara emosi.

Ada pemimpin yang terlalu kepingin dan gila untuk berkuasa, sedang menikmati bonus, hasil dari kebodohan kamu yang terjerat dengan emosi. Khayal oleh ayat power yang keluar dari mulutnya.

Pemimpin ini juga semakin rakus menunggang sokongan para penyokong  tuli yang telah berjaya dimatikan akal dan kewarasan berfikir. 

Banganglah, seseorang yang bertindak dan menilai hanya bersandarkan emosi dan sentimen. Emosi dan sentimen para pendokong tuli akal ini sedang dipandu oleh kebatilan yang dicipta melalui pembohongan agama, pembohongan fakta dan fitnah sebagai santapan rohani para pendokong agar terus istiqomah dalam beremosi dan ketaksuban.

Mari hulurkan simpati kita kepada pendokong tuli, tetapi sekalung tahniah untuk Anwar kerana tiada ketua gerombolan sehebat kamu.

3 comments:

  1. kesian si tua ni...
    dibawak kesana sini sebagai bahan antik yg usang

    nantu habis madu, sepah dibuang..

    kepada si tua ni, bertaubatlah dan insaflah...

    Jgn jadi agen ambiga, DAP dan yahudi

    ReplyDelete
  2. Kalau kita nak memimpin BERSIH, cermin dulu muka kita seraya bertanya "Mirror, mirror on the the wall, who's the fairest of them all". Uruslah janggut dan rambut kita supaya dilihat bersih, punya keikhlasan dari sekeping hati yang tulus bersih. Marilah kita jadi seorang yang sentisasa menjaga kebersihan. Allah sangat suka kepada kebersihan kerana ianya adalah salah satu cabang keimanan.

    ReplyDelete
  3. ini bukan sastrawan negara, tetapi sastrawan gila. tidak dapat menilai mana yang baik atau buruk. siapa penyokong tuli? kau lebih percaya sibetina gampang tu daripada orang yg seagama dengan kamu. apa hebatnya sinuar ni, orang yang membuat ramai mahasiswa di zamannya gagal dalam pengajian kerana mengikut telunjuknya

    ReplyDelete