Wednesday, May 2, 2012
BUKTI!! ANWAR SALUR WANG BERSIH 3 MELALUI YAYASAN MINDA!!!
Lebih seminggu tak usik blog. Sibuk dengan program Yayasan Minda Kebangsaan (YMK) yang saya pengerusikan. Sebaik selesai program, ke luar negara pulak dan baru balik hari ni.
Sibuk dengan Program Sosial Korporat Pendidikan Sumbangan Bahan Bacaan Tambahan ke Sekolah Luar Bandar Seluruh Negara. Sambutan dari sektor korporat dan guru-guru serta Kementerian Pelajaran Malaysia amat menggalakkan. Insyaallah kalau diberkati, hampir seluruh Pusat Sumber sekolah luar bandar seluruh negara akan dapat bantuan bahan bacaan tambahan. Sekurang-kurangnya dapatlah membuat sedikit sumbangan dan perjuangan membela nasib golongan pelajar di luar bandar.
Tapi program ni tidaklah sehebat sambutan Bersih 3.0. Maklumlah kerja sosial macam ni selalunya kena paksa diri untuk menyumbang kepada masyarakat. Ia berlawanan dengan nafsu dan tiada siapa yang akan bangkit semangat jika ada pihak mengapi-apikan supaya bantu pelajar luar bandar agar pendidikan mereka dapat ditingkatkan tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata. Semua pihak ada peranan yang boleh dimainkan untuk membantu masyarakat.
Berlawanan sama sekali dengan kempen Bersih 3 yang hanya perlu bangkitkan perasaan marah dan memberi api kepada hati setiap rakyat supaya bangkit dan keluar beramai-ramai berdemo, tunjukkan kekuatan di jalanraya.
Puluhan juta bantuan dari pihak asing telah disalurkan kepada pihak penganjur. Jika baju bersih dicetak sebanyak 100,000 saja sudah melibatkan belanja hampir sejuta. Itu belum dikira belanja untuk mobilisasi gerakan massa. Kalau belanja sambutan hari jadi PM pun pembangkang boleh tuduh Pejabat PM belanja hampir setengah juta, apa lagilah belanja untuk mengangkut ratusan ribu manusia di jalan-jalanraya secara serentak di seluruh dunia.
Tidak mungkin orangramai yang keluar dijalanraya macam orang hilang akal itu berkorban wang ringgit sendiri. Sistem perkaderan yang diamalkan oleh Anwar pasti memerlukan belanja besar kerana ia melibatkan individu manusia.
Saya berkeyakinan kerja sumbangan sosial membantu pendidikan anak-anak di luar bandar ini jauh lebih suci dan mulia dari kerja kotor menghimpunkan ratusan ribu manusia di jalanraya semata-mata di atas maksud mahu menunjukkan kekuatan pembangkang dan pada masa yang sama berniat mahu memberi tekanan kepada kerajaan hari ini.
Jika Anwar boleh mengasingkan RM10 juta sahaja kepada YMK, dari jumlah kos puluhan juta yang digunaka semata-mata untuk mengharu-birukan negara dan rakyat melalui Bersih 3, nescaya lebih 2000 sekolah rendah luar bandar di negara ini akan mendapat menafaat yang cukup besar.
Sehubungan dengan ini, saya bagi pihak Yayasan Minda Kebangsaan merayu agar DS Anwar Ibrahim dapat meluluskan permohonan YMK sebanyak RM10 juta sahaja untuk membolehkan YMK membantu 3000 Pusat Sumber sekolah rendah yang masih memerlukan bahan bacaan untuk membantu anak-anak luar bandar akan maju dalam pelajaran mereka.
Berilah bantuan kepada tempat yang sepatutnya. Lebih baik buat sesuatu yang berfaedah dan memberi menafaat kepada lebih 3 juta anak-anak di sekolah rendah luar bandar seluruh negara daripada membantu mahasewel dan gerakan mahasiswa semata-mata untuk bangkit memporak perandakan keadaan yang sudah sedia baik.
Lebih baik DS Anwar beri kami duit tu daripada susah-susah hantar orang sampai ke masjid nabawi semata-mata untuk membela perjuangan Ambiga yang cenderung LBGT dan anti-islam tu.
Anwar...Kamu sedar ke tidak, perjuangan kamu sudah terlalu jauh tersasar dan semakin menampakkan kesesatan yang nyata?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Tidak mungkin orangramai yang keluar dijalanraya macam orang hilang akal itu berkorban wang ringgit sendiri. Sistem perkaderan yang diamalkan oleh Anwar pasti memerlukan belanja besar kerana ia melibatkan individu manusia."
ReplyDeleteHa Ha Ha..... yang datang ke Bersih3.0 hampir semuanya datang menggunakan kos sendiri, termasuk aku sendiri. Yang datang menggunakan kos kerajaan ialah anggota2 PDRM seluruh Malaysia yang dikerah turun ke KL.
Apa kau tahu, kau bukannya turun KL pun.
Insaflah daripada menabur fitnah sesuka hati. Tapi sukahati kau lah. Kubur masing-masing, kan? Alhamdulillah, tanggungjawab aku menegur kau dah lepas...
Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.
Baju T kuning yang dipakai puluhan ribu perusuh dan pendemo tu pakai duit sendiri juga ke? Kalau sehelai RM10 x 100,000 helai berapa banyak duit sponser dari pihak zionis, NDI,FFF dll. yg 'B.A.B.I' tu peroleh untuk huru-harakan negara ni ya. Tu belum lagi duit makan-minum, penginapan di hotel2 hujet sekitar KL. Wahai rakyat Malaysia yg cintakan keamanan marilah ramai2 kita TIBAI mahluk perosak di PRU13 nnti. Ya ALLAH selamatkanlah Malaysia dari pengkhianat2 bangsa dan agama ini. Amin.
DeleteJawaban std dari pentaksub..."insaflah drod menabur fitnah sesuka hati" tp golongan ini dan para pemimpinnyalah yg tidak bokeh hidup tanpa melakukan fitnah, bohong dan dusta. Cuma bg mereka bohong fitnah dan dusta bg mereka adalah kaedah utk berjuang. Bil hikmah kara anwar bil himah kata mereka. Sayang sekali ramai yg bertaklid buta dgn apa sj perkataan Anwar.. Hinggakan golongan ini dah tak pasti yg mana bohong yg mana fitnah. Itu sebab olongan ini dah perasan konon dah nasihatkan org lain supaya ikut terjun dgn si luncainya..
ReplyDeleteNuar sedar tu semua.. tapi alang-alang menyeluk pekasam... Mahu herot muka Nuar dengar YMK minta derma sampai RM10 juta ni..
ReplyDeleteAnon 12.20 tupun betul tu, ada yang datang dengan kos sendiri. Ada yang dapat habuan. Nik Aziz bagi RM20. Nuar bagi RM300 seorang yg dari Permatang Pauh.
Jumlah kehadiran pulak Nuar kata 200,000, kadang-kadang dia kata 300,000. Jokiden rasa lebih, hampir sejuta hadir, tengok bukti kek sini http://kitopunyo.blogspot.com/2012/04/lebih-20-juta-orang-yang-berfikiran.html
Kalau sejuta kos baju RM3.50 x 1,000.000.00= ????? Tapi betul jugak kata anon 12.20am lagi.. ado yang dapek baju ado yang tak dapek...huaaawaaaa!!! Jokiden tak ngaso aaa...
apa la ko.. org lain turun dapat duit.. ko turun modal sendiri... ini mesti kes kabel x cukup kuat.. hahaha... apapun insyaAllah aku sentiasa mohon kat Allah berjaya dunia dan akhirat. kalo org lain semua fitnah, ayat biasa yg ahli pr kena hafal
ReplyDeleteANON 12.20
ReplyDeleteOsah boto bangang eh kau ni ...pegi pakai duit sendiri ..orang sumo berbayar ...kau ikut buto yo ..kubur kau sok kok tak berlampu ..
Org taksub macam kau nilah yang huni nerako sok ..samo yo nasib macam zaman Nabi Lut AS ..jelas kau ni bangang dan sombong ...jadi kalau boleh janganlah kau bagi comment ...baco dan cubolah faham je dulu ...pasal kau ni bodoh bonar ..cubolah yo ..
Yayasan Minda Kebangsaan (YMK) !!!
ReplyDeleteSimpan rahsia baik2, jgn jd mcm Fedlot