Thursday, May 3, 2012
ANWAR BERSYUKUR DAPAT KUDAKAN NIK AZIZ...
Cuba bayangkan betul-betul..cuba fikir masak-masak...cuba kaji ikut akal dan gunalah pengetahuan agama yang tuan puan ada.
Kalau seseorang itu didapati melakukan kesalahan berzina atau meliwat atau mencuri atau lain-lain lagi. Apa respon yang sepatutnya.
Sebagai hakim sepatutnya memutuskan setelah diberi peluang kepada pihak pembela dan pendakwa.
Sebagai pemerhati pula, sepatutnya tunggu dan lihat apa keputusan dari perbicaraan.
Atau pun...
tunggu pandangan dari para ulamak. Ulamak tu pulak mestilah tidak berpihak mengikut kepentingan yang diwakilinya, kecuali berpihak semata-mata kepada Allah. Ulamak berpihak harus ditolak mentah-mentah pandangannya. Ulamak begini tidak layak untuk beri komen. Ulamak begini samalah tarafnya dengan peguambela yang pasti mempertahankan pelanggannya atau samalah dengan pihak pendakwa yang pasti cuba membuktikan orang yang didakwanya bersalah.
Tapi Nik Aziz ni macam mana? Adakah dia terkecuali...?
Apa maksud Nik Aziz apabila siang-siang sudah buat keputusan mempertahankan Azmin Ali atas alasan perkara yang didedahkan oleh media itu tidak sehat, kotor dan jijik untuk dibaca oleh anak muda dan masyarakat!
Mendedahkan perkara maksiat itu jijik, tapi perlakuan maksiat itu suci? Adakah ini yang dimaksudkan oleh Nik Aziz?
Kenapa Nik Aziz lebih cenderung mempertahankan sesiapa saja yang dituduh atau didapati kantoi berkhalwat daripada mencegah perkara khalwat itu terjadi?
Kenapa Nik Aziz lebih bimbang tentang pendedahan perbuatan zina dari perbuatan zina itu sendiri?
Dua-dua salah dan kesalahan tersebut sudah pasti berbeza hukumannya. Kenapa Nik Aziz begitu pantas menempelak pihak yang melakukan pendedahan dan terus mempertahankan secara membabi buta perlakuan si pelaku? Hukum apa yang Nik Aziz pakai?
Kenapa nik aziz tak kata zina itu boleh memudaratkan masyarakat? Boleh pulak kata mendedahkan perbuatan sumbang yang lagi memudaratkan masyarakat. Ilmu tafsir dan takzir mana yang Nik Aziz pakai? Ayat cegahlah kemungkaran dengan kuasa, tangan atau kata-kata tu nak tafsir macam mana?
Pencapai terhebat PAS dan Nik Aziz ialah kesepakatan yang dicapai oleh sekelian pembangkang, samada pihak pembangkang yang kafir, yang islam, yang jahil dan yang alim untuk mengatakan mendedahkan kesalahan zina dan maksiat orang lain "tidak boleh" tapi tidak sentuh langsung perbuatan zina dan maksiat yang terjadi.
Penipuan dan dusta paling besar yang dibuat oleh PAS dan Nk Aziz ialah mereka kata "tidak boleh mengaibkan orang lain", tapi pada masa yang sama 24 jam ke hulu ke hilir mendedahkan segala kesalahan dan penyelewengan pihak lain, walhal ke dua-dua pendedahan yang dibuat oleh ke dua-dua pihak itu tidak pun diketahui kepastiannya?
Kenapa pendedahan oleh pembangkang mengenai salah laku pemimpin kerajaan dikatakan "pasti benar", tapi pendedahan oleh blogger (bukan pemimpin UMNO pun) terus dianggap satu lagi siri kerja kotor umno umno umno untuk mengaibkan pemimpin pembangkang. Ini semua kerja hina dan hodoh pemimpin umno umno umno.
Inikah jalan atau kaedah Islam yang diunjurkan oleh al quran dan hadis pada fahaman Nik Aziz? Inilah jadinya naib kesucian agama jika agama dijadikan alat untuk menjayakan agenda politik yang kotor. Ayat Allah telah ditonggang oleh ulamak berpihak di atas asas nafsu untuk berkuasa.
Sebagai orang alim sepatutnya tindakan paling AFDAL yang patut dilakukan oleh Nik Aziz ialah berdiam diri dari masuk campur mempertahankan secara buta tuli sebarang pembongkaran kelakuan tidak senonoh pemimpin pembangkang sebelum diketahu hujung pangkal cerita sebenar.
Juga Lebih AFDAL berdiam diri dari berkata-kata bagi Nik aziz mengenai sebarang keburukan yang dipalitkan kepada para pemimpin UMNO dan kesalahan sesiapa juga yang masih berada dalam status "kabur".
Ulamak tidak boleh berpihak dalam apa keadaan sekali pun. Jika pandangan sudah berpihak, pandangan tersebut sudah pasti wujud campurtangan dari syaitan dan iblis yang telah berjaya mengelirukan ahli agama seperti Nik Aziz. Sedangkan Nabi Adam pun boleh tertipu dengan mainan Iblis, siapalah ulamak hari ini berbanding Adam as. Apatah lagi sudah jelas ulamak tersebut adalah juga merangkap seorang umarak berkepentingan yang bertaraf Menteri Besar.
Bukankah nabi mengunjurkan lebih baik diam dari berkata-kata?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tok Guru Politik....kerjanya hanya tahu berceramah siang malam sejak sekian lama... beliau di sayangi orang Kelantan kerana hanya.. dia orang Kelantan!
ReplyDeleteNie bukan dikudakan...nie di BABIkan
ReplyDelete