Lambat laun BERSIH 3 akan menjerat pembangkang. Sedikit demi sedikit rakyat yang berada di atas pagar atau majoriti senyap semakin mengecil bilangannya.
Jika dulu rakyat Malaysia terbahagi kepada 3 kelompok yang seimbang, iaitu penyokong kerajaan, penyokong pembangkang dan golongan atas pagar, tapi hari ini semakin ketara pendirian dan arah sokongan mereka.
Sebelum ini golongan atas pagar boleh dikatakan besar bilangannya. Keadaan ini boleh memeningkan UMNO/BN kerana pendirian mereka boleh menjadi undi penentu kemenangan di antara ke dua belah pihak.
Alhamdulillah, berkat dari kegopohan dan kegelojohan pihak pembangkang menggunakan saluran demonstrasi jalanan sebagai kaedah untuk menjatuhkan kerajaan, sedikit demi sedikit perangai, tembelang dan kerakusan pembangkang telah mengundang rasa benci dan meluat rakyat atas pagar.
Rakyat atas pagar adalah golongan yang tidak minat dengan politik. Mereka hanya mahu hidup aman dan senang. Ramai kalangan mereka yang amat benci dengan politik.
Politik secara berlebihan yang digerakkan oleh pembangkang meletihkan golongan atas pagar. Mereka semakin fed up melihat pemimpin-pemimpin politik menghuru-harakan kestabilan negara.
Mereka tidak mahu periuk nasi mereka terjejas. Mereka tidak mahu melihat ada pemimpin negara yang sanggup mengguna apa saja termasuk kuasa asing semata-mata untuk memenuhi agenda dan nafsu politik pembangkang yang semakin tersasae dari garis rasional.
Politik pembangkang semakin hari semakin menampakkan budaya anarki dan ekstrim, tegang dan bertindak seperti musuh yang tidak boleh berkompromi lagi demi sebuah negara dan kehidupannya.
Golongan atas pagar melihat pihak pembangkang semakin tersasar dari amalan demokrasi seperti yang mereka sendiri laungkan.
Tindakan pembangkang yang semakin cenderung kepada politik anarki seperti keganasan yang berlaku di Libya dan negara arab yang lain amat menakutkan golongan atas pagar.
Golongan atas pagar adalah golongan yang tidak mahu mengambil risiko besar dalam setiap perhitungan yang diambil. Itu sebabnya mereka tidak mahu menampakkan kecenderungan politik. Itu sebab ada kalangan mereka, benci kepada politik berlebih-lebihan seperti yang diamalkan oleh pembangkang. Mereka lebih rasional dalam setiap tindakan dan keputusan dari mana-mana rakyat yang menyokong dan komited kepada mana-mana parti politik. Tidak kira samada mereka penyokong taksub kepada kerajaan atau kepada pembangkang.
Gerakan pembangkang yang semakin cenderung kepada kaedah gerakan ekstrim, ganas dan suka kepada suasana tegang telah mengundang rasa takut, bimbang, benci dan meluat golongan atas pagar.
Sedikit demi sedikit tindakan pembangkang ini telah mendedahkan tembelang, kerja kotor dan agenda sebenar mereka.
Golongan atas pagar semakin jelas dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Najib dan pimpinannya semakin sibuk menunjukkan komitmen dan tanggungjawab kerajaan dalam memenuhi tuntutan dan keperluan rakyat, tapi pembangkang sibuk menghasut rakyat keluar menunjukkan protes dan membenci kerajaan.
Kerajaan sibuk memenuhi segala janji-janji kepada rakyat tapi pembangkang tidak henti-henti menambah janji demi janji yang semakin mustahil untuk dipenuhi.
Pihak kerajaan sibuk bertindak meliberalkan mana-mana undang-undang yang dikatakan drakonian, tapi pembangkang begitu cekap mengambil kesempatan dari pemansuhan ISA, pindaan akta polis, dan undang-undang perhimpunan untuk melempiaskan kerakusan mereka merampas Putrajaya.
Terbukti..! Desakan mereka selama ini supaya kerajaan melonggarkan pelbagai bentuk undang-undang yang dikatakan menindas sebenarnya adalah bermaksud jahat. Merekalah paling cekap dan pantas mengambil peluang memanipulasi segala tindakan rasional kerajaan sebaik saja pindaan undang-undang ini dilakukan.
Golongan atas pagar bukan bodoh untuk melihat semua tindakan rasional yang telah dilakukan oleh kerajaan. Golongan atas pagar juga bukan bodoh untuk melihat dan menilai segala tindakan luar batas dan ekstrimis pembangkang dalam setiap tindakan mereka.
Alhamdulillah sekali lagi dipanjatkan kepada Allah swt. Memang sah, Allah maha kuasa dan Dialah sebaik-baik pengatur sekelian alam. Dialah yang memuliakan sesiapa yang dikehendaki dan memghinakan sesiapa yang dikehendaki. Dialah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki dan mencabut kuasa dari sesiapa yang dikehendakiNya.
Sedangkan dalam kedaifan dan tiada keupayaan untuk menyelamatkan kaabah dari dihancurkan oleh tentera Abrahah pun, jika tiada keizinan dari Allah, burung ababil pun boleh dihantar oleh Allah untuk menyelamatkan kaabah.
Yakin dan percayalah kepada maha kuasanya Allah. Yakinlah akan maha pengasih dan maha penyayangnya Allah. Selagi Allah berkehendakkan negara Malaysia ini selamat, aman dan makmur seperti mana lazimnya dari sebarang musuh perosak, dari zionis dan yahudi, maka Allah amat berkuasa untuk mencabut segala kekuatan musuh dengan caraNYA yang tersendiri.
Masa akan menentukan yang mana batil, yang mana lebih batil, yang mana benar dan yang mana lebih benar dan hak.
Gerakan dan modus operandi kotor pembangkang semakin terdedah satu demi satu. Segala gerakan yang dilakukan pembangkang lebih banyak menyerlahkan keburukan dan mendatangkan kerugian kepada pihak mereka. Tembelang semakin banyak yang pecah.
Yakinlah, Allah swt akan menghantar golongan atas pagar yang rasional untuk menyelamatkan negara ini dari terjerumus hancur oleh tangan-tangan musuh, perosak dan penjahanam kehidupan bertamadun rakyat negara ini.
Aku adalah seorang daripada orang atas pagar ni. Aku tak pernah memangkah sapa sapa, tapi tahun lepas aku daftar sebagai pengundi kerana aku tak pernah tenguk Selangor lebih main politik ajer macam ni.Aku tenguk sampah berlambak, jalan teruk,Malaysians semakin polarised...ishhh tak pernahlah Malaysia jadi huru hara macam ni....lepas tu asyik berdemo plak. Kalau Malaysia ni banyak orang kebuluran,tak ada jalanraya,sekolah, hospital..adalah sebabnya nak berdemo.PR macam tak boleh fikir rasional jer...macam berdendam pulak.Macammana nak jadi pemerintah macam tu
ReplyDeletebetul parti Puki R ni hanya nak berdendam kerana mungkin tak kesampaian hajat. negara-negara yg hancur terutama negara islam gara-gara penyagak macam orang pkr. mesir, libya, syria jangan harap akan menjadi aman lagi bila adanya puak-puak yg dah sedap buat kerja bodoh macam fucktan rakyat nak buat di malaysia.
ReplyDelete