Thursday, June 28, 2012

AKHIRAT...? ITU ANTARA ANA DAN TUHAN! - ANWAR!!

Penyokong dan pentaksub Anwar dan pembangkang semakin bankrap pemikiran dan pertimbangan rasional. Mungkin rukun iman kumpulan ini sudah tinggal 5 saja. Atau pun mungkin kurang dari 5. Mungkin mereka masih beriman kepada Allah, malaikat, kitab-kitab, rasul dan hari kiamat.

Beriman kepada qada dan qadar sudah mereka lupuskan. Apa hukumnya bagi seseorang yang tidak beriman dengan salah satu dari 6 rukun iman ini?

Lihat dan kajilah perangai para pentaksub Anwar dan pembangkang. Bila sampai ke perut dikempiskan, bila sampai ke mata dilelapkan.

Bila Anwar dipecat dari semua jawatan dalam parti dan kerajaan, penyokong dan pentaksub termasuk Anwar tidak mahu menerima kenyataan.

Bila Anwar dituduh dimahkamah, segala bukti dan saksi pendakwa ditolak dan dianggap palsu dan penipu. Yang nyata dan terang ditolak dan dinafikan, sebaliknya yang tidak nyata dianggap benar. 

Segala fakta yang membawa kepada pemecatan ditolak mentah-mentah, sebaliknya yang dipercayai adalah ianya konspirasi peringkat tertinggi yang kononny terlalu takut dengan sikap Anwar yang tidak berkompromi dengan rasuah.

Rasuah "arahan supaya polis ugut ummi dan Azizan" yang dilakukan secara nyata ditolak, tapi segala tuduhan rasuah terhadap pemimpin UMNO yang tidak pernah ditunjukkan bukti, dipercayai sebagai benar.

Video yang disahkan 99.9% tulin ditolak mentah-mentah, sebaliknya gambar superimposed Najib-Altantunya-Razak Baginda dipercayai. Gambar palsu PM Najib pakai Nandek dipercayai, tapi gambar dan video Anwar pakai Nandek sambil joget ditolak mentah-mentah.

Sumpah laknat dalam rumah Allah oleh PM Najib, Saiful dan Dato Trio ditolak, sebaliknya akuan bersumpah sorong dan tarik Balasundram dan Raja Petra dipercayai benar, walaupun si Raja Petra sendiri sudah mengaku dia berbohong dan berniat jahat untuk menjatuhkan PM Najib.

Akuan bersumpah Murad ditolak, sebaliknya akuan bersumpah penafian Razak Idris pengarah BPR dipercayai. Apabila Razak sendiri mengaku mendapat arahan dari Anwar, tidak pulak dipercayai.

Kaitan songlap duit Bank Negara 3 Billion dan komisyen IPP 500 juta Anwar ditolak mentah-mentah, sebaliknya segala rekacipta kaitan Najib Altantunya dan 500 juta komisyen Scorpene yang sudah dapat dibuktikan sebagai palsu, masih terus dipercayai.

Mereka yang tidak mahu menerima hakikat dan kenyataan dengan setiap apa yang benar-benar terjadi dan telah ditakdirkan berlaku, adalah termasuk di kalangan orang yang menolak takdir. Seorang yang tidak mahu menerima qada dan qadar Allah, iaitu tidak mahu menerima hakikat jodoh, pertemuan, rezeki dan maut yang telah, sedang dan akan terus ditakdirkan kepada kita, adalah golongan yang cacat iman kerana tidak beriman dengan sebahagian dari rukun iman yang enam.

Sebarang penolakan terhadap hakikat jodoh, pertemuan, rezeki dan maut, akan membawa kepada berleluasanya pembohongan, fitnah dan dusta kerana manusia sebegini akan sentiasa mencari jalan untuk menolak takdir yang tidak menyebelahi mereka. Mereka akan mencari jalan supaya takdir yang terjadi itu dapat ditutup atau pun tidak dipercayai oleh orang lain dengan harapan mereka akan terus selamat dan dipercayai.

Mereka akan terus dengan sifat sombong, riak dan takburnya melakukan pembohongan demi pembohongan,  fitnah demi fitnah dan pendustaan demi pendustaan untuk menutup segala kesalahan mereka semasa di dunia.

Akhirat belakang cerita. "Itu antara Ana dan tuhan", bentak si Anwar!

No comments:

Post a Comment