Monday, June 18, 2012

ANWAR DESAK MURAD BERI PENJELASAN 20 AKAUN!!!

Sungai Rapat online melapurkan....

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Anwar Ibrahim.

Abdul Murad dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu.

Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata: “Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.

"Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki. Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak dan pendedahan ini atas dasar sayangkan rakyat kerana Anwar merampas wang rakyat"

Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Anwar memberi penjelasan berhubung dakwaan Abdul Murad itu, tetapi sehingga kini Anwar tidak dapat memberi sebarang penjelasan sebaliknya hanya berkata fitnah...fitnah....dan fitnah

No comments:

Post a Comment