Monday, June 18, 2012

ZUL NORDIN BONGKAR 10 KOTAK BUKTI YANG ANWAR SIMPAN!!!

Pakatan sedang berhempas pulas mempertahankan pengaruh dan sokongan rakyat sedia ada. Keadaan tidak menyebelahi mereka lagi. Banyak faktor yang menyebabkan pakatan pupus sokongan baru.

Pengaliran keluar sokongan ini adalah disebabkan kesilapan bertimpa-timpa yang dilakukannoleh para pemimpin pembangkang. Hampir setiap hari ada saja kesilapan berlaku yang menyebabkan pakatan semakin terhimpit.

Tindakan bengong "Nizar Ngonan MB" yang mencari hal dengan raja-raja melayu tidak mungkin akan menambah sokongan kepada pembangkang.

Pakatan makin hilang punca. Ia semakin jelas kelihatan, apabila ceramah Zul Nordin yang cukup memeningkan puak pakatan digangggu dan diserang.

Anwar semakin "tak ketawan". Apa yang dicakap sewaktu ceramah seolah-olah seperti orang sudah hilang iman dan roh islam. Desperado sungguh. Macam orang mabuk bawak kereta. Jumpa selekoh dia tekan minyak. Jumpa lampu hijau dia berhenti. Jumpa lampu merah dia jalan. Semua perbuatannya nampak serba tak kena. Mungkin sinar petunjuk dan hidayah sudah semakin jauh.

Rupa-rupanya segala pembongkaran yang dilakukan oleh Anwar selama ini, bukan penyelewengan orang lain, tapi adalah penyelewengan yang dilakukannya sendiri sewaktu dalam UMNO. Patutlah dia asyik tuduh UMNO UMNO UMNO. Rupanya semua ini kerja kotor yang dilakukannya semasadia berkuasa dalam UMNO.

Dia bongkar isu IPP, rupanya dia adalah penerima komisyen pertama sewaktu IPP diperkenalkan. Tanya Dato Astaman anak Aisyah Ghani. Padanlah pandai sangat tuduh Najib minta komisyen kapal selam. Rupanya dia yang lebih cekap cari duit pakai sistem komisyen melalui projek.

Dia bongkar isu kroni yang berleluasa dalam UMNO, adalah berdasarkan amalan yang dilakukannya sendiri sewaktu berkuasa.

Dia bongkar isu skandal seks Rahim Tambi Chik adalah berdasarkan kelakuannya sendiri juga sewaktu berkuasa.

Dia tuduh pemimpin Umno fabricate segala bukti untuk mensabitkan dia bersalah. Rupa-rupanya kerja-kerja fabrikasi bahan bukti dan mengada-ngadakan cerita yang tiada, adalah profesyen dia sendiri.

Tuduhan polis bersubahat mencipta bukti selama ini rupa-rupanya adalah berdasarkan pengalaman sebenar dia sendiri yang mengarahkan polis mengugut Umi Hafilda supaya tarik balik akuan bersumpah yang dibuatnya.

Rupa-rupanya tektik mengguna Akuan Bersumpah palsu untuk mensabitkan Najib dengan pelbagai cerita busuk selama ini memang profesyen dia juga.

Sekarang semua kelakuan Anwar sudah semakin terbongkar dan para pendokong Anwar sendiri sudah hilang punca bagaimana mahu mempertahankan Anwar. Itu sebab sekarang mereka guna tektik serang ceramah dan majlis pihak yang membongkar segala tektik dan pembohongan yang dilakukan oleh Anwar.

Kita tunggulah keputusan PRU13 nanti, baru kita tahu di antara parti pembangkang ini, siapa yang bodohkan siapa dan siapa yang gunakan siapa. Siapa yang untung dan siapa yang rugi. Pas, Dap guna Anwar ke atau Anwar guna Pas, Dap. Anwar kuda Nik Aziz ke atau Nik Aziz kuda Anwar. Dap kaut untung dari batang tubuh Anwar ke atau Pas yang kaut untung, atau pun Anwar yang kaut segalanya.

Atau pakatan keseluruhan yang tertipu dengan segala tektik dan jerat yang dipasang sendiri.

Pengundi majoriti senyap akan menentukan kejayaan atau kegagalan semua percaturan ini.

5 comments:

  1. Zul Nordin pinjam Kotak2 Ezam gamaknya ye

    ReplyDelete
  2. Macam mana ler caranya aku nk kembali percaya pd umno
    Klu pr tipu 10 kali....bn tipu 12 kali...

    ReplyDelete
  3. Terima ajer laaaa.....

    ReplyDelete
  4. Apa agaknya penipuan BN. Dan apa pula penipuan PKR?
    Boleh perjelaskan?

    ReplyDelete
  5. BN dalam masa 54 tahun, tipu 10 kali.
    PR dalam masa baru 4 tahun sudah tipu 12 kali lorrrr !!


    (Just imagine kalau dia perintah lagi lama)

    ReplyDelete