Monday, June 11, 2012

MASALAH PENYOKONG TEGAR PAKATAN TERLETAK PADA AKALNYA....

20 akaun induk BNM bernilai RM3 Billion yang dikawal Anwar semasa jadi Menteri Kewangan merangkap TPM seperti yang disebut di dalam akuan berumpah Penolong Gabenor BNM lebih valid untuk dipercayai dari tuduhan umum dan semberono jumlah rasuah tahunan kerajaan BN diberitakan sebanyak RM20 billion.

Video tulin 99.9% bersama China Doll lebih valid dari tuduhan kaitan Najib dan Altantuya yang hanya bersandarkan gambar superimposed ciptaan Ahli Parlimen Batu PKR dan rekayasa cerita Najib akan disapina sampai ke Perancis.

Video yang diserah Dato Nalla kepada peguam Dato Shafei Abdullah lebih valid dari tuduhan konspirasi tanpa henti dan tanpa bukti Anwar kepada badan tertinggi negara seperti pasukan polis, institusi hakim dan pimpinan politik berkuasa.

Keberanian Najib bersumpah laknat di dalam masjid jelas lebih valid dari helah-helah yang digunapakai Anwar bagi mengelakkan dirinya dari mengambil risiko bersumpah laknat.

Pemikiran para penyokong dan pendokong pakatan lebih valid untuk menjalani ujian kewarasan mental, apa yang menyebabkan otak dan akal mereka gagal berfungsi dengan waras untuk berfikir secara adil, tulus dan berorientasikan "mencari kebenaran".

3 comments:

  1. hahahahaha....sah cacai PR banggang dlm menilai maner betul mana salah. Tuler asik baca Harakah dn seangkatan dgnnya, otak pun penuh belit membelit

    ReplyDelete
  2. Bagaimana dengan isu penarikan PTPTN kepada pelajar2 Unisel? Sesudah ditarik daripada pelajar2 yang berhak semata-mata nak menganiaya mereka, sekarang sudah U-turn pulak.

    Lupa ke?

    Kalau benar kau ni "mencari kebenaran", cubalah cerita pasal hal ni.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa amat sedih dan kasihan mengenagkan Sdr.Kamarulzaman Kamdia ini tidak jauh bezanya dengan seekor ANJING MENYALAK BUKIT. Katalah apa pon semaunya. Pasti ramai org di Malaysia ini hanya tersenyum riang melihatkan gelagat si orang gila meracau & merapu.
    My salute to UMNO for having done an excellent job on brainwashing our dearest Sdr.Kamarulzaman. all his six senses can never respond positively to anything beyond the boundaries of UMNO's perception and thoughts.

    ReplyDelete