Sebenarnya Anwar dan parti pakatannya sudah hilang kelayakan untuk berbicara soal ketelusan, accountability, moral, rasuah atau apa saja yang berkaitan dengannya.
Dengan bangga dan tanpa rasa malu kuali ke hulu ke hilir kata buntut periuk hitam legam berkarat. Ibarat buaya kata telur penyu haram di makan. Atau helang terbang ke sana ke mari berjaja kata makan bangkai itu adalah haram.
Tuhan semakin menunjukkan betapa maha kuasanya Dia. Ingatan tuhan yang berkata, barang siapa yang menuduh orang lain dengan tuduhan fitnah dan mengaibkan, maka tuduhan itu akan berbalik semula "terkelepuk" ke muka sendiri sebelum mereka mati.
Akhir-akhir ini segala tuduhan dan serangan Anwar dan pakatan sudah macam main mercun. Meletup di tangan sendiri sebelum sempat di lempar ke pihak lawan. Nak tembak ke udara, bocor di buntut hingga tertembak leher sendiri.
Yang pastinya, pakatanlah yang lebih banyak membuat dan mencipta serangan tanpa henti. BN lebih banyak bertahan dan menjawab segala serangan mereka. Adakalanya BN mempertahankan diri dari serangan dengan cara membuat serangan balas.
Serangan balas BN inilah yang sering dimanipulasi oleh pakatan dengan menuduh BN suka serang mereka. Hakikatnya, merekalah yang mencipta dan memulakan segala serangan.
Macam isteri derhaka. Isteri yang buat pelbagai onak sampai kena pelempang suami, isteri yang pergi mahkamah lapur suami lempang, bertindak kasar dan zalim. Dia tak cakap pun suami lempang dia pasal dia halau mak mertua dari rumah.
Orang-orang yang terkeliru dengan mainan Anwar dan pakatannya, samalah tarafnya dengan pegawai agama yang terkeliru dengan lakonan si isteri yang melapur dizalimi si suami. Atau pun samalah dengan ahli keluarga si isteri yang tidak dapat menilai situasi dan masalah sebenar secara waras disebabkan pertalian darah dengan si isteri nusyuz.
Ragam isteri nusyuz inilah yang sedang dianuti oleh Anwar, penyokong dan pendokong pakatannya. Saling tak tumpah se biji.
Rumahtangga hanya aman jika si suami memohon maaf dan taat serta ikut saja apa kehendak si isteri nusyuz. Tapi suami harus bersedia menjadi dayus.
Negara ini hanya boleh aman jika BN mengalah, mengaku, akur dan serahkan saja mandat kerajaan ini pada Anwar. Tapi BN harus tutup mata, biarkan saja negara ini hancur. BN harus menerima saja hakikat dan biarkan saja kedaulatan negara ini terkorban di tangan pengkhianat negara yang curi duit Bank Negara RM3 billion dengan cara paling khianat.
Wooo ... terbaik tulisan ni. Kena sebiji kat muka ahli2 Pakatan yang masih haram sampai sekarang.
ReplyDelete