Wednesday, June 13, 2012

SAH..! MAHATHIR YANG PERANGKAP ANWAR!

Dalam ramai-ramai Menteri Kewangan negara, Anwarlah yang tidak mempunyai asas ekonomi samada dari segi kelayakan akademik mahupun pengalaman. Paklah dulu pun sama tapi dia ada MK2 yang ada asas ekonomi.

Keberanian Buta dan Bodoh Anwar menyelewengkan harta perbendaraan negara melalui 20 akaun khas BNM bernilai lebih RM3 billion, mungkin berpunca ketiadaan asas ekonomi ini.

Pencuri yang terlalu pandai atau terlalu bodoh boleh menyebabkan pencuri itu menjadi seorang yang berani. Pencuri yang terlalu pandai, mencuri tidak berbekas. Pencuri yang terlalu bodoh, dia berani buta. 

Itu sebab Anwarlah satu-satunya Menteri Kewangan yang mencipta akaun khas di BNM. Dia simpan khazanah yang dicuri di dalam rumah yang dirompaknya. Dia suruh pulak kalangan ahli keluarga yang jadi mangsa rompakannya urus harta yang dicurinya dengan baik. 40 penyamun pun tak buat macam tu. Dia simpan harta dalam gua dan gua itu hanya boleh dibuka dengan membaca kata kunci tertentu. Nak buka kata kunci lain, nak tutup pun ada kata kunci lain. 

Jika dibuat kajian berdasarkan trek rekod, memang itulah sifat Anwar. Di rumah dia pun ada bilik khas untuk tetamu khas. Tetamu khas itu juga diberi kepercayaan kepada ahli keluarga dan pekerjanya untuk mengurus. Sama macam broker 20% upahan Sadiq sigaraga. Abdul Wahab dan Abdul Wahub nak masuk beradu pun kena tahan di tangga tak bagi masuk bilik khas.

Keberanian sebegini bukan calang-calang orang yang boleh buat. Keberanian begini hanya boleh dilihat dalam filem melayu lama, yang menggambarkan seorang raja atau pemimpin yang terlalu zalim dan berkuasa serta bebas berbuat apa saja. Tiada undang-undang bertulis dan undang-undang hanya berasaskan kepada apa yang terlintas di fikiran si raja yang zalim.

Apa yang dilakukan oleh Anwar sewaktu berkuasa se biji macam karakter raja zalim dalam filem klasik melayu. Permaisuri pun boleh di hukum hanya disebabkan lauk tidak dihidang dengan sambal belacan.

Anwar menyangka tiada siapa lagi yang boleh menghalang atau menghukum segala tindakan rakusnya dalam meliwat seluruh sistem pentadbiran negara, walau pun ketika itu dia masih bertaraf Tengku Mahkota dan belum lagi memegang kuasa sepenuhnya.

Dalam filem melayu klasik yang dicipta oleh pengarah pun, belum pernah lagi raja yang zalim menang sebagai hero, inikan kezaliman nyata yang dilakukan sewaktu memerintah di dunia. Pasti pemimpin zalim yang berkuasa akan dihukum oleh si Yang Maha Kuasa.

Kalau Anwar bijaksana dan punya asas dan prinsip kepimpinan yang kukuh, sudah pasti dia tidak akan memilih untuk bersikap berani buta dalam setiap tindakannya. 

Sikap berani buta tanpa sekatan inilah sebenarnya yang telah membunuh hasrat dan cita-citanya untuk menjadi PM. Bukan Mahathir, bukan hakim, bukan polis dan bukan Najib atau UMNO.

Mahathirlah yang memberi laluan pada Anwar hingga menyebabkan Anwar lupa daratan...

8 comments:

  1. Walaupun bengong tetapi seseorang itu menjadi berani sebab dia ada duit.

    WSalaupun dia telah ditelanjangkan tapi dia merasa cukup yakin tubuhnya dibaluti dengan duit dan anehnya ramai pula yang percaya anwar masih 'berpakaian'

    Pencuri kalau merompak di dan dari rumahnya sendiri kemudian menyimpan dengan nyata di dalam rumahnya juga sudah pastilah 'penyiasat pekak'mengatakan tiada kecurian berlaku dan menutup kes.

    satu sahaja si pencuri ni selamat sebab alasan 'ini kerja umno' akan menyebabkan dia dibebaskan.

    ReplyDelete
  2. "Dia tidak tahu apa-apa tentang ekonomi." Itu kata Tun M terhadap Nuar.

    Berani buta akhirnya terjun ke dalam perigi buta.

    ReplyDelete
  3. Ini kes lama lah dan sudah ditutup oleh ACA.

    Kesian aku tengok ekau ni, KK.

    Semoga ekau berjaya di dunia dan di akhirat kelak.

    ==================================================

    ACA had cleared Anwar of ‘RM3 bil bank account”

    Former ACA director of investigations Abdul Razak Idris told the High Court today he had cleared Anwar Ibrahim of allegations of stashing RM3 billion in foreign accounts and having foreign links to Western interests.

    Abdul Razak, 60, who is now retired but a director of several companies, said ACA had investigated the matter following allegations made in a statutory declaration by former assistant governor of Bank Negara Abdul Murad Khalid.

    He said a team of ACA officers went to Singapore and United Kingdom to probe the allegations.

    “We went to meet Murad and several British witnesses. But the investigations resulted in ‘No case’ against Anwar pertaining to allegations made in Murad’s statutory declaration.”

    “Further, I concluded that the allegations contained in the SD (statutory declaration) were baseless and unsustainable, and I consequently ordered that the investigations be closed.” – Malaysiakini

    ReplyDelete
  4. Bakal menantu Najib hadapi tuduhan menipu USD20juta. Apa kata anda?

    http://my.news.yahoo.com/pms-future-son-law-accused-us-20mil-swindle-085041003.html

    ReplyDelete
  5. 'no case' ? or
    no case? or
    no case.
    wonder who was the deputy pm at that time that was well known to abuse his power who incidentically the finance minister at that time?

    ReplyDelete
  6. Haloo.. Mahadey tu lulusan doktor gigi.. tak ada langsung basic ekonomi..

    ReplyDelete
  7. cuba tengok hutang negara masa anwar...bandingkan selepas dari itu...

    ReplyDelete
  8. bagi link la bro, stakat smbang baik x pyah.. nseb baik dr.m ade, klau x, mati kita anwar prgi pnjam duit ngan imb tu..

    ReplyDelete