Wednesday, June 13, 2012

ANWAR: JANGAN RASUAH! HAPUSKAN KRONISMA!



AIDCNews – 13/06/12 – Ramai berpendapat tidak memadai Datuk Seri Anwar Ibrahim berselindung di sebalik kenyataan bersumpah (SD) seorang bekas pengarah siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang dibuat pada tahun 2009 kerana terlalu banyak misteri di sebaliknya.

“Anwar yang memburu untuk menjadi Menteri Perdana seterusnya di negara ini, sepatutnya menangani isu ini dengan lebih baik, sesuai dengan pemimpin yang baik.

“Ini adalah kerana tuduhan itu melibatkan integriti dan ketelusan yang dia telah perjuangkan dalam usaha untuk memenangi pilihan raya umum akan datang”, komen S Retnanathan dari FMT.

Bukan Datuk Ibrahim Ali, Anuar Shaari dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tahu tentang ‘kewujudan’ SD bekas pegawai BPR yang menyokong Anwar itu, tetapi ‘bukti’ itu tidak mencukupi, sebab itu mereka mahukan bukti dan penjelasan yang lebih konkrit.

Ini seumpama kes Azmin Ali berselindung di sebalik ‘SD’ Ketua Pengarah BPR, Datuk Shafee Yahaya namun apabila didedahkan rupa-rupanya perlindungan di sebalik nama Ketua pengarah BPR itu tidak mencukupi, malah terbongkar lagi cerita lain yang lebih dashyat.

Ketika Anwar diminta mengulas laporan muka depan akhbar New Straits Times(NST) yang mendedahkan pengakuan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah bank yang menjadi saksi menerima arahannya, Anwar berkata berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyiaran laporan berkenaan.



Ugutan mengambil tindakan undang-undang seumpama satu usaha jalan pintas untuk menutup kes itu tanpa perlu penjelasan lanjut.

Laporan NST menyebut siasatan BPR pada tahun 1999, menemui bukti rasuah dan salahguna kuasa Anwar ketika berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan apabila mendapat pengakuan dari seorang saksi, seorang CEO sebuah bank yang mendakwa Anwar telah mengarahkannya menyalurkan berjuta-juta ringgit ke dalam akaun individu-individu dan syarikat-syarikat tertentu.

Menurut laporan itu, BPR tidak menawarkan CEO itu sebagai saksi kerana arahan untuk memindahkan dana itu sebahagian besarnya dibuat secara lisan dan tanpa dokumen.

BPR juga turut mengesyorkan supaya Suruhanjaya Sekuriti meneruskan tindakan terhadap syarikat-syarikat yang didapati melanggar Akta Syarikat dan Akta Suruhanjaya Sekuriti, namun tidak dipastikan sama ada saranan BPR itu dilaksanakan atau tidak.

Dalam pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, beliau menyebut seorang tokoh penting yang bernama Tong Kooi Ong.



Tong Kooi Ong

“Seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong juga terlibat dengan ketara dalam meningkatkan bantuan kewangan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tong Kooi Ong adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad yang disenaraikan di Papan Utama BSKL. Phileo Allied Bank juga adalah di bawah kawalan Tong Kooi Ong. Tong Kooi Ong menjadi kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pengenalan saya dan mereka kemudiannya menjadi sangat rapat”

“Tong Kooi Ong kemudiannya mendedahkan kepada saya bahawa sebagai balasan bantuan yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah menubuhkan satu “Akaun Induk” (Master Accounts) – yang di bawah kawalannya. Di mana sumbangan kewangan dibuat untuk kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akaun Induk itu hasil yang diperolehi daripada pegangan saham dan bangunan. Pada satu peringkat Tong Kooi Ong membuka rahsia kepada saya bahawa Akaun Induk itu bernilai RM200 juta berdasarkan nilai saham dan bangunan yang diperolehi daripadanya”

“Saya juga diberitahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Tong Kooi Ong untuk membayar Puan Shamsidar dan seorang lagi bernama Encik Rahman terhadap apa yang mereka lakukan. Puan Shamsidar adalah isteri Encik Azmin Ali, Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Secara meluas telah diketahui bahawa Puan Shamsidar dibayar lumayan dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu serta pada kebanyakan masa dia tidak perlu untuk pergi ke tempat kerja”

No comments:

Post a Comment