Friday, June 15, 2012

SAMADA ADA ANWAR ATAU NAJIB, SALAH SEORANG PASTI PEMBOHONG!!

Nasib Maira, Bolat dan Daniyar tak akan siapa yang tahu dan tak akan siapa yang peduli jika tidak kerana mereka ada kaitan dengan PM Najib. Bakal besan dan menantu.


JIka bakal besan dan menantu ini hanya sebuah keluarga miskin di hujung negeri Karzaghtan, Turmeknistan atau Setan pun mungkin akan dijadikan isu juga melainkan jika mereka ini berbesankan selain dari PM Najib.

Kita tunggu sampai tahap mana puak pembangkang atau Anwar, iaitu manusia yang belum dapat sama sekali menerima kenyataan bahwa Najib sekarang sudah jadi PM ini, mahu mewarnakan setiap inci batang tubuh Najib dengan segala titik dan noda-noda hitam.

Gambaran Najib seorang pembunuh sudah dijayakan. Gambaran Altantunya mengandungkan benih Najib secara haram juga sudah digambarkan. Gambaran Najib rompak keseluruhan RM3.8 billion duit pembelian kapalselam juga sudah dicipta. Gambaran Najib minta komisyen RM500 juta hasil pembelian kapalselam juga sudah disebar luas.

Lihatlah tindakbalas Anwar bila terpalit dengan pelbagai tuduhan, dan lihatlah apa respon Najibapabila disapu cat hitam diseluruh badan tanpa henti.

Siapa yang dilihat melatah dan meroyan? Siapa yang lebih kuat ketahan diri dan kesabaran dalam mennghadapi pelbagai serangan musuh? Siapa yang kalut dan siapa yang tenang? Siapa yang berani mengambil risiko laknat Allah dengan keberanian melakukan sumpah Laknat di dalam masjid?

Dan siapakah sehingga hari ini masih terpelihara dari keaiban-keaiban luar jangka yang diturunkan oleh tuhan? Siapakah yang terus menerima aib luar jangka secara bertali-arus dari tuhan sehingga saat ini?

Apakah Najib melakukan tindakbalas secara emosi kepada Anwar seperti mana kerja-kerja penuh emosi Anwar yang tidak henti-henti mahu memusnahkan Najib dengan serangan bertubi-tubi?

Apa yang pasti salah seorang di antara mereka berdua pasti bersalah dan berdosa besar jika segala tuduhan Anwar itu palsu atau pun benar.

Tuduhan seberat ini, sudah pasti akan mendapat habuan hukuman yang setimpal sebelum nayawa mereka sampai ke halkum.

1 comment: