Saturday, June 16, 2012

ROSMAH LOBI KERAJAAN ARAB SAUDI TANAH 5000 HEKTAR!!!


Scorpene: Najib Minta RM3.8 Billion Rasuah?

...Kini, angka yang disebut sebagai rasuah bukan lagi EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta (pembayaran pada Perimekar) tetapi USD 1 bilion atau RM3.8 billion pula.

Menurut SUARAM, mereka mempunyai bukti bahawa Dato’ Seri Najib, pada ketika itu Menteri Pertahanan, ada meminta jumlah tersebut untuk dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai komisyen.

Adalah penting untuk kita memberi perhatian kepada angka-angka yang disebut di sini kerana tidak mustahil pihak SUARAM dan pembangkang akan menukarnya sekali lagi apabila terkantoi.

Perlu diingatkan bahawa nilai keseluruhan kontrak ialah EURO 1.084 billion atau RM3.87 billion. Ia merangkumi harga 2 kapal selam scorpene termasuk pakej Integrated Logistic Support dan latihan krew bernilai EURO 969.15 juta. Selebihnya EURO114.96 juta ialah bayaran kepada Perimekar untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan.

Kesemua dokumen jual beli dan penerimaan wang dibuat secara mengikut prosedur dan boleh dikemukakan sebagai bukti.

Jika benar Dato’ Seri Najib ada meminta sebanyak RM3.8 billion bermakna kapal selam tersebut telah diberikan secara percuma kepada Malaysia. Ini kerana mengikut nilai tukaran matawang pada ketika kontrak tersebut dimeterai iaitu 5 Jun 2002, adalah seperti berikut: USD 1 bill = EURO 1.06 bill = RM3.80 bill.

Memandangkan keseluruhan bayaran kontrak berjumlah EURO1.08 billion sahaja, maka keseluruhan bayaran yang dibuat tersebut adalah berupa rasuah dan urusan jualbeli kapal selam hanyalah ilusi semata-mata.

Nampak benar SUARAM hanya bermain-main dengan angka untuk mengelirukan rakyat yang mungkin kurang berminat untuk menghalusi fakta dan angka.

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia membuka mata dan memperincikan segala maklumat yang diterima agar tidak mudah dipermainkan oleh pihak-pihak yang ingin melemahkan kerajaan semata-mata untuk mencapai matlamat mereka untuk berkuasa.
The unspinners melaporkan...

Pssssttt....SUARAM DAN PAKATAN bernasib baik kerana ramai kalangan rakyat dan penyokong pembangkang yang boleh menerima bulat-bulat apa saja yang mereka perkatakan. Jika mereka tuduh Najib dan Rosmah lobi kerajaan Arab Saudi agar beri mereka berdua tanah 5000 hektar di sekitar tanah haram untuk ditanam getah pun akan ada yang percaya.

1 comment:

  1. Pakatan memang sial se sial nya. Kaki fitnah. Di pimpin olih org yg tak bermoral dan tak mempercayai tuhan. Semuga allah menghumbankan pemimpin nya ke api neraka.

    ReplyDelete