Tuesday, November 13, 2012

HJ HADI BERDAILOG DENGAN RAJA IBLIS!!

PAS makin carca merba. Sudah tidak tahu lagi apa sebenarnya yang mahu diperjuangkannya.

Hadi Awang, selaku Presiden parti sudah lama menarik semula tuntutan ke arah negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud dan melakukan transformasi dari negara Islam kepada negara kebajikan.

Itu yang dinyatakan oleh Presiden PAS. Tapi pengikut PAS masih lagi menjalankan provokasi menghina UMNO kerana tidak menegakkan perjuangan negara Islam dan hukum hudud, seolah-olah mereka masih beranggapan perjuangan PAS masih kekal seperti dulu.

Perut pemimpin PAS makin buncit dan hampir mahu meletup akibat dari terlalu banyak menelan semula segala tuduhan yang mereka lemparkan kepada UMNO.

Tuduhan paling awal yang dibahamnya semula ialah menuduh UMNO kafir kerana bersekongkol kuasa dengan MCA dan MIC. Hari ini segala jenis perkongsian sudah dilakukannya.

PAS sendiri yang paksa UMNO gugurkan segala undang-undang toghut dan ambil Quran dan hadis sebagai sumber, kini PAS yang buncit dan kembung kekenyangan akibat terlalu banyak menelan segala jenis undang-undang dan rakankongsi toghut yang menekan Islam dan kepercayaannya.

Segala parti dan NGO yang jelas menolak Islam dan amalan Islam sudah dijadikan rakankongsi perjuangannya. LGBT yang tak diterima nabi, sudah boleh diterima oleh PAS.

Kenyataan samarata dalam kebebasan mengamalkan kepercayaan agama termasuk di kalangan masyarakat melayu yang dipelopori oleh Anwar anak beranak, hingga kini PAS tidak sanggup untuk memberi teguran walaupun ia sangat jelas menghina Islam. 

Sampai tahap mana PAS mahu berkompromi dengan cara Anwar anak beranak yang sudah semakin liberal dalam mentafsir pelbagai bentuk syariat dan ajaran Islam di negara ini?

Akhirnya bukan Allah dan segala syariat serta hukum hakamNya yang diagungkan, sebaliknya akal dan logik akal mereka yang diagungkan. Bukan Allah yang dituhankan, sebaliknya mereka bertuhankan akal dan meninggikan akal fikiran mereka melebihi hukum dan syariat Allah.

Hakikatnya apa yang hilang dari PAS dan kepimpinannya ialah "tahap kepercayaan, pengakuan dan keyakinan terhadap Allah dan segala aturanNya yang sudah semakin longgar dan lesu". Apabila pegangan asas ini semakin lesu, maka akal datang mengambil tempat dengan bantuan nafsu dan godaan "kuasa pemerintahan" yang kononnya sudah semakin hampir ditakluki.

Apabila hukum akal (dengan pelbagai logik qias) sudah beransur dijadikan sumber rujukan tertinggi, melebihi Quran dan hadis, maka di situlah bermulanya saat kehancuran segala nilai yang diperjuangkan PAS selama ini.

Suka penulis bentangkan di sini dailog di antara seorang ahli ibadat yang marah dengan seseorang  yang didengarnya sedang meyembah pokok di hujung kampong dengan Iblis yang menyamar;

Iblis: Kau nak ke mano bang?

Ahli ibadat: den nak tobang pokok yang disombah eh dek malaun tu. Sosek!!

Iblis: kok kau tobang pokok tu, malaun tu akan cari pokok lain. Disombah eh yo lai. Lobih baik kau teruskan ibadat dan zikir kau tu. Ado yo faedah eh.

Ahli ibadat terus dengan pendirian untuk menebang pokok dan dihalang oleh iblis. Berlaku pergaduhan dan akhirnya iblis tersebut kalah. Dipendekkan cerita...

Iblis: macam ni la bro... Kau tak payah tebang pokok tu. Kau buat ibadat macam biasa. Pagi-pagi kau ambik duit yang aku letakkan bawah bantal kau. Dengan duit tu, kau boleh bersedekah... amal jariah tu bro...itu lebih bermenafaat dari kau tebang pokok yang belum pasti si penyembah pokok tu akan berhenti dari amalan sesatnya. 

Ahli ibadat: ok setuju.

Masuk hari ke 3, wang yang dijanjikan si iblis taada pulak. Cuma ada 2 pagi je. Si abid bengang dan ambik kapak dan terus mahu pergi tebang itu pokok.

Sampai setengah jalan iblis halang dan berkaku perlawanan. Kali ini iblis menang dan si abid terkejut kerana heran macam mana dia boleh kalah.

Iblis: hari tu aku kalah kerana kau berjuang kerana Allah. Kali ini kau takkan boleh menang sebab kau tidak lagi berjuang kerana Allah sebaliknya kerana wang yang ku letak bawah bantal.

Kisah ini sangat rekevan dengan apa yang terjadi kepada PAS hari ini. Kekuatan mereka sudah hancur hanya disebabkan tipuan iblis di dalam menimbulkan was-was terhadap perjuangan asal mereka selama ini.

PAS tertipu dengan kaedah baru ciptaan Anwar dan gerombolan iblisnya yang menyamar dan menawarkan kaedah perjuangan yang kononnya lebih praktikal dan menjurus kepada kejayaan menguasai Putrajaya. Kononnya, apabila Putrajaya dikuasai, maka akan wujud nilai gandaan dakam perjuangannya menegakkan agama Allah di mukabumi.

Hakikatnya, mereka tertipu dengan kebijaksanaan Iblis yang tidak pernah kenal erti putus asa untuk menyesatkan anak Adam.

1 comment:

  1. Syabas bro, kupasan baik, contoh pula, terbaikkk

    ReplyDelete