Melayu OH MELAYU
Apo yang tinggal lagi?
Keretapi Tanah Melayu, Askar Melayu, baju melayu, kg Melayu?
Apalah lesung kepada antan?
Ke dua-duanya dari kayu jua.
Apalah kuali kepada belanga?
kuali kata belanga hitam, belanga kata kuali hitam
Sedangkan ke dua-duanya hitam belaka
Melayu tak lekang dek sengketa
Antan patah lesung pesuk...Habis padi menyimbah
"Ayam Hitam & Itik Putih", mabuk kekenyangan di tepi lesung.
Ketika itu antan tak berguna lagi, lesung pun reput dimakan hari.
Menangislah sepuasnya, walau mengalir air mata darah sekali pun.
Menyesal di baroh jeram tidak berguna.
Menang sorak kampong tergadai.
Ketika itu, di mana agama?
Ke mana bangsa?
Di mana tanah air?
Jika sanggup, tanyalah kepada Ayam Hitam, Itik Putih.
Konon mahu menggapai awan, akhirnya tersangkut di celah gunung
Berapa ribu juta, berapa trillion harga tebusan diperlukan?
Untuk meletakkan agama, bangsa dan tanah air di tempatnya kembali?
Puisi nukilan Pak (S) - posting ke 2
No comments:
Post a Comment