Mana lebih kredible? Sidang media Dato Eskay atau sidang media Rafizi?
Sidang media Rafizi menunjukkan bukti video kenderaan SUV keluar masuk sebuah rumah. Muka anak Nazri langsung tak nampak. Tapi Rafizi terus paksa seluruh rakyat Malaysia percaya pergerakan keluar masuk SUV yang melibatkan anak Nazri itu adalah bukti Nazri Aziz rasuah dan berkawan baik dengan Towkey Michael Chia.
Video tersebut, yang menurut Hadi Awang hanyalah alat bernama besi tak bernyawa telah digunakan oleh Rafizi untuk memaksa rakyat Malaysia percaya apa yang mahu dikatakan di sebalik tayangan video tersebut.
Sampai ke tahap mana minda rakyat Malaysia mahu dipandu, dikuda serta diperbodoh-bodohkan dengan pelbagai cerita bodoh-bodoh dari pembangkang?
Merreka menyeru seluruh rakyat Malaysia menolak video besi menayangkan wajah mirip Anwar(memang dia pun) sedang menyondol-nyondol. Mereka suruh tolak mentah-mentah video rakaman CCTV Anwar sekenderaan dengan Dato Eskay untuk menghantar Anwar di basement parking apartment yang mana chinadoll sedang menunggu. Rakaman CCTV Anwar dan Eskay naik lif untuk menuju le bilik chinadoll juga disuruh tolak bulat-bulat.
Tapi video yang hanya memaparkan kenderaan SUV yang dikatakan pergerakan anak nazri yang tak nampak batang hidung pun dalam video tersebut dipaksa pula rakyat mempercayainya. Bukan saja disuruh percaya dalam kenderaan gelap itu ada anak Nazri, malah disuruh juga percaya "ini menunjukkan Nazri dan Michael Chia kawan baik, so memang Nazri makan duit Chia dan Chia la orangnya yang bagi duit 40 juta pada Musa Aman.
Mana-mana rakyat yang rasional, mereka sebenarnya semakin nampak bagaimana pembangkang memandang lekeh dan memperbodoh-bodohkan pemikiran rakyat. Jika tidak, masakan Rafizi senang-senang boleh mengeluarkan bukti paling bodoh untuk disuapkan kepada rakyat dan meminta rakyat percaya.
Bagi rakyat yang taksub kepada mereka dan tersangat benci kepada UMNO, jika ditayangkan video yang menunjukkan paparan selonggok tahi lembu di tengah jalan tapi Rafizi kata "ini adalah tahi orang UMNO yang dihantar oleh Najib untuk terberak beramai-ramai depan rumah Anwar", penyokong taksub mereka pasti akan percaya.
Golongan ini dan yang sewaktu dengannya memang tak boleh buat apa dah. Hanya rakyat Malaysia yang rasional dan tidak sanggup untuk dicemari minda mereka saja yang mampu menghentikan boleh segala kerja "tipu bodoh-bodoh" puak pembangkang ini.
Caranya ialah kalahkan mereka dan bagi mandat besar pada BN pada PRU13 akan datang.
Masa taada kuasa pun sudah menunjukkan bakat dan keupayaan untuk jadi bapak penipu. Dengan bakat dan keupayaan menipu yang ada dicampur(+) pula dengan kuasa sebagai pemerintah yang diberi oleh rakyat, agak-agak layak tak mereka ni kita gelar "bapa segala penipuan"?
No comments:
Post a Comment