Tahniah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kerana pandangan yang constructive dalam isu AES. Kami kepal nasi juga sudah luahkan perkara ini dalam entri yang lalu.
Dah naik muak dah dengar JPJ bagi panduan jalanraya kepada pengguna. Sekarang giliran pengguna pulak nak beri panduan kepada JPJ bagaimana cara mengendalikan pengurusan dan keselamatan pengguna di jalanraya.
Berikut adalah draf cadangan Standard Operating Procedure yang Kepal Nasi cadangkan selaku pengguna jalanraya untuk panduan JPJ.
SOP1: JPJ mesti letak papan tanda "had pemanduan" yang friendly, mudah dilihat dan dikesan oleh pengguna. Sekarang AES yang lebih friendly lebih dari papantanda. AES ada di mana-mana hingga kadang-kadang mendatangkan bahaya kepada pengguna yang mengalami "silau mata" akibat pancaran cahaya "saman" yang "mentergamangkan" pengguna kerana terlalu kerap dipancarkan melalui AES.
SOP2: JPJ mesti kaji kesesuaian had laju mengikut kesesuaian dan keadaan jalanraya. Ada lokasi highway yang menunjukkan papantanda 60KM/jam. Kakitangan JPJ sendiri pun ramai yang terperangkap dengan had laju ini. Lokasi sebegini pasti akan menjadi lokasi pengumpulan jumlah saman tertinggi dan pada masa yang sama menjadi lokasi yang mendatangkan pulangan tertinggi kepada syarikat AES. Lokasi pendapatan ke 2 yang mengalami kadar pertumbuhan pendapatan tinggi adalah pada lokasi had laju 80km/jam.
Dua kawasan had laju ini mampu menyumbang kepada usaha kerajaan untuk mewujudkan sektor ekonomi yang mempunyai nilai pertumbuhan tinggi menjelang 2015. Industri saman had laju 60km dan 80km/jam adalah sektor ekonomi yang paling awal yang mampu dibangunkan dan berupaya mencapai sasaran pertumbuhan tinggi lebih awal dari sasaran 2015.
SOP3: menerima pakai lain-lain cadangan yang dikemukakan oleh Pemuda UMNO yang diputuskan dalam mesyuarat EXCO yang lepas.
SOP4: Cadangan lebih ekstrim iaitu mengikat enjin kenderaan berkapasiti tinggi pada had 110km/jam dan bukan pada had 180km/jam seperti yang terdapat pada sesetengah kenderaan jenama toyota seperti Alphard dan Harrier.
aku setuju cadangan no 4!...ataupun proton keluarkan enjin 1.0 bagi kenderaan bersaiz alphard @ harrier....
ReplyDeletementergamangkan...ha ha ha,,lamo den tak dongar perkataan ni...
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.t.
ReplyDeleteKenapa perlu dilengahkan perkara yang baik ini? Nyawa tuan ada stok? Kalau tak kena dengan diri sendiri boleh lah kita ckp mcm nie, tapi kalau dah kena barulah nak salahkan semua.. SAYA SOKONG AES..
eddie
saya cadangkan dibuat kajian terperinci sebab sebab kemalangan berlaku, pada pandangan saya antara faktor menyumbang kemalangan juga sistem dan keadaan kualiti jalanraya kita, mungkin AES itu perlu di letakan pada jalan dua lorong, kerana pemandu yang ingin mengikut peraturan boleh berada di sebelah kiri, ini berdasarkan pengalaman saya contohnya di jalan kuala lipis 60 km/j , apabila saya cuba memandu mengikut peraturan ada kereta yang besar besar yang menganggu contohnya mengikut terlalu hampir dan menyalakan lampu dan menunjukan muka marah. saya ingin juga mencadangkan supaya setiap jalan perlu ada bahu jalan selebar 4 kaki untuk memastikan penunggang motosikal terutama kapcai boleh menunggang dengan selesa, dan juga terdapat jalan-jalan yang garisan putihnya telah pudar dan ada yang tak nampak langsung, ini amat merbahaya kepada pemandu terutama di waktu malam dan hujan. saya ini antara penyumbang kepada kemalangan jalan raya di Malaysia ` . jangan lah kita hanya seronok nak mendenda sahaja. kalau semua ni dah ok, pasanglah
ReplyDelete