Semakin hampir ke PRU13, politik pembangkang semakin kehilangan rentak.
Sejak PRU12, pakatan pembangkang sentiasa berada pada kedudukan menyerang, tapi kini sudah bertukar. Mainan politik pembangkang semakin "yo-yo", adakala defensif dan ada kalanya menyerang membabi buta. Rentak BN kelihatan konsisten dari awal permainan, bertahan bila perlu dan menyerang bila berpeluang.
Akhir-akhir ini BN semakin menguasai padang permainan. Permainan BN konsisten. Ketahanan mental tinggi. Setiap janji ditepati. Berjaya menghadapi permainan lawan yang tidak rasional dengan penuh kesabaran. Gerakannya tersusun.
Walau pun permainan pembangkang sangat kasar, terlalu banyak melanggar etika dan peraturan permainan, tidak henti-henti membentes kaki pemain BN terutama ketua pasukannya, DS Najib Tun Razak, tetapi semua usaha yang terkeluar dari garis "demokrasi" ini akhirnya memakan diri.
Gol demi gol menembusi gawang pembangkang. Ironinya, pemain pembangkang lebih banyak menjaring gol ke gawang sendiri dari gol ke gawang BN. Malah, Anwar Ibrahim selaku pemain tulang belakang telah menjadi penjaring gol sendiri terbanyak.
Gerakan dan bacaan mainan politik Anwar semakin banyak yang tersasar.
Anwar sering engkar dengan peraturan permainan. Dia tidak peduli tiupan wisel pengadil. Walau pun jelas dia berada pada kedudukan "curi ayam", dan bola yang dijaringkannya dibatalkan oleh pengadil, dia tetap mahu jaringan tersebut diterima pakai. Bola yang bolos ke gawang BN, walaupun jelas ditolak masuk dengan tangan, Anwar mahu ia dikira sebagai satu jaringan.
Jika pengadil mengarahkan pemain pembangkang keluar padang kerana kerap melakukan kekasaran, tidak diendahkan. Anwar akan mengarahkan para pemainnya, "jangan pedulikan arahan pengadil!", "ini semua konspirasi jahat BN!". "Pengadil telah dibeli!". "lawan tetap lawan!". "Andainya mereka tidak mahu mengiktiraf gol-gol yang kita jaringkan, kita akan bawa ke pengadilan antarabangsa FiFA!"
"Kita hairan bagaimana gol-gol begitu banyak menembusi gawang kita". Jelas sekali BN telah menipu permainan ini secara licik. Pemain kita seolah-olah telah dipukau BN, sehingga menyebabkan para pemain kita termasuk saya menjaring gol ke gawang sendiri!" .
"Permainan BN terlalu jelik". "Kita akan usahakan pengadil pemerhati dari luar termasuk Australia memantau permainan kotor BN ini". Kalau tak menipu bukan UMNO namanya. Depa tau depa tak boleh menang dengan kita. Pasai tu depa tipu.
Itukah gambaran permainan Anwar dan pakatan pembangkang dalam usaha mereka untuk menafikan kemenangan BN.
Hakikatnya, merekalah yang sebenarnya "berkepala otak penipu".
Cuma BN bernasib baik kerana segala serangan yang dilakukan oleh pembangkang sering tersasar dan memakan diri sendiri.
Tembelang penipuan kisah komisyen kapal selam terbongkar.
Tembelang dan temberang Deepak memakan diri.
Tembelang Altantunya akhirnya terbongkar. Tuduh dan dedah konon pelbagai perangai buruk PM dan Isteri, akhirnya mereka yang memperjuangkan LGBT.
Tuduhan rasuah keterlaluan terhadap UMNO, akhirnya Nik Aziz yang terpalit dengan rasuah tanah kepada DAP sebagai tukaran jawatan MB Perak.
Anwar cuba pecahkan kekuatan BN Sabah dan Sarawak, akhirnya pakatan mereka yang haru biru di Semenanjung.
Nak main isu agama, akhirnya Anwar yang terjerat dengan isu pluralisma.
Mainkan semula isu kalimah Allah oleh LIM Guan Eng, akhirnya PAS juga yang akan tersepit.
Tuduh UMNO rasis, akhirnya terbukti DAP lebih rasis dari rasis.
Dulu PAS begitu berani keluarkan fatwa Hj Hadi "UMNO kafir" dalam bentuk sticker dan pamplet, sekarang Hj Hadi yang tak berani keluar rumah.
Pendek kata apa saja isu yang mereka mainkan, hampir 100% terpercik ke muka sendiri dan makan diri. Segala perancangan jahat mereka digagalkan oleh Yang Maha Merancang.
Tidakkah ini menunjukkan tanda-tanda kerajaan yang ada hari ini masih dipandang Allah?
Ye2 je kalau berckap..org kat bndar dah x de yg skong bn ak rse..bley kalah bn cmni
ReplyDeleteInsyaAllah BN menang lebih 2/3 dan kuatla kembali Islam dibumi Malaysiaku ini. Ameen.
ReplyDelete