Sunday, December 2, 2012

NAJIB SEMAH SEMUA KOTORAN YANG DICIPTA PEMBANGKANG!!

Pakatan pembangkang tidak layak sama sekali mendakwa kerajaan BN tiada ketelusan@transparensi dalam pentadbiran kerana gabungan merekalah yang paling tidak telus dan tidak konsisten.

Soal paling asas, bagaimana untuk membentuk halatuju bersama sebagai sebuah gabungan pun, mereka masih gagal untuk mencari titik persamaan. Prinsip dan halatuju gabungan mereka terlalu kabur. Formula dan Prinsip perkongsian kuasa yang mampu menyaingi prinsip perkongsian kuasa BN masih gagal ditemui, sedangkan mereka sudah terlalu yakin akan mengambil-alih putrajaya.

Pas kiblat ke lain. DAP kiblat ke lain. PKR mengguna pakai ke dua-dua kiblat PAS dan DAP secara samarata. 

Hakikatnya, Setakat ini mereka hanya menggunapakai formula, "kalau tak cuba mana tahu". Benarlah sepertimana yang disebut Presiden UMNO, pembangkang hanya pakar dalam beretorika. 

Pembangkang terlalu mengambil mudah dan memandang enteng berkenaan dengan "kepentingan dan masa depan sebuah negara bangsa". Mereka beranggapan masa depan negara setaraf dengan bahan ujikaji.

Tanpa perlu mengenengahkan prinsip dan formula perkongsian yang lebih baik dari BN, mereka cuba memperdaya daya intelektual pemikiran rakyat Malaysia dengan formula, "Apahal pun jatuhkan BN dulu, formula struktur pentadbiran pemeeintah kita fikir kemudian".

Siapakah yang sedia melantik perunding yang mencadangkan "apahal pun runtuhkan rumah itu dulu, soal bagaimana mahu dibina semula kita akan fikirkan kemudian"?

Logikkah jika RISDA membuat cadangan, "Tebang saja pokok-pokok getah itu dulu, cara bagaimana untuk mengganti tanaman itu kita fikir kemudian. Takkanlah kita tak tanam semula".

"Nak makan apa pun makanlah, asalkan kenyang". "Soal boleh atau tidak, sesuai atau tidak itu kita akan fikir kemudian".

Logikkah tindakan pembangkang setakat hanya menyarankan "asal bukan UMNO", "pilihlah parti dan prinsip apa pun untuk kali ini". "tak cuba tak tau"

Ini fikiran golongan orang yang "lemah akal" atau "berakal suntuk". Pemikiran begini membayangkan memang tabiat pembangkang suka memperlekehkan daya intelektual rakyat.

Ujikaji sudah dibuat di 4 negeri. Keputusan ujikaji di Kelantan sudah lebih 20 tahun. Air bersih seolah-olah tiada penyelesaian.

Keputusan ujikaji di Selangor sudah menunjukkan pembangkang lebih utamakan politik dari kesejahteraan rakyat. Kerana politik, UiTM terpaksa dipindahkan ke Melaka. Keperluan asas bekalan air untuk rakyat pun dipolitikkan. Bantuan ibu tunggal, jelas suatu penipuan. Harta melayu melalui PKNS sudah dicairkan menjadi harta sekelompok kroni. Bukan melayu pulak tu. Pengurusan sampah pun gagal di atasi.

Keputusan ujikaji di Kedah lebih parah. Dari KUIN sampailah hutan balak semuanya gagal melepasi tahap ujikaji.

Sekarang, mahu seluruh rakyat Malaysia beri mereka peluang untuk lakukan ujikaji yang lebih besar di peringkat pusat.

Ujian lesen L pun gagal. Mendesak pulak minta ujian jalanraya. Rakyat nak ikut jugak?

2 comments:

  1. Tkasih...satu kenyataan yg tepat.Berdoalah kita semua kpd Allah SWT,agar menolong dan membantu kpd kemenangan Umno/BN dlm PRU ke13 nanti.Kepada pengundi-pengundi yg dapat mengundi dlm Pru ke13 nanti,undilah BN untuk kesejahteraan,keharmonian dan kemakmuran negara kita yang tercinta ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yang masih mempersoalkan sedekat mana kaedah yang diamalkan UMNO dengan sunnah berbanding dengan PAS, lihat pada doanya pun sudah cukup menggambarkan kebenaran pihak mana. Sejarah menunjukkan Madinah adalah penempatan pelbagai kaum yang sedikit sebanyak boleh dibandingkan dengan Malaysia. Kedudukan orang Islam sebagai pemerintah dominan. UMNO dominan dalam BN. Bagaimana kedudukan PAS dalam kumpulannya, siapa yang dominan? Siapa yang lebih dekat dengan sunnah Rasulullah saw dalam perkara ini. Rasulullah saw menandatangani perjanjian dengan puak-puak Yahudi yang tinggal di Madinah ketika itu dengan persetujuan-persetujuan yang jelas. UMNO membuat persetujuan yang jelas dengan parti-parti bukan Islam dalam BN. Jelaskah persetujuan yang dicapai oleh kumpulan PAS_DAP-PKR dalam menentukan hala tuju mereka sebelum ini dan pada masa akan datang? Pihak mana yang lebih dekat dan menepati sunnah Rasulullah saw dalam tindakan politik yang ini?

      Delete