Monday, December 3, 2012

TUNKU AZIZ MUNGKIN DIAMANAHKAN UNTUK MENJADI PENYELAMAT NEGARA KALI INI!!!

Tunku Aziz adalah seorang warganegara yang paling layak memberi peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya jangan sesekali bereksperimentasi dengan perkara-perkara yang tidak boleh dijadikan bahan ekperimentasi.

Tiada siapa yang menjadikan sebuah perkahwinan sebagai bahan ujikaji, melainkan pasangan atau tamadun masyarakat itu tiada norma hidup. Kes ini jika wujud pun, ia sangat terpencil.

Ujikaji hanya berlaku terhadap pasangan hidup yang mengalami masalah kesukaran dalam mendapatkan zuriat dan bukan untuk menentukan pasangan hidup.

Bagaimana untuk membina sebuah negara atau sebuah tammadun,  bagaimana untuk memimpin dan membangunkan sebuah kehidupan yang secocok dengan ethnicity, complexity dan diversity yang wujud di dalam sebuah negara, tidak sama dengan tertib menuntut ilmu persilatan yang memerlukan sesuatu ujikaji mengikut tahap ketinggian ilmu yang dipelajari.

Jaminan hidup di dalam sebuah negara jangan disamakan dengan tertib belajar silat dengan Pak Mustar. Ini bukan cubaan. Ini betul-betul.

Tunku Aziz bertanya kepada seluruh rakyat Malaysia, "sila namakan bentuk perubahan serta kebaikan yang telah dibawa oleh kerajaan pembangkang di negeri-negeri tadbiran mereka"

"Tiada perkara besar atau hebat untuk rakyat, negeri  dan negara yang mereka bawa, selain dari kehebatan berdemonstrasi haram, membakar sentimen rakyat, mengundang campurtangan asing dan politik kebencian"

Yang memberi pandangan ini bukan calang-calang personaliti. Beliau adalah bekas pejuang transparensi dan bekas pemimpin besar DAP yang sangat telus, berprinsip, yang sangat profesional dan berintegriti tinggi. Ini diakui sendiri oleh seluruh pemimpin DAP. 

Buktinya, tiada siapa kalangan pemimpin DAP yang berani secara terang-terangan mempertikaikan kredibiliti Tunku Aziz hingga saat ini, sejak beliau meninggalkan dan mengkritik DAP. Tiada mana-mana pemimpin DAP yang berani membuat kritikan balas tentang apa yang ditegaskan oleh Tunku Aziz sejak beliau meninggalkan DAP.

Hakikatnya, "tak usahkan untuk menjadi sebuah kerajaan bagi negara Malaysia, untuk diberi kepercayaan menjadi pembangkang di dalam sistem domokrasi pun puak-puak pembangkang ini masih belum layak".

Pemain atau pengamal demokrasi yang benar-benar tulin dan matang tidak sesekali akan mengadunkan agenda dan wawasan mereka untuk negara dengan fitnah, adu-domba, sentimen kebencian atau pun mengundang campurtangan asing dalam usaha untuk memenangi hati majoriti rakyat.

Pembangkang yang matang tidak sesekali bertindak mencampur-adukkan amalan dan etika demokrasi dengan dendam kesumat. 

Pembangkang yang berfikiran sehat, tahu untuk membezakan yang mana satu kepentingan nasional dan yang mana satu kepentingan politik. Mereka tidak akan menyamaratakan semua kepentingan-kepentingan ini demi politik dan kuasa. 

Perkara terpenting yang perlu diamalkan oleh para pengamal demokrasi adalah "pertanggungjawaban" dan "amanah" terhadap kelaziman amalan demokrasi yang dianuti. Ia tergunapakai tidak kira samada mereka dari kalangan pembangkang mahupun pihak kerajaan. 

Jika para pengamal ini tidak berupaya untuk berpegang kepada amalan dan etika demokrasi yang ditetapkan, mereka seharusnya secara bertanggungjawab, menarik diri dari bidang politik secara bermaruah. Penyalahgunaan platform demokrasi secara berleluasa sejak PRU2008 adalah suatu tindakan paling hina dan tidak bertanggungjawab yang telah dilakukan oleh pembangkang terhadap daya intelektual rakyat dan keharmonian demokrasi di negara ini.

Bukan sedikit kesan "kesesatan persepsi politik dan demokrasi" yang diamalkan pembangkang yang telah menyerap masuk ke dalam pemikiran rakyat hari ini. 

Kesesatan persepsi politik dan demokrasi bawaan pembangkang ini harus dihentikan seadanya sebelum keadaan menjadi semakin kalut dan kusut mencengkam pemikiran rakyat.

Kemuncak kepada ketidakmatangan, kemuncak kepada dendam kesumat dan kemuncak kepada politik kebencian yang diamalkan oleh  pembangkang di negara ini telah pun mereka perlihatkan apabila mereka menyususn strategi sulit untuk menggagalkan budget negara 2012.

Tiada mana-mana pengamal demokrasi di dunia ini yang bertindak seperti "orang hilang pertimbangan dan perikemanusiaan" sepertimana pembangkang di Malaysia, apabila mereka bertindak mensabotaj budget negara. Jika BN gagal mendapatkan kelebihan 1 undi tempohari, sudah pasti hari ini negara sudah runtuh. Rakyat sudah pasti menjadi penerima musibah terbesar hasil tindakan diluar batas kewarasan yang telah dilakukan oleh pembangkang. 

Inikah kualiti pembangkang yang dimahukan oleh rakyat Malaysia? Lebih jauh lagi, adakah kualiti kepimpinan sebegini yang mahu diberi kepercayaan oleh rakyat untuk mengemudi masa depan mereka?

Apa keadaan pun, kita bernasib baik dan wajib bersyukur kerana alam ini dimiliki oleh Allah. Allahlah sebaik-baik pengatur alam ini. Jika alam ini milik pembangkang sudah lama mereka menterbalikkan mana-mana bahagian bumi yang diduduki oleh golongan yang engkar akan perintah mereka, khususnya ahli UMNO.

No comments:

Post a Comment