Wednesday, January 16, 2013

ANWAR : KALIMAH ALLAH...KALIMAH ALLAH...GAGAP AKU KALI NI....

Macam mana puak pembangkang boleh terfikir idea wujudkan isu "Pampasan RM207 biilion" dari Jepun dilesapkan oleh UMNO ni? 

Memang brilliant! Memang kepala otak penipu saja yang mampu berfikir secara luar kotak bagaimana cara nak menipu dan memperbodohkan orang ramai.

Kesan buruk terbesar akibat dari terlalu kuat menipu ini ialah tuhan akan marah". Bila tuhan marah, tuhan tak perlu bergantung kepada sesiapa untuk menelempiaskan kemurkaanNya. Tak macam Anwar. Anwar kalau marah habis satu dunia dia kudakan dan palitkan untuk menelempiaskan nafsu kemarahannya.

Tuhan ada sifat maha kuasa dan maha pencipta atas tiap sesuatu. Tuhan ada sifat Yang Maha Mengetahui atas tiap sesuatu. Tuhan tidak pernah "kering cara" untuk mentadbir dan mengurus alam. Sebutir pasir yang duduknya beratus KM di dasar lautan pun tidak terlepas dari pengetahuan dan pentadbiran tuhan. Untuk makluman pemimpin PAS dan pembangkang yang lain, "tuhan ni maha hebat tau!"

Akibat dari terlalu kuat bohong, tuhan wujudkan "rasa hebat dan summaah" dalam jiwa si penipu. Mereka merasakan mereka boleh tipu siapa saja. Mereka rasakan otak penipu mereka sudah cukup hebat dan diluar kotak jangkauan orang lain. Tapi sebenarnya penipuan mereka terlalu dangkal dan bodoh.

Lihatlah bagaimana bodohnya penipuan mereka dalam bermain angka mengenai kehadiran peserta dalam "Himpunan haiwan sarkas" di stadium yang pernah digunakan oleh pihak "London Sarkas" untuk menunjukkan kemahiran manusia memperalatkan haiwan untuk tujuan komerSIAL.

Jumlah kehadiran haiwan sarkas pada hari tersebut dikatakan mereka mencecah hingga 600,000. Ada yang kata 1juta. Seolah-olah semua manusia lain selain dari mereka dan haiwan-haiwannya, buta! Seolah-olah mereka mengadakan himpunan haiwan ni di planet pluto yang tidak dapat disaksikan oleh sesiapa dan tak terjangkau dek satelite. Seolah-olah tiada camera, tiada TV. 

Kenapa mereka berfikir manusia lain boleh "ditipu tegak-tegak"?

Inilah yang dimaksudkan dengan maha kuasanya Allah. Allah wujudkan dalam hati mereka "rasa kehebatan terhadap diri sendiri yang teramat sangat". Allah timbulkan dalam hati mereka "rasa kehebatan mereka merancang" seperti kehebatan rancangan Allah. Tapi halikatnya perancangan dan penipuan mereka terlalu dangkal, bodoh dan tuli pada pandangan manusia lain. Terlalu mudah untuk dikantoikan. Bila terkantoi, barulah terkemama dan terfikir sendiri, "apalah bodoh sangat aku ni".

Kalau penipuan-penipuan seperti ini sudah menjadi mainan dan sebati dengan mereka, bagaimana rakyat mahu bergantung harap kepada janji-janji pilihanraya yang mereka tabur macam menabur jagung makanan ayam kepada rakyat? 

Perkara "yang nyata" berlaku pun mereka putarbelit, apa lagilah kalau hanya sekadar "sebuah janji"! Pembangkang cuba tipu rakyat hidup-hidup dengan beranggapan rakyat terlalu bodoh seolah-olah akal rakyat tidak berfungsi.

Antara jagung-jagung beracun yang ditabur kepada rakyat yang ditabur oleh Anwar yang telah menyamatarafkan akal rakyat setaraf dengan otak ayam, ialah;

1. Janji Pendidikan percuma. Tol percuma, 20% royalti minyak kepada negeri, turun cukai rakyat. Sebiji macam Airasia tipu promosi tiket percuma.
2. Janji nak ikut perangai malaikat kalau diberi mandat memerintah, iaitu Zero kesalahan, zero rasuah, zero membazir, zero kroni. Segala-galanya untuk rakyat.

Janji nak tunjuk jam omega pun tak mampu ditunaikan.....
Janji nak benarkan kalimah Allah dikongsi dengan agama lain macam mana, Nuar? Syura PAS dah kata tak boleh.... Awak senyap je dua tiga hari ni... Tak dapat "ilham tipu" lagi?

1 comment:

  1. Kalau tak menipu bukan Nuar Brahim namo eaa

    Kalau tak saman bukan Nuar Brahim namo eaa. Dalam malaysia ni Nuar Brahim paling banyak saman oghang, tetapi dio jugak paling banyak tarik semulo saman.

    Nuar kato UMNO/BN tidak dapat memperbodohkan rakyat, sebab tu berpuluh ribu rakyat hadir di KL112. Betul kerana yang terbukti mampu membperbodohkan rakyat hanya Nuar seorang je.

    Namun lama kelamaan sok orang yang Nuar berjaya bodohkan selama ini akan sedar jua.. Mereka akn cabut tinggallah Nuar terkontang kanting sorang..

    Terdekat bakal lari meninggalkan Nuar ialah Karpal Singki dan LIM Kit Siang, kemudian Hj Hadi, Nik Aziz dan Harun Taib..

    ReplyDelete