Listen! Listen! Listen!... Himpunan pakatan pembangkang di Stadium Merdeka adalah "testimony" kepada Akta Perimpunan Awam 2012 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 2012 seperti yang disebut oleh PM Najib.
Himpunan pembangkang ini bukan himpunan penutup tirai sempena PRU 13 yang bakal berlangsung. Himpunan ini adalah penutup tirai tanda berakhirnya demonstrasi jalanan yang djadikan oleh pembangkang sebagai jalan singkat di luar batas demokrasi untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah.
Sebijak-bijak pembangkang mencari akal untuk menggunakan dan mengambil kesempatan terhadap setiap "loopholes" yang terdapat dalam perundangan negara, akhirnya "tertunduk dan tertaat" juga mereka terhadap undang-undang negara. "Tidak dapat akal" lagi pihak pembangkang untuk mencari jalan menghalalkan tindakan mereka untuk berdemonstrasi jalanan seperti yang selalu dilakukannya.
"Tertunduk dan tertaatnya" pembangkang dalam hal ini adalah bukti kejayaan atau testimony kepada "kebijaksanaan dan sifat terbuka" kerajaan dalam menjamin kebebasan bersuara di negara ini melalui APA 2012. Kerajaan berjaya mendidik pihak yang gemar berdemonstrasi jalanan yang menyusahkan orang awam, dengan cara melorongkan mereka ke arah cara yang paling betul untuk berhimpun dan menyatakan pendapat secara beretika dan menurut undang-undang.
Kejayaan transformasi perhimpunan awam yang dilakukan oleh pentadbiran PM Najib ini adalah ibarat kejayaan Jabatan Haiwan atau Pejabat Daerah mengkandangkan lembu mengikut spesifikasi dan habitat yang lazim bagi haiwan ternakan, setelah berpuluh tahun hidup terbiar. Makan, tidur, berak, kencing di tengah jalan. Mencemar jalanraya dan menyusahkan pengguna.
Kredit harus diberikan kepada DS Hishamuddin Tun Hussein dalam mencari jalan keluar dan sekali gus menyelesaikan masalah yang begitu lama tertunggak tanpa penyelesaian yang holistik. Bukan senang nak letakkan "kelikir" di hidung "raja segala lembu" yang tak reti bahasa.
Allahyarham Tun Razak dulu terpaksa guna trak black maria untuk pindahkan Raja Lembu ini ke Kandang Kemunting.
No comments:
Post a Comment