Thursday, February 21, 2013

ANWAR: SAYA PATUT MENGGANTIKAN RAZAK! BUKAN NAJIB!!

Rakyat Malaysia tidak boleh ditadbir dan diperintah berlandaskan emosi dan bias kepada golongan tertentu. Kepentingan mengikut kaum dan agama harus diuruskan secara adil dan saksama. Tiada mana-mana pihak yang harus dinafikan hak dan keistimewaan masing-masing.

Di atas asas kompleksiti inilah maka negara ini memerlukan suatu keunikan perjanjian atau kontrak khusus yang mungkin tidak diperlukan di negara lain.

Negara yang mempunyai iklim 4 musim, tidak sama keperluan hidupnya dengan negara 1 musim. Sesiapa pun orang yang datang dari negara arab, asia ataupun eropah akan menerima hakikat dan mengenakan pakaian tebal jika mereka berhijrah dan menjalani kehidupan di  Iceland.

Keunikan peraturan dan perjanjian untuk hidup di Malaysia terpaksa diwujudkan disebabkan negara ini terlalu kompleks kehidupannya. Orang melayu, cina dan India yang kaya dan berpegang teguh dengan adat resam harus dihormati hak masing-masing. Hak mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing juga wajib dihormati. Hak dan kepentingan etnik dan warisan bangsa masing-masing juga wajib dihormati.

Kesemua hak-hak ini adalah unik untuk kaum masing-masing. keunikan ini amat sensitif bagi kaum masing-masing. Itu sebabnya satu perjanjian atau persefahaman antara kaum wajib digariskan dan siberi jaminan dan seterusnya diikat melalui perlembagaan.

Jika tidak diselesaikan perkara-perkara asas ini oleh pemimpin terdahulu sebelum negara ini merdeka, mungkin sudah lama negara ini hancur lebur ditelan oleh sifat ego yang mementingkan kedaulatan dan warisan kaum masing-masing.

Semua tindakan dan keputusan pemimpin terdahulu ini hanya dapat mereka lakukan di atas wisdom dan pandangan jauh mereka yang melangkaui sempadan kepentingan kaum masing-masing. Jika Tunku, Tan Cheng Lock atau Sambanthan dulu bermain nafsu-nafsi dan tidak ikhlas dalam merundingkan "kepentingan bersama" untuk hidup aman di dalam sebuah negara, maka negara ini mungkin sudah punah lebih awal.

Hak sebagai seorang rakyat kepada sesebuah negara adalah sama di mana-mana negara pun. Itu adalah "kewajiban umum" yang wajib dipenuhi oleh mana-mana kerajaan, seperti hak menikmati pendidikan, peluang pekerjaan, kemudahan asas dll pembangunan.

Keunikan yang dicipta oleh pemimpin terdahulu inilah yang telah memungkinkan rakyat berbilang kaum dan kepercayaan di negara ini dapat hidup tanpa gangguan dan syak wasangka di antara mereka.

Inilah sebabnya mengapa rakyat Malaysia harus diurus dan ditadbir oleh pemimpin yang sifat rasionalnya harus melampaui sempadan kaum dan kepercayaan, tahu menggunakan akal fikiran secara waras dan tahu bagaimana menggaris dan melaksanakan setiap polisi dan perlaksanaan untuk "kepentingan" semua pihak tanpa ada mana-mana kaum dan agama yang tersisih.

Negara ini tidak boleh sama sekali dipimpin oleh pemimpin yang tidak memiliki kriteria seperti warisan kriteria bapa-bapa negara kita. Negara tidak bersedia untuk menerima pemimpin yang tidak rasional, tidak realistik dan tiada wisdom di dalam menjalankan urustadbir polisi kerajaan yang memerintah.

Perkara ini penting untuk dinilai kerana rakyat Malaysia terdedah kepada kemungkinan akan ditadbir oleh puak yang tiada wisdom dan emosional dalam setiap tindakan.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Itu pepatah orang tua-tua.

Cuba telek wajah dan perawakan semua Perdana Menteri Malaysia. Semuanya hampir sama dari segi keperibadian. Berucap pun penuh hemah tidak pandai pun nak tumbuk-tumbuk rostrum atau berpusing di segenap sudut pentas. Penuh ketenangan, tidak kasar, sopan santun dan yang paling penting tidak mudah melatah bila diprovok atau dihina. 

Cakap pun bukan pandai sangat dan jauh sekali untuk jadi pemidato seperti Sukarno. Tiada yang berucap sampai keluar api dari mulut.

Itulah KPI dan ciri-ciri keperibadian seorang Perdana Menteri bagi negara Malaysia atau Tanah Melayu bumi keramat sejak dari dulu. 

Kalau kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia diukur dari segi kepandaian berpidato dan sejauh mana kemampuan mereka berucap berapi-api, maka tiada seorang pun di kalangan bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia yang akan berjaya menjejak hairaki tertinggi kepimpinan negara.

Jika itu ukurannya maka Perdana Menteri paling terok di Malaysia adalah Tunku Abdul Rahman, diikuti oleh Tun Hussein, Tun Abdullah Badawi dan juga Tun Razak.

Jika berdasarkan kehebatan dan kemahiran berpidato, Tun Sardon Zubir lebih layak dari Tunku Abd Rahman. Syed Jaafar Albar atau Dato Harun lebih layak dari Tun Razak ataupun Tun Hussein. 

Dan, Anwar Ibrahim jauh lebih layak dari Tun M, apatah lagi Abdullah Badawi. Bagai langit dengan bumi. Malah jika kehebatan pidato dan kepintaran memusing hujah ini menjadi prasyarat terpenting untuk Allah pilih seseorang itu menjadi pemimpin, Anwar sudah layak menjadi Perdana Menteri sejak tahun 1974 lagi. 

Tiada siapa yang layak menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri kerana hingga saat ini kerana tiada siapa yang mampu mengatasi kehebatan beliau berpidato yang mampu memukau siapa saja yang mendengar pidatonya.

Dengan kehebatan pidatonya, dia berupaya yakinkan orang ramai pasangan lelaki chinadoll itu bukan dia. Cukup dengan menyatakan "kelihatan macam saya tapi perut saya tak buncit macam tu". 

Dengan kehebatan pidatonya dia berupaya memusing pemikiran manusia daripada tertumpu kepada fakta kesalahan buruk dari segi agama dan moral yang dilakukannya kepada situasi "dirinya teraniaya dan keluarganya telah diaibkan".

Tapi lihatlah hakikat dan realiti sebenar yang telah ditetapkan oleh Allah swt untuk negara kita Malaysia.

Akhirnya, yang 6 orang itulah yang telah dinobatkan oleh Allah swt menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mereka-mereka itulah yang telah memimpin negara sehingga mencapai kedudukan yang ada hari ini.

Kalau Allah kata ya, maka ya lah. Kalau Allah kata tidak tu tidaklah. 

Di atas "kehendak dan kekuasaan Penguasa Kepada Segala Penguasa", DIA telah mencabut kekuasaan dari Anwar yang hanya menunggu 1 mata tangga saja lagi untuk dinobatkan menjadi Perdana Menteri, walaupun 100% rakyat Malaysia sudah tahu dan yakin sedikit masa saja lagi Anwar akan menggantikan Tun Mahathir.

Kesimpulannya mudah saja. Belum ada lagi Perdana Menteri Malaysia yang tangannya berpusing dan bersilang-seli ligat ke atas ke bawah, ke kiri dan ke kanan macam mamak mabuk todi sewaktu berucap. Semua cool... 

Perdana Menteri Malaysia perlu ada kelas tersendiri. Pemidato-pemidato hebat seperti Anwar, Ibrahim Ali, Anuar Musa, Mat Sabu, Azmin hanya bertaraf hulubalang. Mana mungkin hulubalang boleh dijadikan raja, melainkan hulubalang derhaka.

No comments:

Post a Comment