Friday, February 22, 2013

HARON DIN: TIADA PENEMPATAN KE3 DI AKHIRAT SELAIN DARI SYURGA ATAU NERAKA!!

Perang mulut antara PAS dan DAP sudah semakin terbuka. 

Karpal Singh sudah jadi jurucakap bagi pihak pimpinan PAS yang tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura PAS untuk mengharamkan kalimah Allah dijadikan bahan dagangan.

Pihak dalaman PAS yang diketuai oleh Hj Hadi dan kumpulan Anwarinas tidak berani berdepan secara langsung dengan Majlis Syura PAS. Itu sebab DAP dan Karpal nampak seolah-olah sudah jadi proksi mewakili golongan dalaman PAS yang tak sanggup berperang secara terbuka dengan Syura PAS untuk bersuara bagi pihak mereka.

PKR juga cuba mengelak dari terperangkap dengan jerat yang dipasang sendiri, bila Anwar pergi bertemu Dr Haron Din secara sulit. 

Tapi rasa-rasanya misi rundingan sulit Anwar ini gagal bila tengok Dr Haron Din tetap tegas mempertahankan pendirian Syura PAS.

Tapi harus diingat, sepatutnya isu kalimah Allah ini bukan sekadar cukup untuk "tegas mempertahankan", sebaliknya Syura PAS wajib "memperjuangkan" dan "mencari jalan" agar:

1. Kepimpinan PAS yang "telah tersilap" bersetuju kalimah ini diperdagangkan agar bertaubat dan mesti melafazkan pendirian untuk bersama dengan pendirian Majlis syura.  
2. Pimpinan PKR menghentikan terus niat memperdagangkan kalimah ini bagi tujuan meraih undi penganut kristian.
3. DAP menarik semula pendirian mereka yang mahu memperalatkan nama khas "Allah" bagi mengggantikan "god" di dalam bible.

3 perkara ini wajib menjadi agenda utama Majlis Syura PAS, dan bukan sekadar mempertahankan pendirian kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain tanpa melakukan apa-apa.

Majlis syura tidak boleh hanya sekadar mengumandangkan azan setiap masuk waktu, tapi tidak juga solat solat. Ilmu yang ada mesti diamalkan dan tidak cukup sekadar mengakui kebenaran ilmu yang ada.

Jika syura PAS hanya sekadar menyatakan pendirian, "mengakui" bahawa nama Allah tidak boleh diperdagangkan, maka tiada bezanya pegangan agama Islam yang dianuti oleh PAS dengan lain-lain pegangan agama.

Lain-lain agama juga "percaya" akan wujudnya tuhan dan "mengakui" sifat mahakuasa tuhan. Yang menjadi salah ialah mereka mentransformasikan "yakin" wujudnya tuhan, kepada bentuk zahir yang berupa patung dan berhala. 

Inilah yang membezakan agama Islam dengan lain-lain agama. Bukti keyakinan kepada Allah adalah "keyakinan, keikhlasan dan kejujuran dalam mengamalkan" apa saja suruhan dan larangan Allah walaupun Allah itu tidak dilihat dan dirasa. Islam tidak menzahirkan keyakinan yang benar kepada Allah dengan cara mentransformasikan Allah kepada suatu rupabentuk yang wajib disembah.

Apa yang dilakukan oleh syura PAS masih jauh dari memadai. Majlis syura PAS berkewajiban bukan saja "percaya dan mengakui" bahawa kalimah Allah tidak boleh dikongsi dengan agama lain, malah mereka wajib "meyakininya" dengan sebenar-benar "yakin, sepenuh ikhlas dan jujur" kepada diri dan kepada Allah untuk memperjuangkan 3 perkara di atas. 

Majlis syura wajib berjuang dan memastikan rakan pakatan mereka seluruhnya termasuk rakan dalaman PAS sendiri mematuhi keputusan majlis Syura bahawa kalimah Allah tidak dibenarkan sama sekali digunakan di atas apa maksud sekali pun oleh agama lain.

"Keyakinan, keikhlasan dan kejujuran" kepada diri dan kepada Allah Ini harus "berbukti", samada;
1. Keseluruhan rakan kongsi politik mereka akur dengan pendirian Majlis Syura, atau;
2. Jika diengkari oleh mereka, Majlis Syura dan PAS wajib mengistiharkan "bermufarokah" bagi melepaskan diri mereka dari dianggap "bersubahat" dengan rakan politik mereka yang telah "mensyirikkan" nama Allah.
3. Tiada pendirian ke 3 selain dari menyatakan "bersetuju atau tidak", kerana tiada penempatan ke-3 di akhirat kelak untuk golongan yang "tidak menyatakan pendirian" selain dari syurga dan neraka.

No comments:

Post a Comment