Tuesday, March 19, 2013

ANWAR: TOLONGLAH DOAKAN KESELAMATAN SAYA!!!

Anwar dan Tian Chua bakal menjadi liabiliti terbesar yang bakal ditanggung oleh pakatan bangkang pada PRU13 kali ini.

Tanpa disangka-sangka Anwar telah bertindak "gopoh" dan "gelojoh", mengancam untuk menyaman Papagomo atau Gomo harus memohon maaf dalam tempoh 24 jam. Kegopohan Anwar membuat laporan polis buku 50 dalil tahun 1998 dulu diulanginya kembali.

Umpan yang selama ini dipasang Papagomo sudah mengena. Inilah saat yang begitu lama dinanti Papagomo. 

Sekarang beban memohon maaf sudah berada dibahu Anwar, apabila gomo pantas mengeluarkan amaran dan meminta Anwar memohon maaf dalam tempoh 48 jam. Jika tidak, video "Perjuangan di sebalik tabir Anwar" yang berada ditangannya akan didedahkan.

Tian Chua sudah "lumat dan lunyai" dikerjakan rakyat yang bersimpati dengan anggota keselamatan yang dikatakan Tian Chua sebagai "mati katak". PAS dan DAP kelihatan tidak mampu lagi mempertahankan Tian Chua kerana takut turut "berkongsi bala" akibat dari pengkhianatan Tian Chua.

Papagomo juga mengancam, "Tak sampai 48 jam" dari sekarang Anwar pula akan menerima giliran dan dihukum akibat dari perangai tegar dan ketagihnya sendiri. Bukan perangai dan penyakit ketagih orang lain. Bukan juga disebabkan terkena buatan orang lain,sebaliknya terkena buatan sumpah sendiri.

Sekali lagi kepal nasi ulang...wamakaru wamakarullah. Tiada ayat peringatan terbaik buat Anwar, melainkan ayat yang yang sentiasa bermain dibibir Anwar apabila berada dalam keadaan terdesak untuk mempertahankan diri dan meyakinkan penyokong dan rakyat atas pagar "tentang kesuciannya".

Anwar... Beristighfarlah! Beristighfarlah kamu. Masih ada ruang untuk kamu bertaubat dan mengadu akan kelemahan kamu di hadapan Allah, jika benar kamu ada melakukan kesalahan samada secara peribadi mahupum kesalahan yang kamu lakukan terhadap khalayak umum sepanjang usaha kamu mempertahankan diri.

Dosa peribadi adalah dosa antara kita dengan Allah. Allah maha pengampun terhadap hamba-hambanya yang bertaubat dan mengakui serta tidak mengulangi segala kesalahannya.

Tetapi bukan hak Allah untuk mengampunkan dosa fitnah dan dusta yang kamu lakukan terhadap orang lain dalam usaha kamu untuk menyelamat dan melepaskan diri dari bebanan tayangan "amal perbuatan" yang telah dipertontonkan terlebih awal oleh Allah swt semasa di dunia lagi. Dosa jenis ini kamu kena minta ampun dengan orang yang kamu dusta dan yang kamu fitnah.

Sepatutnya tayangan "amal perbuatan" hambaNya ini hanya akan dipertontonkan di padang masyar kelak. Tetapi kita hairan kenapa Allah swt membuat tayangan video klip awal dalam isu ini.

Oh ya... Baru ana teringat akan mahfum hadis lebih kurang... "jika kamu mengaibkan saudara kamu di hadapan khalayak, maka kamu akan diaibkan di hadapan khalayak yang lebih besar hingga ke dalam rumah kamu sebelum kamu mati".

Niat untuk "mengaibkan" dengan tujuan semata-mata untuk mengaibkan individu dengan perasaan benci serta dendam berbeza dengan niat mendedahkan keaiban seseorang untuk tujuan "menyelamatkan umat" yang lebih besar dari bahana fitnah yang dibawa oleh seseorang. 

Niat-niat sebegini hanya Allah yang tahu dan hanya Dia yang lebih maklum apakah bentuk dan kaedah pembalasan yang sesuai berdasarkan "sifat maha mengetahuiNya". Perkara ini tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Allah maha adil.

Agaknya inilah rasionalnya Allah swt mendedahkan lebih awal semasa di dunia lagi akan "amal perbuatan" hambanya yang seorang ini. HambaNya yang mengaku beriman denganNya wajib mengakui akan hakikat ini.

No comments:

Post a Comment