Friday, March 1, 2013

CARA POLITIK PAKATAN MENGUNDANG BALA BENCANA!!

Pakatan telah mengundang Bala ke negara ini sebagai persiapan terakhir untuk menghadapi PRU13. Bala didatangkan ke negara ini setelah disimpan di India selama 2 tahun sepertimana Allah menyimpan dajjal, yakjuj & makjuj, khusus untuk digunakan bagi mendatang Bala Fitnah dan dusta terhadap DS Najib & Isteri.

Kepulangan PI Bala telah disambut oleh 50 orang pemimpin dan pendokong pakatan. Bukti ini saja sudah memadai bagi mengesahkan dakwaan bahawa memang wujud konspirasi terancang pembangkang berkaitan akuan bersumpah Bala untuk merosakkan nama PM & Isteri. 

Tetapi perancangan puak pakatan ini bukan bertujuan untuk mencari kebenaran dan keadilan, siapa pembunuh sebenar Altantuya, sebaliknya hanya bertujuan untuk mengekalkan persepsi negatif umum yang mengaitkan penglibatan PM dan isteri dalam kes pembunuhan ini.

Jika mereka mahu mencari kebenaran dan keadilan bukan begini caranya. 

Gerak-geri dan langkah meragukan yang selama ini ditunjukkan oleh puak pakatan dan Bala dalam kes akuan bersumpah flip-flop ini sudah cukup untuk memberi tanda, wujudnya niat jahat di sebalik tindakan tanpa henti mereka untuk membabitkan PM dan Isteri dengan kes Altantuya ini. 

Puak pakatan mahu rakyat percaya kepada perkara yang tidak nyata dan meragukan yang dibawanya. DAN, pada masa yang sama, mereka berusaha mencari jalan untuk menimbulkan rasa ragu dikalangan rakyat terhadap perkara-perkara nyata yang telah ditimbulkan di mahkamah.

Mereka mahu rakyat percaya bulat-bulat PM & Isteri terlibat dengan pembunuhan Altantuya dengan bukti palsu yang mereka rekacipta. Pada masa yang sama mereka mahu rakyat tolak bulat-bulat video tulin Anwar & Chinadoll sedang bersenggama.

Mereka mahu rakyat percaya wujudnya DNA DS Najib pada kononnya anak dalam kandungan Altantuya. Tapi mereka mahu rakyat tolak bulat-bulat DNA yang menunjukkan kewujudan kesahihan air mani pada dubur Saiful.

Mereka mahu rakyat terima bulat-bulat, DS Rosmah sendiri yang pergi ke lokasi bukit semak samun di malam yang gelap dan mengebom Altantuya hingga berkecai. Pada masa yang sama, mereka mahu rakyat tolak bukti nyata yang menunjukkan DS Rosmah sedang berada di dalam satu program di Tabung Haji pada malam dan masa kejadian pembunuhan Altantuya.

Mereka mahu rakyat percaya sumpah PI Bala yang dilakukan menurut cara hindu, dan jangan percaya kepada sumpah lahanat DS Najib dengan nama Allah di dalam masjid.

Mereka mahu rakyat percaya PM benar-benar terlibat, hanya dengan bersandarkan kepada kenyataan Bala yang menyebut ada mengambil gambar Altantuya tapi tak pernah ditunjukkan pun kepada umum, sewaktu Altantuya berada di depan Lembaga Getah Malaysia Jalan Ampang. 
Tapi, mereka mahu rakyat jangan kisah sangat dengan "kegagalan" Wan Azizah menunjukkan jam Omega yang dikatakan ada dalam simpanannya.

Inilah pendekatan gila dan songsang yang sudah menjadi budaya yang berakar umbi di pihak pembangkang.
 
Tanpa melakukan pembohongan mereka tak mampu berhadapan dengan BN. 

Tanpa fitnah perjuangan mereka akan lesu.
 
Tanpa pendustaan tiada siapa yang mahu mendengar ceramah mereka.

Mereka sudah terlalu terdesak untuk menagih sokongan rakyat.

1 comment:

  1. Kalau sekadar faktor si biawak lidah bercabang tu bercakap, aku rasa ia sekadar 'hiburan' utk mere a yg sudah kecewa, lauk basi yg Cuba dipanaskan semula kelak mkn diri.

    ReplyDelete