Sunday, March 24, 2013

DAP UMUM TAK BERTANDING DI LAHAD DATU!!!

DAP paling "non-committal" dalam 2 isu besar yang sedang berlaku.
1. Isu pencerobohan tentera Kiram-Misuari.
2. Isu video persenyawaan melalui lubang kunyit di KL Hilton.

DAP dilihat tidak mahu terjerat dengan ke dua-dua isu ini. DAP lebih menumpukan kepada strategi mengekal dan menawan beberapa kerusi yang disasarkan dalam PRU 13.

DAP dilihat lebih menumpukan strategi "menyelamatkan DAP" daripada "matlamat bersama" pakatan menawan Putrajaya.

DAP sudah menghidu bahawa pakatan pembangkang tidak mungkin dapat mengalahkan BN. DAP sudah dapat membaca bahawa pakatan bukan saja tidak mampu menambah kerusi, malah untuk mempertahankan kesemua 80 kerusi yang dimenangi mereka pada PRU12 yang lalu pun begitu sukar.

Rekod pemerintahan pentadbiran pakatan di negeri-negeri yang ditadbirnya tidak layak langsung untuk dibandingkan dengan rekod prestasi "Janji Ditepati" pentadbiran PM Najib.

Petunjuk ekonomi Malaysia yang sangat memberansangkan dan diakui pelbagai agensi berwibawa luar negara tidak mungkin akan "disia-siakan" oleh kaum cina dengan berjudi menggantikan kerajaan sediada. 

Komuniti ekonomi cina tidak mungkin membiarkan pengundi cina membuat "salah perhitungan" lagi dengan mengenepikan faktor kestabilan politik dan ekonomi demi semata-mata untuk  bereksperimentasi memilih pakatan pembangkang yang hanya sekadar berjanji seperti connman memberi "cek tendang" yang tidak bernilai.

Bagi komuniti ekonomi cina, mereka tidak akan berani mengambil risiko "membuang produk yang sudah terbukti baik dan selamat" digunakan semata-mata kerana mahu mencuba "produk yang masih di peringkat eksperimentasi dan belum teruji".

Pencerobohan dan ancaman asing yang "sudah benar-benar" terjadi,  telah mengejutkan kaum cina dari leka bermain "politik dan kuasa tawar-menawar" di dalam keadaan politik BN yang lemah.

Komuniti ekonomi cina ternyata sangat "bimbang" jika pencerobohan dan ancaman asing ini akan meruntuhkan kestabilan ekonomi negara yang majoritinya didominasi oleh kaum cina.

Bagi kaum cina, "zaman mencari keuntungan melalui kuasa tawar-menawar di dalam kedudukan parti pemerintah lemah" sudah berlalu.

Mereka tidak akan membuat perjudian lagi. 5 tahun (2008-2013) sudah memadai bagi mereka untuk mencari "peluang mengukuhkan kekuatan politik dan ekonomi" melalui kuasa tawar-menawar akibat dari lemahnya kuasa politik BN.

Kaum cina pun faham pepatah Melayu, "Lebai malang, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

Sikap "non-committal" DAP dalam 2 isu besar ini boleh dijadikan petunjuk bahawa "komuniti cina sedang memikirkan dengan serious" pendirian politik yang bakal mereka ambil pada PRU kali ini. Sudah kelihatan tanda-tanda besar kaum cina akan berbondong-bondong memberikan kembali sokongan kepada Barisan Nasional demi kelangsungan ekonomi dan pendidikan kaum mereka.

DAP sedar jika mereka juga "turut campur mengikut rentak" Tian Chua dan Anwar dalam isu Lahad Datu ini, sudah pasti DAP akan terjerat. Nilai "patriotisma" dan kesetiaan DAP kepada negara pasti akan menjadi pertikaian umum.

Di sini jelas kelihatan DAP lebih bijak percaturannya jika dibandingkan dengan Anwar dan Tian Chua yang jelas melatah seperti "babi terdengar bom meletup".

Jika DAP ikut campur sudah pasti keadaan akan menjadi lebih tegang dari apa yang dihadapi oleh Tian Chua. Satu negara rakyat akan bangkit membalun DAP.

DAP sangat takut kepada "suasana huru-hara, pergaduhan dan peperangan". DAP lebih takut lagi apabila melihat berbatalion Askar Melayu Diraja memunculkan diri" seperti di Lahad Datu. Lim Kit Siang akan terus fobia terkenangkan peristiwa 1969.

Hakikatnya, kaum cina harus berfikir dan bertindak secara jujur. Bergabung dan bekerjasama dengan "kuasa politik melayu yang dominan, jujur dan rasional" adalah lebih memberi benafaat untuk mereka dan untuk seluruh rakyat Malaysia. 

Hanya UMNO yang jelas dominan di kalangan orang melayu dan jujur serta rasional terhadap "rakan kongsi bukan melayunya.

Fikir la baik-baik kawan... Tak mau gaduh la.. Tadaa syiok maa...

No comments:

Post a Comment