JOHOR BAHRU 24 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dia tidak pernah bertemu dengan ketua pengganas, Jamalul Kiram III.
Beliau juga terus bersandiwara apabila menyatakan tidak pernah menyalahkan UMNO dalam insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah.
Menurut Anwar, beliau hanya mahu memaklumkan bahawa Jamalul dan keluarganya adalah ahli UMNO dan banyak kali datang ke mesyuarat perwakilan parti itu serta hairan tentang dakwaan pertemuannya dengan ketua pengganas itu.
Nama saya Anwar Ibrahim Sultan Kiram Sulu, sebab diorang permainkan, kata saya pulaklah buat kes Sulu. Saya tak pernah jumpa pun Sultan Kiram itu. Sultan Kiram itu banyak pergi (mesyuarat) perwakilan UMNO, tetapi saya tak tuduh UMNO terlibat.
Tetapi saya cuma nak beritahu Sultan Kiram dan keluarganya adalah ahli UMNO, mesyuarat perwakilan UMNO. Tidak bermakna UMNO terlibat dalam serangan," katanya dalam ceramah Parti Keadilan Rakyat (PKR) di padang awam Kampung Melayu Majidee di sini semalam.
Ketua Umum PKR itu berkata, beliau hanya bertemu dengan Nur Misuari atas kapasiti sebagai rakan.
Memo untuk Anwar;
1. Semua orang sibuk memikir dan bimbang soal kedaulatan negara, kamu didapati bimbang dan memikir bagaimana mahu mempertahankan kedaulatan diri.
2. Kamu hanya berjaja menimbulkan persepsi Kiram dan keluarga mereka ahli dan perwakilan UMNO, tapi kamu tidak pernah membawa apa-apa bukti. Kamu harus ingat "ayat Quran ciptaan Rafizi, "jika ada orang fasiq membawa berita fitnah, kita hendaklah "tolak" berita itu".
3. Kamu mengatakan semua itu sandiwara UMNO tapi kamu mengatakan kamu tidak menuduh UMNO. Kamu sudah benar-benar gilakah?
No comments:
Post a Comment