Teka-teki PRU13 yang diberikan oleh PM semakin tak terjawab dek pembangkang.
Pembangkang sudah "letih-litak". Stamina pun sudah kehabisan dan seluruh badan sudah terasa lenguh dan sakit-sakit. Pinggang tak boleh nak cakaplah sakitnya. Lutut pun sudah sengal. Nak bangun pun orang kampong cakap "berpiaut", terasa nak rebah-rempah.
Apa yang boleh dilakukan oleh pembangkang untuk mengekalkan stamina hingga berlangsungnya PRU13 hanyalah dengan mengambil steroid tanpa berjadual dan ini bertentangan dengan peraturan samada peraturan demokrasi mahupun peraturan yang ditetapkan oleh agama, demi untuk mengembalikan kekuatan dan stamina sokongan rakyat.
Berbagai jenis "pain killer" dimakan tanpa jadual untuk menghilangkan penyakit hilang kepercayaan dan sokongan rakyat yang semakin dirasai.
Serangan penyakit yang dibawa dari Lahad Datu sangat merbahaya dan boleh mengancam nyawa pembangkang. Sehingga kini pihak pembangkang sedang bertungkus lumus mencari pain killer yang sesuai dan lebih tinggi dosnya untuk ditelan kerana pain killer sediada tidak mampu menahan kesakitan yang dibawa akibat dari Taufan Lahad Datu yang menghempap dan memusnahkan kekuatan sokongan rakyat secara begitu drastik terhadap mereka.
Pelbagai "steroid penambah tenaga" ditelan bagi mengembalikan kekuatan sokongan. Asal saja ada tertulis "ubat kuat" dan "boleh menambah tenaga luar biasa", terus saja dibedal. Sah atau tidak, lulus atau tidak, memudaratkan atau tidak terhadap masa depan negara dan rakyat bukan pertimbangan mereka, asal saja boleh memberi semula kekuatan.
"Steroid sumpah Bala" yang digunakan sudah jelas bukan saja menambah mudarat buat pembangkang, malah steroid ini sendiri sudah expired dengan sendiri.
Pengkorporatan Kalimah Allah yang disangka boleh dijadikan "Steroid" menambah kekuatan sokongan pelbagai penganut agama, akhirnya telah menyebabkan "pembangkang mati mengejut" dan membuka kembali mata para pendokong mereka yang merasa politik pembangkang sudah keterlaluan.
Ke dua-dua kaedah rawatan pemulihan sokongan rakyat, melalui preskripsi pengambilan pain killer dan mencucuk steroid kekuatan ini ternyata telah mendatangkan lebih banyak mudarat daripada khasiat terhadap pembangkang.
Hari ini, sokongan terhadap PAS yang selama ini segar bugar sudah semakin uzur sokongan.
DAP yang begitu lantang mahu berkongsi memakan steroid Kalimah Allah sudah tersedak sendiri. Ditambah lagi dengan penyakit "tidak patriotik" yang selama ini dirahsiakan dari pengetahuan umum sudah terdedah akibat dari Taufan Lahad Datu yang melanda negara secara tiba-tiba.
Hari ini baru rakyat Malaysia sedar betapa kroniknya "Penyakit tidak patriotik yang dihidapi oleh DAP. Jika tidak kerana Taufan Pencerobohan Asing ini, sudah pasti penyakit "tidak patriotik DAP" ini tidak akan diketahui oleh rakyat. Ramailah rakyat akan tertipu dengan sikap "pura-pura" patriotik DAP.
PKR pula tak perlu dipertikaikan lagi. PKR dan Anwarlah yang bertanggungjawab bukan saja menjadi pengguna tegar, malah turut menjadi "pengedar haram" terbesar pain killer dan steroid ini sehingga DAP dan PAS turut menerima musibah.
Sindiket haram mengedar segala "bahan merbahaya di dalam bentuk preskripsi ubat" ini bukan saja boleh memusnahkan hidup pakatan pembangkang, malah ia hampir memusnahkan seluruh kehidupan rakyat dan negara yang selama ini begitu aman dan dikagumi dunia.
No comments:
Post a Comment