Monday, March 18, 2013

ANWAR: SAYA AKAN SAMAN NAJIB!!! WOW...! SILAKAN!!

Nik Aziz, menjadi antara ulamak pewaris nabi yang paling pantas menjatuhkan hukum bahawa "13 keping gambar "still" yang memaparkan perlakuan sepasang gay" yang didedahkan oleh blog rajagoyang adalah kerja UMNO. Logik dan asasnya tak perlu dipersoalkan.

Anwar yang dilihat cuba mengelak soalan wartawan bukan-pro mereka, seperti biasa terus meletakkan beban "kerja jijik" ini, tak lain tak bukan, adalah kerja UMNO.

Pembangkang sejak dipimpin oleh Anwar, dari awal pembabitannya dengan pembangkang memang telah menjadikan "Setiap kerja jijik adalah kerja UMNO", sebagai doktrin gerakan politik Anwar.

Sejak Anwar mengapalai pembangkanglah, Doktrin "Setiap kerja Kerja Jijik Adalah Kerja UMNO"  ini diserap ke setiap minda rakyat melalui pelbagai kaedah. Kerja mendoktrin pemikiran rakyat ini adalah satu-satunya kemahiran dan kebolehan yang ada pada Anwar.

Hari ini seluruh rakyat sedang dididik supaya "bersatu hati dan fikir", membuat rumusan bahawa "sebarang musibah bala bencana, kejahatan dan perlakuan jijik yang berlaku di negara ini adalah berasal-muasal dari UMNO, manakala setiap kebaikan dan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada rakyat adalah berasal-muasal dari hasil perjuangan pembangkang".

Gerakan yang dijalankan oleh para pembangkang ini telah berjaya menyuburkan budaya "penyalahgunaan terhadap akal fikiran yang telah dianugerahkan Allah kepada setiap makhlukNya yang bernama manusia. Hanya rakyat yang berupaya menggunakan akal fikiran secara waras sahaja yang akan selamat dari "doktrin sesat" yang sedang cuba diserap oleh pembangkang ini. 

Tanda-tanda besar kejayaan doktrin yang menyesatkan pemikiran rakyat ini boleh dilihat dari sikap para pendokong dan penyokong pembangkang yang semakin hari semakin tidak berjejak di bumi nyata dan menolak realiti dan takdir Allah yang sedang berlaku.

Bagi pendokong dan penyokong taksub pembangkang ini, apa saja yang telah, sedang dan akan terjadi, jika ia telah, sedang dan akan mendatangkan keburukan atau kerugian di pihak mereka, ia sudah pasti hasil dari kerja jijik yang telah, sedang mahupun yang akan dilakukan oleh UMNO.

Mereka tidak berupaya lagi menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan Allah untuk memikir akan setiap kejadian dan apakah maksud sebalik setiap kejadian yang berlaku "supaya hamba-hambu ku berfikir" seperti yang diperingatkan di dalam wahyuNya, sudah tidak lagi relevan bagi mereka. Bagi mereka, satu-satunya yang relevan  ialah "Semua ini Kerja Jijik Umno".

"Hati dan akal" penyokong taksub ini sebenarnya sudah terperangkap dan menjadi mangsa indoktrinasi Anwar. Kebolehan akal untuk mempertimbangkan sesuatu dengan kewarasan, dengan mengkaji baik dan buruk setiap kejadian sudah pupus kerana doktrin ini.

Doktrin Anwar ini mendidik rakyat supaya menurut dan percaya dengan penuh yakin akan setiap apa yang telah, sedang dan akan terus diperkatakan oleh para pemimpin pembangkang. 

Jika rakyat "diperlihatkan oleh Allah swt dengan menggunakan hamba-hambanya (samada hamba-hambaNya itu zalim atau tidak adalah persoalan atau dosa lain) akan sebuah "tayangan video aib" yang "asli lagi tulin" yang jelas dilihat bahawa hamba Allah itu amat dikenali, maka mangsa indoktrinasi Anwar ini akan dengan sendirinya menolak bulat-bulat apa yang telah diperlihatkan oleh Allah kepada mereka. 

Mangsa indoktrinasi Anwar ini akan menafikan semua itu seperti mana Abu Jahal menafikan peristiwa Nabi saw membelah bulan yang jelas berlaku di depan mata kepala Abu Jahal.

Mangsa Indoktrinasi Anwar ini akan menafikan sepertimana umat Nabi Musa a.s menafikan segala mukjizat Allah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Musa di depan mata mereka. Mereka meminta bukti "maha kuasanya Allah", tapi bila Nabi Musa memberikan bukti berupa mukjizat, mereka akan berdalih dan meminta lagi Nabi Musa memberi bukti-bukti yang lebih jelas.

Sungguh menakutkan! 

Doktrin sesat Anwar ini berkeupayaan membawa umat negara ini kepada budaya menolak "wujud dan maha kuasanya Allah" dengan cara menolak setiap "kejadian takdir tuhan" yang tidak menguntungkan mereka. 

Bagaimana umat Nabi Musa memfitnah Nabi Musa dengan pelbagai tuduhan merekayasa secara sihir setiap bukti kewujudan Allah", begitulah sikap para pendokong dan penyokong Anwar ketika ini.

Bagaimana Abu Jahal mempengaruhi kaumnya agar jangan mmpetcayai ajaran Muhammad dengan pelbagai tuduhan seperti Muhammad pendusta, Muhammad merekayasa fitnah dan mengada-adakan cerita mustahil "israk mikraj", begitulah budaya yang telah berkembang subur di kalangan pendokong pembangkang hasil dari indoktrinasi halus dan jahat yang telah dijalankan oleh Anwar.

Walau bagaimana pun, kita harus terus mengingatkan diri kita, bahawa walau bagaimana hebat pun perancangan kita, perancangan Allah pasti mengatasi perancangan hambaNya.

Anwar atau sesiapa saja tidak layak sama sekali untuk dibandingkan dengan Nabi Musa a.s, apatah lagi untuk dibandingkan dengan Nabi Muhammad saw.

Isu ini bukan untuk berbicara tentang individu, tetapi untuk berbicara tentang soal kebenaran dan kebatilan. Sesiapa yang benar pasti akan mendapat pertolongan dan perlindungan sepertimana Allah melindungi Muhammad saw dan Musa a.s dari sebarang fitnah dan pendustaan oleh musuh Allah.

Sesiapa yang berada di pihak yang batil dan palsu, pasti akan mendapat balasan setimpal dengan balasan yang Allah swt berikan kepada Firaun dan Abu Jahal.

Sedangkan Muhammad saw dan Musa a.s yang dilantik menjadi pesuruh Allah pun dituduh merakayasa, memfinah dan berdusta, apatah lagi DS Najib.

Sedangkan pemfitnah dan pendusta seperti Abu Jahal dan pengikut Firaun pun tanpa rasa bersalah boleh melabelkan Muhammad saw dan Musa a.s dengan label pemfitnah dan pendusta, inikan Awar Ibrahim.

Sejarah terlalu banyak menunjukkan kepada kita bahawa "hanya pencuri yang tahu dan mahir dengan teknik dan selok-belok mencuri". Hanya perekayasa dan pakar pemfitnah yang mahir dengan teknik dan selok-belok bagaimana untuk melakukan rekayasa dan fitnah terhadap orang lain.

Seringkali pihak penuduhlah yang sebenarnya melakukan apa yang dituduh kepada orang lain lakukan.

No comments:

Post a Comment