KANGAR 3 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Katanya dakwaan itu suatu perkara yang serius tetapi dakwaan itu memerlukan bukti kukuh bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu.
Beliau juga hairan kenapa kumpulan itu datang ke Sabah ketika ini semasa negara sedang hampir untuk mengadakan pilihan raya umum sedangkan tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah sudah lama dibuat.
"Semua pihak kena siasat. Filipina, Presiden Aquino pun nak tahu apa sebenarnya. Perkara ini satu embarrassment (penghinaan) yang besar kepada kerajaan Filipina.
Di atas adalah "kenyataan pertama" yang dikeluarkan oleh pemimpin utama negara yang mengarahkan pihak berkuasa MENYIASAT LUPURAN YANG MENDAKWA TERDAPAT PEMIMPIN PEMBANGKANG TERLIBAT DENGAN INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU.
Setakat ini "tiada seorang pun" kalangan pemimpin UMNO yang menyalahkan, menuduh atau mengaitkan Anwar dalam insiden yang membawa kepada pencerobohan bersenjata asing ke atas Sabah.
Jadi kenapa Anwar gelabah dan tertekan seperti "lembu melihat manusia memakai baju merah", dengan pelbagai artikel dan link yang muncul di blog dan laman web yang mengaitkannya, dengan menghala serangan hanya kepada pemimpin kerajaan (lebih spesifik UMNO) dan menuduh "pemimpin UMNO menuduh dan memfitnah saya menjadi dalang" dalam pencerobohan asing di Lahad Datu"!!
Bukankah media Filipina, pihak perisikan tentera Filipina dan Reuters yang berpengkalan di Amerika Syarikat yang telah melapurkan wujudnya campurtangan 3 pihak di sebalik pencerobohan Tentera Sultan Kiram III ke atas Lahad Datu, di mana salah satu dari 3 pihak tersebut adalah pemimpin pembangkang di Malaysia?
Apa masalah kronik yang dihidapi Anwar sehingga dia tidak mempunyai apa-apa alasan, melainkan "hanya mempunyai alasan dan tuduhan tunggal", iaitu UMNO dan media yang berkait dengan UMNO adalah satu-satunya pihak yang bertanggungjawab melakukan setiap kerja kotor dan hina yang terjadi di negara ini. Setiap isu akan diputar bagi tujuan untuk membolehkan rakyat timbul benci terhadap UMNO.
Anwar mungkin bijak dalam mengatur pelbagai strategi, tapi sayang kesabarannya tiada. Jika dia memiliki kesabaran, Anwar bukan tidak boleh menunggu hingga konflik Lahad Datu ini berakhir. Terlalu banyak ruang bagi seseorang yang jujur dan tidak terlibat langsung dalam krisis ini untuk mempertahankan dirinya.
Malah, Anwar boleh meminta dan desak kerajaan UMNO yang dibencinya untuk meminta penjelasan media asing ini, "kenapa kaitkan rakyatnya yang terbukti taat dan jujur kepada negara dengan kerja-kerja pengkhianatan kepada negara?
Jika benar dan jujur tangannya tidak sekelumit pun turut campur kepada krisis pencerobohan ini, Anwar patutnya tunggu saja saat berakhirnya konflik Lahad Datu. Sebaik saja tamat, Anwar boleh kerjakan cukup-cukup media Filipina dan Reuters yang telah membawa kepada kerosakan dan menjejaskan kredibiliti namanya yang "suci" dengan kerja hina di Lahad Datu.
Tapi, apa yang sedang dilakukan oleh Anwar ketika ini bukan saja menambah lagi bebanan kerajaan dalam menghadapi musuh asing, malah kerajaan terpaksa pula membuat "damage control" di peringkat dalam negara akibat dari ketidaksabaran Anwar mempertahankan dirinya dengan cara mempersalahkan UMNO dan mempertikaikan segala tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam menangani konflik pencerobohan asing ini.
Jika Anwar dibiarkan bebas meyakinkan dan memghasut rakyat agar percayakan skrip dan versi "UMNO punca kepada segala malapetaka yang sedang berlaku kepada negara", maka kerajaan sudah pasti akan dipertikaikan kredibiliti dan kemampuannya oleh rakyat yang terkeliru.
Jadu, sekarang pihak kerajaan terpaksa menangani dua masalah besar secara serentak! Satu masalah yang kita semua sedia maklum, dan satu lagi masalah dalaman negara yang sedang "dicanai" oleh Anwar untuk menjejaskan kredibiliti kerajaan melalui malapetaka kepada negara yang sedang berlaku. Kerajaan berhempas pulas melakukan apa saja untuk mengawal dan menamat terus pencerobohan ini, manakala Anwar pula semakin ligat ke seluruh negara untuk menambahkelirukan lagi pemikiran rakyat menurut skrip dan versi sikitolnya.
Jika kerajaan tidak lakukan "damage control" masalah dalaman "ala-sikitol" yang sedang dilakukan oleh Anwar, kerajaan akan disalahtafsir oleh rakyatnya sendiri hasil dari penerangan berupa "fitnah dan pengeliruan fakta" yang sedang diambil kesempatan sepenuhnya oleh Anwar.
walau bagaimana pun, harus diingat, "kerajaan kepada segala kerajaan" masih ada untuk melindungi Kerajaan dan rakyat negara ini dari sebarang bentuk ancaman jahat dari luar dan dalam yang sedang merencana agenda besar yang tak terbayang oleh kita semua.
Segala "maklumat sulit", siapa dalang dari dalam dan luar yang sedang dahagakan kedaulatan negara ini ada di tangan perisik dan pemimpin kerajaan. Kerajaan tahu tapi tak mungkin boleh dikongsi bersama dengan rakyat demi memastikan rakyat tidak panik dan terus menjalani kehidupan seperti biasa.
Ketikanya akan sampai untuk kerajaan mendedahkan segalanya kepada rakyat!! Rakyat berkewajiban memberi sepenuhnya kepercayaan terhadap apa saja langkah dan tindakan yang telah, sedang dan akan diambil oleh kerajaan dalam menangani konflik besar ini.
Jangan terpengaruh dan terkesan dengan anasir gila yang sedang berusaha keras menimbulkan keraguan rakyat terhadap kerajaan.
Allah saja sebaik-baik pelindung. Salam.
tak tngok berita dan blog2 umno sndiri ke..jelas UMNO kaitkan ANWAR dalam kes ini...
ReplyDeleteyang peliknya dioarang ada IC, siap Kelahliah UMNO lagi....
kalu Keahlaian PKR boleh la kata nak ANWAR gelabah bro...
Macam mano pun si Udin amaran & Si Mail amaran auw..auw... mesti lotak jawatan. Nampak dah jadi bebanan (liability) pada BN. Harapkan mulut yo yang bosa, kojo tak monugheh. Wei.. boghapo oghang lai yang akan mati ni Mail?. Tolonglah tengok komen TS Musa berkenaan kes ini. Jangan jadi bodoh sombong walau muko cam orang bodoh.
ReplyDelete