Monday, March 4, 2013

AMARAN ANWAR: JANGAN TANYA SOALAN YANG MENYUSAHKAN SAYA!!

Cukup mudah puak pembangkang membuat penafian terhadap pendedahan beberapa maklumat oleh media dan perisik tentera Filipina membabitkan beberapa siri rundingan di antara pemimpin pembangkang dengan Sultan Kiram III.

Caranya - kutip gambar PM Najib bersama Ketua MILF dan bagi tau orang Ketua MILF itu Sultan Kiram, dan terus reka cerita, PM Najiblah sebenarnya yang telah berjumpa dan berunding secara sulit dengan Sultan Kiram.

Kisah ini diperkuatkan lagi melalui kenyataan Nur Misuari yang menyebut sewaktu melawat Jolo di Sulu, "beliau ada terdengar perbualan" orang di Jolo bahawa PM Najib memberi jaminan untuk menyerahkan kembali Sabah kepada kesultanan Sulu. Adakah sebuah kerajaan berdaulat dan dipilih pula oleh rakyat di dunia ini yang suka-suka bertindak tanpa angin tanpa ribut, menawarkan wilayahnya kepada pihak asing?

Rekaan cerita tak masuk akal oleh puak tidak waras begini dijaja di blog-blog dusta Pakatan Fitnah bukan bertujuan supaya rakyat percaya dengan cerita mereka, sebaliknya mereka hanya mahu menghilangkan kredibiliti keseluruhan "isu mengenai siapa dalang" sebenar di sebalik konflik pencerobohan asing di Sabah.

Itu saja matlamat mereka. Bila pelbagai versi "kisah dalang" ini sudah "berlambak" di pasaran media, maka rakyat akan confuse" yang mana betul dan yang mana salah. Akhirnya rakyat akan menolak keseluruhan "fakta wujudnya dalang" dalam kes pencerobohan asing ke atas Sabah.

Perang saraf ala-Israel ini memang sudah menjadi permainan dan kepakaran puak pakatan sejak Anwar menjadi pembangkang.

Terbaru, Anwar hari ini sudah berubah menjadi seorang diktator dan tidak percaya lagi dengan demokrasi dan hak kebebasan bersuara.

Pihak wartawan pun sudah hilang hak untuk bertanya beliau. Jika wartawan bertanya soalan yang dia serba-salah nak jawab, dia akan mengenakan ugutan saman terhadap wartawan terbabit.

Wartawan pun dia yang tetapkan apa yang boleh dan tak boleh ditanya.

Malang sungguh nasib kerajaan yang "berpembangkangkan" Anwar Ibrahim yang menganut fahaman demokrasi belantara buatan sendiri. Dia bebas tanpa perlu akur kepada sebarang peraturan, tetapi pihak lawan wajib mematuhi etika demokrasi sepenuhnya.

Ayam yang mencatuk ponggongnya sampai terdedah aurat, telor ayam pula yang dikenakan hukuman. Reuters dan media Filipina yang mendedahkan kaitannya dengan tentera Sulu, Utusan dan TV3 pula yang disaman.

No comments:

Post a Comment