Tuesday, March 5, 2013

MISUARI TURUT PANIK DAN SEDANG BUAT DAMAGE CONTROL!!

""Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari memberitahu Malaysia bahawa beliau bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu pencerobohan ke atas Sabah, yang digerakkan oleh sekumpulan warga Filipina. Beliau juga secara peribadi bersedia ke Malaysia untuk membantu menyelesaikan krisis semasa yang bermula awal bulan lalu susulan tindakan pengikut Sultan Sulu yang kini berkubu di Lahad Datu.""

Kenapa nada tiba-tiba bertukar? Minggu lepas beri amaran, kerajaan Malaysia harus melayan warga Sulu yang menceroboh sepertimana melayan saudara sendiri. Jika darah mereka mengalir, kami tidak teragak-agak untuk datang membantu mereka.

Apa pula maksud Nur Misuari supaya menunggu hingga April, siapa yang akan menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya berlangsung?

Di pihak sebelah Filipina, Nur Misuari mencari jalan untuk muncul sebagai hero overnight dengan cara menonjolkan diri untuk menjafi orang tengah.

Di sebelah sini, Anwar pula cuba menjadi hero overnight dengan cara memperlekehkan cara dan tindakan kerajaan menangani konflik pencerobohan asing yang dianggapnya lemah.

Hakikatnya, kedua-dua orang ini sudah semakin tersisih dan tidak lagi diiktiraf sebagai pemimpin atau pemerintah di negara masing-masing.

Kedua-dua orang ini sedang berusaha keras untuk mengembalikan zaman kegemilangan masing-masing. Mereka berhasrat dan bermimpi untuk kembali diiktiraf dan disokong oleh rakyat di negara masing-masing.

Tapi, hakikatnya peluang tidak akan datang dua kali. Orang yang tidak mahu mengambil pelajaran dari sejarah akan dihukum berkali-kali dan kesilapan akan terus berlaku, dan mereka akan terus dihukum oleh sejarah.

1 comment:

  1. Pernah suatu ketika dahulu aku menyanjungi si nur misuari ini kerana perjuangan dan juga islamnya....tapi kini aku menganggap dia adaahy musuh.....

    ReplyDelete