Petunjuk dan perkembangan mutakhir yang berlaku semakin tidak menyebelahi pakatan pembangkang. Takdir dan petunjuk yang berlaku seolah-olah sudah selaras dan seia-sekata memberi petanda bahawa BN akan terus, malah semakin kuat dan kembali diyakini oleh majoriti rakyat.
Rakyat semakin bersatu dan berdiri teguh di belakang kerajaan yang ditadbir oleh Barisan Nasional.
Sebelum 12 Februari lalu, tiada siapa kalangan rakyat biasa yang terfikir akan berlaku pencerobohan ke atas Sabah oleh pihak asing.
Sebagai seorang warganegara Malaysia, tidak pernah terbayang oleh kita bahawa ada kalangan warga sendiri yang mengaku pemimpin boleh mempertikaikan "amanah dan pertanggungjawaban" kerajaan terhadap "amanah negara" yang dimandatkan oleh rakyat dengan cubaan bertindak mengubah fakta "semua malapetaka ini adalah sandiwara terancang yang dilakukan oleh UMNO".
Tidak juga pernah terbayang oleh kita akan keluar kata-kata dari Tian Chua, seorang warganegara Malaysia dan Naib Presiden PKR sendiri, bertindak menghina perajurit negara yang terkorban dengan hinaan yang tak pernah termimpi akan keluar dari mulutnya, umpama mulut seorang pengkhianat!
Malah, tidak disangka langsung, Tian Chua, Anwar dan gerombolan tidak berhati perut ini boleh menterbalikkan isu "keselamatan negara" yang wajib diharungi bersama kepada isu konspirasi terancang pimpinan Perdana Menteri sendiri yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan harapan rakyat akan terus menyokong UMNO.
Seluruh rakyat berkabung, bersedih, terharu dan menangis apabila melihat satu demi satu perajurit kita gugur di medan perang, tetapi sungguh tidak disangka gerombolan tidak berhati perut ini sanggup menghina kematian para perajurit yang syuhada ini sebagai "mati katak".
Di dalam situasi getir sebegini pun mereka masih cuba menjalankan jarum hasutannya kepada rakyat dengan menuduh semua ini adalah usaha terancang UMNO.
Pihak kerajaan berhempas pulas siang dan malam untuk menamatkan konflik ini secepat mungkin, walau berapa harga pun yang terpaksa dibayar, samada melalui rundingan ataupun terpaksa menghadapinya dengan peperangan, Anwar pula berhempas pulas membuat usaha pembersihan diri dan memperkecil-kecilkan segala usaha dan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan.
Satu negara bersatu teguh dan menumpukan sepenuh usaha menghadapi "lumpur peperangan" yang dibawa oleh penceroboh asing, sebaliknya Anwar sibuk menumpukan usaha membersihkan diri dari terkena kotoran lumpur yang seharusnya diharungi bersama hari ini.
Seluruh pemimpin dan segala media maklumat digunakan sepenuhnya untuk menenangkan rakyat jelata agar jangan panik, jangan bimbang dan berdiri teguh serta berilah kepercayaan sepenuhnya di atas apa juga langkah dan tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam berhadapan dengan pencerobohan asing ini.
Sudah sewajibnya bagi negara menyiasat sehingga ke akar umbi dan hingga ke lubang cacing "apakah punca sebenar yang membawa kepada pencerobohan ini" kerana tiada perkara yang terjadi tidak bersebab dan tidak berpunca.
Inilah yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan. Musuh harus dinyah dan dihapuskan. Punca dan sebab musabab terjadinya pencerobohan juga harus disiasat dan diketahui. Jika tidak dilakukan semua ini, kita pasti akan kalah kerana kita tidak tahu di mana kekuatan musuh.
Tetapi lihatlah apa yang dilakukan oleh Anwar!!
Anwar sebaliknya, mempergunakan sepenuhnya segala ruang media dan maklumat yang ada untuk memberi pandangan kedua yang hanya bertujuan untuk menambah lagi kekeliruan dikalangan rakyat.
Anwar hanya memikirkan tentang diri dan kelangsungan gerakan politiknya. Keprihatinan dan kebimbangannya tidak lebih, hanyalah berkisar kepada ruang lingkup bagaimana untuk "mengejar kuasa".
Segala "bebanan negara" dikendong oleh pihak kerajaan dan seluruh rakyat yang taat dan setia kepada negara. Lihat dan nilailah setiap ungkapan beracun yang keluar dari mulutnya. Tidak pernah terpacul dari mulutnya tanda simpati dan keprihatinan terhadap malapetaka yang sedang dihadapi oleh negara.
Pihak kerajaan membuat perhitungan mempertahankan kedaulatan negara at all cost, tetapi Anwar membuat perhitungan mempertahankan dirinya "at all cost".
Seluruh jiwa dan raga pimpinan kerajaan, pihak keselamatan samada PDRM mahupun ATM dixurahkan untuk mempertahankan negara, tetapi seluruh jiwa raga Anwar hanya dimenafaatkan samada untuk menyelamatkan diri atau pun mengangkat dirinya samata-mata. Sekelumit pun jiwa dan raganya belum tercurah atau mendatangkan menafaat buat negara.
"U ULANG I SAMAN U".
"Kalimah Allah boleh dikongsi asal jangan salah guna", sedangkan berkongsi nama itu pun sudah salah guna.
"Tanya sama Najib apa sebab goyang"
"Nanti jawab Najib, Sabah nak hilang"
Lagu ini dinyanyikan oleh Anwar hampir di setiap ceramahnya. Sekarang malapetaka kehilangan Sabah sudah sampai di cucuran atap.
No comments:
Post a Comment