Sunday, April 14, 2013

ANWAR BELUM PERNAH BERSIKAP ADIL KEPADA DIRI SENDIRI!!

Tarikh 5 Mei 2013 bolehlah dianggap sebagai tarikh Pakatan Rakyat bakal menjalani hukuman di tali gantung.

Hidup mati atau "kebal tak kebal" Pakatan Rakyat akan dapat diketahui pada hari tersebut.

Tarikh tersebut juga adalah tarikh di mana Allah swt akan membuat keputusan sepertimana yang difirmankanNya di dalam Al Quran, surah A-Li ‘Imran ayat 26 & 27.

Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (A-Li ‘Imran ayat 26 & 27)

Jika kita benar-benar mengakui dan berpegang kepada sifat Maha Kuasa Allah dan yakin yang sebenar-benar yakin betapa maha kuasanya Allah, maka kita harus menerima hakikat bahawa segala perancangan dan daya yang sedang dilakukan oleh parti, pemimpin dan pengundi di Malaysia ini, hanyalah satu proses perjalanan dan aturan yang tidak mungkin lari dari apa yang bakal diputuskan oleh Allah swt untuk negara ini pada 5 Mei 2013.

Pendek kata semua pihak dan meknanisma yang melalui proses PRU13, samada yang hidup mahupun yang mati hanyalah "alat" dan pelakon yang sedang menjalani proses pengambaran sebuah kehidupan yang tidak lari atau tidak terlepas walau seinci dari ketentuan allah swt.

Kejadian-kejadian dan peristiwa-peristiwa yang berlaku mutakhir ini sehingga ke tarikh pengundian adalah babak-babak yang berlaku menurut skrip yang telah ditetapkan oleh Allah swt. "Ketepatan lakonan adalah sebagaimana skrip yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Ia tidak mungkin akan lari atau bervariasi walaupun 0.01%. Ia akan tepat berlaku 100% sebagaimana perancangan Allah swt.

Di sebalik semua kejadian ini, pasti tersembunyi suatu petanda, hikmah dan bayangan dari Allah swt. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah agar manusia "berfikir" dengan menggunakan "akal" yang telah dikurniakan Allah.

Inilah yang menggambarkan betapa "maha adilnya Allah". Allah memberi pilihan kepada manusia. Apa saja yang berlaku, samada baik atau buruk adalah di atas kehendak dan pilihan manusia itu sendiri kerana keputusan atau sesuatu pertimbangan yang dibuat oleh manusia itu adalah berdasarkan kepada akal yang telah dianugerahkan Allah kepada manusia.

Jika manusia mampu membuat pertimbangan dengan menggunakan akal yang waras tanpa mampu ditunggang oleh nafsu, maka Allah akan menghasilkan suatu ketentuan yang pastinya baik.

Sebaliknya, jika manusia membuat pertimbangan dengan menggunakan akal tetapi dipandu oleh nafsu berbentuk kemarahan, kebencian, dendam dan kesumat, maka Allah pasti akan menghasilkan suatu ketentuan yang buruk bersandarkan kepada pertimbangan buruk yang terhasil dari akal manusia yang dipandu secara salah oleh emosi dan nafsu.

Pendedahan demi pendedahan yang mengejut dan menggemparkan yang berlaku akhir-akhir ini adalah merupakan sebahagian dari plot yang terhasil dari skrip dan perancangan oleh Allah swt. Bukan plot perancangan UMNO sepertimana yang lazim dituduh.

Ia merupakan bukti jelas betapa perancangan manusia tidak mungkin mampu mengatasi perancangan Allah.

Lain yang manusia rancang, lain pula yang terjadi. Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan panas hingga ke petang, hujan pula di tengahari. Harapkan musuh ditembak mati, tapi akhirnya tertembak rakan sendiri. Harapkan lawan boleh ditumpaskan secara jijik, akhirnya diri yang mendaoat hina dan keji.

Semua yang berlaku ini adalah petanda dan bayangan Allah yang dizahirkan agar manusia berfikir. Allah tidak akan menjelaskan secara "detail" setiap kejadian yang berlaku sepertimana guru mengajar murid. Allah tidak memberikan jawaban terhadap semua persoalan dan permasalahan seperti murid mendapat jawaban bocor. 

Allah hanya membocorkan jawaban lebih awal bagi soalan yang ditanya di dalam kubur. Di kubur, anggota jasad termasuk akal fikiran sudah tidak berfungsi lagi. Kemampuan mengatasi dan menjawab sebarang persoalan di kubur tidak lagi bersandarkan kemampuan akal, sebaliknya bersandarkan kepada tahap keimanan dan amal perbuatan semasa hidup.

Kepada para pengundi, gunakanlah akal fikiran anda sewaras-warasnya. Pastikan akal anda tidak diperkudakan oleh nafsu kebencian, nafsu sangkaan keji, nafsu dendam kesumat dan nafsu keagungan kabilah dan parti.

Jika akal anda gagal mengatasi permainan emosi dan nafsu, maka jiwa anda akan begitu mudah menjadi mangsa kepada penipuan, fitnah dan pembohongan yang disuap oleh pihak yang telah menjadikan nafsu serakah mereka sebagai tuhan yang wajib dituruti.

Jika anda seorang yang jujur, sudah pasti anda akan bersikap adil terhadap diri sendiri. Jika anda menggunakan akal dengan adil, maka jika "mencuri" itu salah, maka anda harus adil kepada diri untuk mengakui perbuatan mencuri itu salah, walaupun yang mencuri itu anak atau keluarga anda sendiri.

Tanda-tanda anda seorang yang tidak adil dan tidak jujur kepada diri, antaranya ialah, bila anda mengatakan video Chua Soi Lek yang sangat kabur itu tulin, dan video Anwar dan Mustafa Ali yang sangat jelas itu palsu.

Tanda-tanda seorang pemimpin itu jujur dan berintegriti antaranya ialah Chua Soi Lek mengaku dan bertanggungjawab di atas perbuatan yang dilakukannya.

Tanda-tanda seorang pemimpin itu tidak layak sama sekali untuk dipercayai, antaranya ialah apabila Anwar dan Mustafa Ali atau sesiapa saja di kalangan pembangkang tidak pernah mahu mengaku terhadap apa saja perbuatan buruknya, walaupun telah terdedah dan terbonggeng-bongeng.

No comments:

Post a Comment