Jika benar wujudnya "dana ghaib" yang disalur melalui kumpulan yang digelar sebagai "orang Tok Mat" membantu calon bebas bagi mensabotaj Calon BN Lenggeng, Dato Ishak Ismail, ini merupakan satu pengkhianatan peringkat tertinggi oleh pemimpin terhadap partinya sendiri. Perbuatan ini jika benar-benar berlaku, ia tidak boleh dimaafkan sama sekali.
Mohamad Hasan wajib menyiasat dan bertindak segera memberi arahan kepada mereka yang dikenali sebagai "Orang Tok Mat" ini supaya menghentikan serta merta perbuatan khianat ini, "jika perkara Ini memang benar-benar berlaku"!!
Dalam situasi hari ini, BNNS tidak mampu untuk kehilangan walau pun satu kerusi kepada lawan kerana kehilangan kerusi disebabkan perbuatan khianat ini akan membawa kepada risiko kehilangan kerajaan negeri secara total selepas PRU13.
Antara Komen anonymous berkaitan entry nasihat saya kepada Mohamad Hasan;
"jgn begini beb. rapatkan barisan sbb yg penting kerajaan pusat masih d pihak kita dan dah tentu juga diperingkat semua negeri. cuma kita doakan dia tdk lagi d lantik sbg MB. cuma kita doakan kebaikan utk KITA utk negara tercinta ini".
Saya amat bersetuju dengan komen di atas. Malah tujuan saya menasihat dan mengingatkan beliau secara terbuka di dalam tempoh sesuntuk ini adalah semata-mata untuk turut bersama menyumbang bagi memastikan pengundi terus dan akan tetap mengundi BN, walaupun Negeri Sembilan ini sedang dipimpin oleh seorang Menteri Besar yang berpotensi besar boleh menyebabkan negeri ini jatuh ke tangan pembangkang.
Selaku ahli UMNO, Kita berkewajiban memberitahu rakyat dan pengundi di Negeri Sembilan bahawa DS Najib selaku Perdana Menteri sedang membawa negara dilandasan yang betul dengan kesungguhan yang menakjubkan melalui pelbagai dasar yang begitu transformatif.
Kita tidak mahu rakyat Negeri Sembilan terlepas nikmat dan hasil dari dasar transformatif untuk rakyat negara yang diamalkan oleh pentadbiran DS Najib hanya disebabkan mereka menolak kepimpinan Mohamad Hasan di Negeri Sembilan.
Kita tidak mahu rakyat Negeri Sembilan menjadi negeri ke dua selepas Selangor yang telah menjadi mangsa dan tersepit ditengah-tengah pergelutan kuasa disebabkan pimpinan kerajaan Selangor yang sombong dan angkuh yang mendahulukan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat seluruhnya.
Kita mahu rakyat Negeri Sembilan sedar tentang perkara ini dan jangan membenci dan menolak BN hanya kerana mereka mahu menolak Mohamad Hasan. Kita tidak mahu segala dasar transformatif yang terbukti berupaya mendatangkan faedah kepada rakyat seluruhnya tenggelam dibawa oleh arus kebencian rakyat terhadap kepimpinan Mohamad Hasan yang telah membawa pendekatan politik dan kepimpinan secara sombong, angkuh, takbur dan menongkat langit.
Kita mahu rakyat tahu untuk membezakan baik buruk dan menilai keperluan betapa pentingnya untuk mereka mengekalkan kerajaan BN di Negeri Sembilan. Jangan kerana tidak sukakan "tangkai dan hulunya", rakyat membuang mata cangkulnya sekali. Rakyat Negeri Sembilan harus diperingatkan, mata cangkul itu masih baik dan berkualiti.
Jika tidak sukakan tangkai dan hulunya yang telah mendatangkan mudarat kepada politik negeri, mereka hanya perlu cabutkan tangkai dan gantikan dengan tangkai yang lebih baik dan berupaya mendatangkan benafaat buat rakyat seluruhnya untuk menerima hasil cucuk tanam dari mata cangkul yang baik dan bermutu.
Yang dah sudah tu sudahlah. Tiada apa yang boleh merobah sesuatu yang sudah terjadi kerana ia sudah jatuh dalam kategori sejarah. Akan datang masih ada ruang untuk memperbetulkan keadaan.
Tugas rakyat untuk berusaha memperbaiki keadaan masih ada sehingga 5 Mei. Selepas 5 Mei tanggungjawab ini akan berpindah tangan kepada YAB Perdana Menteri. Terpulang kepada Perdana Menterilah membuat keputusan samada untuk terus menggunapakai tangkai dan hulu cangkul yang sudah bersemilu yang boleh memudaratkan penggunanya atau mahu menukar dan mencari tangkai dan hulu yang lebih baik dan sesuai untuk dipadankan dengan mata cangkul tansformasi yang berkualiti tinggi ini.
Rakyat Negeri Sembilan masih "Menaruh Harapan" agar YAB Perdana Menteri berupaya menyelami dan memahami hati dan aspirasi mereka untuk melihat Perdana Menteri mengikat batu permata dengan ikatan emas suasa supaya ia menjadi lebih cantik dan sempurna. Janganlah batu permata transformasi yang amat bernilai ini dicacatkan dengan mengikatnya hanya dengan menggunakan "tin sardin" berkarat yang boleh mendatangkan mudarat.
Mohamad Hasan wajib diamatkan perkhidmatannya sebagai Menteri Besar. Penamatan Mohamad sebagai Menteri Besar adalah umpama memotong bahagian komponen dalaman tubuh badan yang sudah mengidap kanser stage 4. Jika kanser ini terus dibiarkan tanpa pencegahan, UMNO/BN Negeri Sembilan hanya mempunyai satu jalan, iaitu jalan menuju ke Tapak Megalitik.
Kalaulah benar dan ada bukti, kita wajib musnahkan pengkhianat dan pecat terus Mat Hassan. Kepada yang faham politik dia, tidak mustahil dia tergamak buat kerja2 khianat ni. Terbukti sudah dengan calon2 bermasaalah yg siketengahkan dan memaksa rakyat terima demi untuk mengukuhkan kedudukannya.
ReplyDeleteSaya berharap pihak pucuk pimpinan maklum tentang usaha jahat MBNS.
Dalam perkara ini, BN pusat kena siasat samada
ReplyDelete1) memang mat hassan melakukannya untuk kepentingan diri atau
2) ada pihak yang memfitnah mat hassan kerana nak kan jawatan menteri besar. Orang yang mengidamkan jawatan itu pun bukan calang2 orang dan dah biasa dengan politik wang.