Komen anonymous berkaitan entry nasihat saya kepada Mohamad Hasan;
"jgn begini beb. rapatkan barisan sbb yg penting kerajaan pusat masih d pihak kita dan dah tentu juga diperingkat semua negeri. cuma kita doakan dia tdk lagi d lantik sbg MB. cuma kita doakan kebaikan utk KITA utk negara tercinta ini".
Saya amat bersetuju dengan komen di atas. Malah tujuan saya menasihat dan mengingatkan beliau secara terbuka di dalam tempoh sesuntuk ini adalah semata-mata untuk turut bersama menyumbang bagi memastikan pengundi terus dan akan tetap mengundi BN walaupun Negeri Sembilan ini dipimpin oleh seorang Menteri Besaar yang berpotensi besar boleh menyebabkan negeri ini jatuh ke tangan pembangkang.
Sekurang-kurangnya kita berkewajiban memberitahu rakyat dan pengundi di Negeri Sembilan bahawa DS Najib selaku Perdana Menteri sedang membawa negara dilandasan yang betul dengan kesungguhan yang menakjubkan melalui pelbagai dasar yang begitu transformatif.
Kita tidak mahu rakyat Negeri Sembilan terlepas nikmat dan hasil dari dasar transformatif untuk rakyat negara yang diamalkan oleh pentadbiran DS Najib hanya disebabkan mereka menolak kepimpinan Mohamad Hasan di Negeri Sembilan.
Kita tidak mahu rakyat Negeri Sembilan menjadi negeri ke dua selepas Selangor yang telah menjadi mangsa dan tersepit ditengah-tengah pergelutan kuasa disebabkan pimpinan kerajaan Selangor yang sombong dan angkuh yang mendahulukan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat seluruhnya.
Kita mahu rakyat Negeri Sembilan sedar tentang perkara ini dan jangan membenci dan menolak BN hanya kerana mereka mahu menolak Mohamad Hasan. Kita tidak mahu segala dasar transformatif yang terbukti berupaya mendatangkan faedah kepada rakyat seluruhnya tenggelam dibawa oleh arus kebencian rakyat terhadap kepimpinan Mohamad Hasan yang telah membawa pendekatan politik dan kepimpinan secara sombong, angkuh, takbur dan menongkat langit.
Kita mahu rakyat tahu untuk membezakan baik buruk dan menilai keperluan betapa pentingnya untuk mereka mengekalkan kerajaan BN di Negeri Sembilan. Jangan kerana tidak sukakan "tangkai dan hulunya", rakyat membuang mata cangkulnya sekali. Rakyat Negeri Sembilan harus diperingatkan, mata cangkul itu masih baik dan berkualiti.
Jika tidak sukakan tangkai dan hulunya yang telah mendatangkan mudarat kepada politik negeri, mereka hanya perlu cabutkan tangkai dan gantikan dengan tangkai yang lebih baik dan berupaya mendatangkan benafaat buat rakyat seluruhnya untuk menerima hasil cucuk tanam dari mata cangkul yang baik dan bermutu.
Yang dah sudah tu sudahlah. Tiada apa yang boleh merobah sesuatu yang sudah terjadi kerana ia sudah jatuh dalam kategori sejarah. Akan datang masih ada ruang untuk memperbetulkan keadaan.
Tugas rakyat untuk berusaha memperbaiki keadaan masih ada sehingga 5 Mei. Selepas 5 Mei tanggungjawab ini akan berpindah tangan kepada YAB Perdana Menteri. Terpulang kepada Perdana Menterilah membuat keputusan samada untuk terus menggunapakai tangkai dan hulu cangkul yang sudah bersemilu yang boleh memudaratkan penggunanya atau mahu menukar dan mencari tangkai dan hulu yang lebih baik dan sesuai untuk dipadankan dengan mata cangkul tansformasi yang berkualiti tinggi ini.
Rakyat Negeri Sembilan masih "Menaruh Harapan" agar YAB Perdana Menteri berupaya menyelami dan memahami hati dan aspirasi mereka untuk melihat Perdana Menteri mengikat batu permata dengan ikatan emas suasa supaya ia menjadi lebih cantik dan sempurna. Janganlah batu permata transformasi yang amat bernilai ini dicacatkan dengan mengikatnya hanya dengan menggunakan "tin sardin" berkarat yang boleh mendatangkan mudarat.
Mohamad Hasan wajib ditamatkan perkhidmatannya sebagai Menteri Besar. Penamatan Mohamad sebagai Menteri Besar adalah umpama memotong bahagian komponen dalaman yang sudah mengidap kanser stage 4. Jika kanser ini terus dibiarkan tanpa pencegahan, UMNO/BN Negeri Sembilan hanya mempunyai satu jalan, iaitu jalan menuju ke Tapak Megalitik.
Mat Hasanlah yang menyebabkan rupa paras umno nogori ini hodoh .PM kena umumkan yang mat hasan tak jadi mb lagi dan bolih dapatkan kembali orang2 yang luka hatinya ...Tapi jika tak ada kenyataan bagini NS arah kehancuran umno.....
ReplyDeletePemimpin datang Dan pergi bila sampai masanya, manusia hanya boleh merancang...
ReplyDeleteHassan kekal sebagai MB tentunya lebih baik dari mendapat MB baru dari kalangan yg dilantik oleh pm baru.
Den raso bukan ee org tak suko ket mat hasan.... ug sebona ee, org tak suko ket keluargo ee yg raso diri lobih bosa dari mat hasan tu... den ikhlas hati mengobarkan den totap pangkah mat hasan, tapi lopeh ni dio kono ingat kunci pejabat mb ket sukns tu bukan dipogang keluargo dio ajo laaa.... jangan buek mcm kito ni mangkah utk keluargo dio plak ehhh... yg lopeh den buleh ampunkan, jgn dibuek laie. Ingat!!!!.... den mangkah domi kesinambungan ketuanan melayu yo.....
ReplyDelete