Beberapa pengajaran dan tips penting yang perlu dipelajari oleh Mohamad Hasan supaya nampu dan tahu bagaimana untuk meletakkan kepentingan ahli dan parti UMNO/BN Negeri Sembilan ditempat yang seharusnya;
1. Kalau nak memilih tempat mandi, pertama teluk, kedua pantai. Kalau nak memilih barisan pemimpin pertama elok kedua pandai. Jangan pilih barisan pemimpin yang mempunyai seribu macam masalah. Kelak rakyat akan hilang hormat kepada pemimpin. Akhirnya parti yang dihukum oleh rakyat.
2. Kalau mentadbir biar adil dan jangan amalkan sifat keji kasih bertompok-tompok benci melata-lata. Kelak rakyat dan ahli akan saling benci-membenci serta membentes-bentes antara satu sama lain demi merebutkan kasih yang bertompok-tompok.
3. Kalau ingin melihat ahli mendahului kepentingan parti melebihi kepentingan diri, pemimpin hendaklah membuktikannya terlebih dahulu. Jangan jadikan ahli parti seperti askar peribadi yang hanya dikerah menjaga kepentingan parti bila parti berada dalam bahaya dan ditolak oleh rakyat angkara sikap pemimpin yang menimbulkan rasa meluat rakyat. Akhirnya parti akan jadi mangsa korban kebencian rakyat kepada pemimpin.
4. Kalau berjanji jangan mungkiri. Kalau memegang amanah jangan pecah amanah. Kalau bercakap jangan bohong dan kalau menjawab jangan dusta. Jangan sombong. Jangan angkuh dan jangan takbur. Kelak rakyat memendam rasa kerana sekali rakyat meluah perasaan, mereka akan luahkan di kertas undi. Akhirnya parti yang hilang kuasa.
5. Kalau berkuasa, gunakanlah kuasa dialurnya yang patut. Gunakan kuasa untuk kepentingan rakyat, ahli dan parti. Jangan gunakan kuasa untuk mencantas barisan pemimpin parti yang tidak boleh dikemili. Jangan gunakan kuasa untuk menpertahankan barisan pemimpin yang boleh dikemili. Kelak mandat dan kuasa yang diberi kepada parti akan dikemili oleh rakyat. Akhirnya parti juga yang jadi mangsa mati beragan.
6. Mohamad Hasan patut sudah belajar dari kesilapan percaturan PRU2008. BN hampir menjadi mangsa hilang kuasa angkara sikap sombong, riak dan takbur menggunakan kuasa membuta tuli tanpa memikirkan implikasi buruk kepada parti.
Dalam PRU13 kali ini tidak serik-serik lagi dan masih mengulangi amalan buruk lagi.
Harapan ahli tetap mahu BN memerintah negeri lagi. Tapi masalahnya Mohamad Hasan hanya mahu memikir harapan dan glory peribadi hingga melangkaui kepentingan parti. Kesan dari percaturan ini, 6 kawasan yang sepatutnya putih bersih sudah dikategori sebagai kawasan panas.
Hari mengundi nanti tak tahulah apa nak jadi.
jgn begini beb. rapatkan barisan sbb yg penting kerajaan pusat masih d pihak kita dan dah tentu juga diperingkat semua negeri. cuma kita doakan dia tdk lagi d lantik sbg MB. cuma kita doakan kebaikan utk KITA utk negara tercinta ini.
ReplyDelete100% Setuju .Sekarang ni rakyat lagi pandai dari pemimpin tidak lagi bolih disuruh pangkah parti lagi kerana pembangkan mempunya pemimpin yang ada maruah,tak sombong,tak takbur ,tak songlap duit dan curi harta rakyat ,tidah merendahkan dan melekehkan rakyat .Pemimpin kena sedar bahawa mereka tu dipilih olih pucuk pimpinan untuk bertanding sedangkan pada masa yang sama rakyat bukan sahaja lebih pandai tetapi lebih bermaklumat .Jadi era pangkah parti dah dikuburkan dan orang yang totok umno dah makin pupus dimana satu hari nanti orang melayu dah malu nak pangkah umno ...dan ini akan membuatkan umno pupus.Sebenarnya pengundi dah putuskan siapa nak dipangkah cumanya mungkin bolih berubah jida sesuai dengan cita rasanya jadi UMNO jangan terlalu yakin kerana rakyat telah buat keputusan nak undi siapa...
ReplyDeleteBro ..ini semua saranan atau nasihat yang tak mungkin mat hassan buat. Buang masa sahaja menulis atau menasihat mb yang bongkak dan degil. Kita doa sahajalah kerajaan bn kekal di ns tapi dun rantau jatuh ke tangan pembangkang. Itu sahaja yang boleh kita harapkan. Itu sahajalah balasan orang yang tidak sudah2 menganiaya dan memperjudikan nasib rakyat demi untuk kekal berkuasa.
ReplyDeleteDongar orang istano tak berapo bokonan kat Mad Hassan, bosar kemungkinan tak akan dilantik lagi jadi MB. Kalau tak dilantik malu bosar lah Mad Hassan..
ReplyDeleteOmak dan ayah den pun nak tukar bulan. Esei lak dah buat keputusan nak undi PAS. Anak2 mudo yg balik dr. kolumpo dah pujuk omak dan ayah masing2 supaya ubah. Oghang veteren kek Ghombau ni dah nak tukar selero. Dah jomu agak e asyik mangkah dacing yo. Tengok dah sendeng hah dacing sobab ghamai orang tua2 nak ubah selero sobolum meninggalkan alam ini. heh heh heh. Padan muko kau UMNOBN. Eksyen bona, camlah boleh monang.
ReplyDeleteJangan poning kopalo. Tolak yo Si Mad tu kek Rantau. Dio pun dah ponah cakap yang dio dah kayo sobolum jadi MB. Tapi tompek lain tontukan BN monang bosa. Dapeklah kito MB baghu.
ReplyDeleteDio suko bermuko2... tenyeh Dato' Murtadza bokeh Mufti kito... apolah doso oghang tuo tu. Mad hasan ni nak tulah agak eh
ReplyDelete