Harun Din berkata,
"Undang2 hudud akan dilaksanakan jika pakatan berjaya mengambilalih kerajaan persekutuan, walaupun ia bakal ditentang oleh DAP".
Kita yakin DAP akan menerima hukum hudud berdasarkan kesediaannya untuk bertanding menggunakan simbol PAS. Walau bagaimana pun semua ini akan berlaku jika pakatan diberi mandat untuk memerintah.
Jika pakatan berjaya kita akan meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan hudud dilaksanakan".
Alangkah indahnya permuafakatan sesama Islam di negara ini jika PAS boleh "bersangka baik" dengan UMNO sepertimana mereka boleh bersangka baik dengan DAP, walaupun jelas Karpal Singh terus-terusan menentang hudud yang ingin dilaksanakan PAS.
Dengan musuh yang jelas menentang, PAS bersangka baik, tetapi dengan saudara yang berkongsi kalimah yang sama, mereka bersangka buruk, seolah-olah UMNO lebih kufur dari cina DAP yang tiada sebesar zarah pun keimanannya kepada Allah swt.
Usahkan DAP akan akur dengan PAS untuk melaksanakan hudud, bahkan untuk meletakkan calon melayu Islam mewakili DAP pun mereka tidak sanggup.
Usahkan mahu meletakkan wakil calon melayu Islam dalam PRU, bahkan mereka tidak memberi langsung peluang kepada melayu Islam untuk menduduki jawatankuasa pusat DAP.
Tapi, dalam realiti ini pun PAS masih juga mahu bersangka baik dengan DAP.
Di sini kita mempunyai pelbagai alasan yang kukuh untuk "mentertawakan" kerja-kerja PAS yang jelas sedang bertindak memalsukan perjuangan Islam yang suci.
Yang wajib untuk PAS bersangka baik, diharamkan. Yang haram untuk PAS bersangka baik dihalalkan.
Yang disuruh dan diunjurkan oleh agama Islam dijauhkan. Yang jelas dilarang oleh agama digalakkan dan dihampiri.
Yang jelas mahu menduakan kalimah Allah dibuat kawan. Yang jelas tidak mahu berkompromi dengan penduaan kalimah Allah dimusuhi.
Yang tidak jelas samada terlibat atau tidak membunuh Altantuya, tidak henti-henti terus difitnah. Yang jelas terbentang berzina dan meliwat dipertahankan dengan menyalahgunakan pelbagai nas agama sebagai senjata untuk mempertahankan amalan assobiah palsu mereka.
Rakan sendiri yang jelas kedengaran bunyi "terkentut" dikatakan masih sah wuduknya dengan menafikan bunyi itu bukan kentut tapi seluar terkoyak. Tapi bila terbau kentut yang busuk terus dituduh bau kentut itu datang dari puak UMNO.
Inilah Islam ciptaan PAS yang mahu dilaksanakan oleh PAS jika pakatan memerintah negara. Inilah bentuk perundangan Islam yang mahu dibawa ke parlimen untuk diluluskan dengan majoriti 2/3.
Pakatan perlu 148/222 undi untuk pinda perlembagaan. Dengan DAP mewakili 1/3 dari 148 undi tersebut PAS masih juga bersangka baik DAP akan menerima hukum hudud. Kerusi yang ditandingi PAS pun hanya 1/3 dari 148 kerusi. Tapi masih mengigau mereka akan menang semua kerusi yang ditandingi.
Cakap macam orang yang tidak berpedoman.
Aslmlkm,atas sangka baik saya pada sedara,harapan saya sedara bacalah sampai habis insyaallah,dan tak perlulah disiarkan..sedara,Insyaallah Politik adalah medium yg akhirnya memberi kekecewaan pada siapa2 yg mencari kebenaran..saya bagi 3 je la ye.
ReplyDelete1 musuh org islam adalah iblis,sedara kepada sesama muslim pula adalah sesama mereka sendiri,tapi politik ajar kpd semua manusia,musuh mereka masing2 adalah parti lawan masing2 walaupun sama agama.sedara mereka pula adalah org parti mereka sendiri walaupun lain agama.
2 kejayaan muslim adalah bila berjaya ucap kalimah diakhir kalam,tapi politik ajar kejayaan adalah bila dapat putrajaya atau dapat pertahankannya
3 kegembiraan kecil seorang muslim apabila dia dapat mempengaruhi org lain supaya takutkan allah serta taat printahnya,kegembiraan besar apabila diri sendiri serta ahli keluarga dapat taat dan patuh pada allah terlebih dahulu.politik ajar kegembiraan kecil adalah bila dapat mempengaruhi seorang manusia lain supaya tak pangkah parti lawan.kegembiraan besar pula adalah bila diri sendiri tersanjung oleh manusia
Apakah tak cukup berlawanan agama dan politik demokrasi?niat semua muslim asalnya semuanya menuju Allah,tapi iblis pun bijak menipu kita,contohnya ada manusia menuju Allah dgn sangat suka pada alam,lihat pokok pokok,lihat bintang,lihat sungai,tapi tak juga nak sebut Allah,sampai ada yg buat rumah singgah dlm hutan,tenang je hati,tapi mcm ada je terlupa dalam tenang tu,lupa nak sebut terus,sebut je terus..Allah allah allah allah..allah itu kuasa,yg lain tak kuasa,Taatilah Allah,contohilah nabi,takutilah akan neraka Allah dan ayat2 lain bagi mengigati manusia kepada Allah..mcm sedara niat menuju allah juga kan,cuba sebut je terus..Allah itu berkuasa makhluk tiada kuasa,takutilah dia,agar dapat ucap kalimah dihujung kalam,contohilah nabi sedaya upaya,kerana nabi itu kekasih dan lain2 perkataan yg mengigatkan Allah,sebut je terus sedara,niat kita tu betul tapi iblis buat dia tertahan tak disebut2,takut2 kita sebut perkataan nik aziz lebih banyak disebut dari perkataan Allah..terus je sedara!sebut je!cube sedara!bukankah ini niat sebenar sedara tapi tak terungkap.cuba sekali,cuba dua kali dan seterusnya!!.cuba!!!sedara dah tulis perkataan pas mungkin lebih banyak dari allah,cuba la kira,sedara mungkin dah tertulis perkataan putrajaya lebih dari perkataan neraka,cuba la kira.sedara tak takut tertipu iblis?Allah Allah Allah rasul rasul rasul neraka neraka neraka syurga syurga syurga.taatlah Allah Taatlah Allah Taatlah Allah..cubelah bukan ni ke yg sedara nak buat sebenarnya?