Kepal Nasi keluarkan 2 komen anonymous.
"Saudara, sekarang kita mau ubah pemimpin yg nyata perasuah kpd yg amanah. Liwat2 kita tak layan daa. Puak2 umno yg bangkrap idea je yg masih spin isu liwat seks dsbnya."
"peliwat tak seburuk pembunuh dan perasuah yang telah menjahanamkan rakyat dan pembangunan...tunggulah... "
Ini adalah 2 contoh bagaimana persepsi para pendokong pembangkang yang sudah tidak dapat membezakan di antara 2 kategori dosa disebabkan kegagalan menggunakan akal yang diberi tuhan di atas jalan yang diredhaiNya.
Dosa yang menyebabkan hingga nabi tidak mengaku umat sudah pastilah ibu kepada segala dosa. Jika tidak mana mungkin nabi tidak berkompromi langsung dalam soal liwat hingga awal-awal lagi sudah dichop "palang merah" dan tidak diiktiraf sebagai umat baginda.
Peliwat dikatakan tidak seburuk pembunuh dan perasuah?
Pembunuh dan perasuah yang dimaksudkannya sudah pasti ditujukan kepada DS Najib sedangkan tuduhan tanpa bukti itu sendiri adalah termasuk di bawah kategori fitnah dan bukankah dosa fitnah itu lebih besar dari dosa membunuh dan memakan daging saudara sendiri?
Sudah pasti ada sebab yang besar kenapa Nabi tidak mengaku umat orang-orang yang sewaktu dengan Anwar Ibrahim.
Jika perbuatan liwat pun sudah sanggup dilakukan dan dijadikan amalan hidup, perbuatan rasuah, bunuh, tipu dan dusta tidak akan menjadi masalah untuk mereka lakukan.
"Lulus jarum, luluslah kelindan". Kalau membunuh dan merasuah itu kelindan, perbuatan liwat adalah jarumnya.
Itu sebab sebaik saja mendapat kuasa dan menjadi Menteri Kewangan, Anwar tidak berlengah-lengah lagi terus mengumpul segala harta kekayaan melalui jalan rasuah, kroni dan nepotisma. Anwarlah bapa kepada segala budaya rasuah, kronisma dan nepotisma sewaktu berada di puncak kuasa.
Anwar tiada masalah dan tiada rasa bersalah untuk melakukan amalan kelindan rasuah, kronisma dan nepotisma kerana jarum liwat telah menyumbang kepada suburnya amalan dosa-dosa hiliran lain ke dalam tubuhnya.
Jika fakta ini ditolak mentah-mentah oleh pendokong taksub Anwar ini, janganlah kamu sebut-sebut lagi soal rasuah, penyelewengan dan lain-lain amalan buruk yang "diagak-agak" dilakukan oleh orang lain.
Kamu tidak layak sama sekali berbicara soal etika, moral dan akhlak kerana jiwa kamu tidak adil kepada diri dan kepada tuhan. Bila kena ke mata dipicingkan, bila kena ke perut sendiri dikempiskan.
Jika berbicara soal hak dan kebenaran, anda haruslah benar-benar adil dan berpegang kepada kebenaran. Sikap pilih kasih terhadap sebahagian "hak dan kebenaran" dan menolak mentah-mentah sebahagian yang lain adalah merupakan sikap hipokrit kepada tuhan yang tiada batas.
Janganlah cuba memperbodohkan pemikiran orang lain dengan "kebenaran yang bersalut dengan kebathilan" kerana sikap itu secara tidak langsung adalah percubaan untuk mempermain-mainkan tuhan. Jangan kamu sangka keupayaan "Keputusan Tuhan" untuk menentukan antara hak dan batil boleh dipengaruhi sewenang-wenang sepertimana percubaan Anwar mempengaruhi keputusan hakim dengan cara melakukan pelbagai provokasi. Itu Allah beb!!
Nasihat Kepal nasi kepada anonymous di atas ialah janganlah biarkan diri, akal dan jiwa kamu berada di dalam kerugian disebabkan terlalu mudah termakan dengan pendustaan Anwar.
No comments:
Post a Comment