Tuesday, April 23, 2013

BERI MANDAT PD PR SAMALAH SPT BERI MANDAT PADA TIKUS!!

Nama saja pakatan, tapi nak berpakat untuk persamaan agenda perjuangan pun gagal. Nama saja pakatan rakyat, tapi siang malam kerjanya berpakat mengelirukan rakyat. 

Pakatan Rakyat seolah-olah hanya tinggal pada nama. 

Dalam PRU13 ini PAS, PKR dan DAP seperti sudah bergerak sendirian dan hanya bertindak mahu melepaskan diri masing-masing. 

Para pemimpin pakatan sudah tidak mampu lagi menahan mulut dari mengkritik di antara satu sama lain.

Hanya jentera dan penyokong bawahan saja yang tak sedar diri membawa gabungan bendera pakatan di kenderaan, di pokok atau di tiang, sedangkan pemimpin mereka sudah menunjal jari di antara satu sama lain.

Manifesto bersama entah ke mana. 

7 kawasan mereka bertembung sama sendiri.

Karpal terus menghentam PAS supaya jangan sesekali mendaulatkan Islam. Tapi Nik Aziz terus juga percayakan Karpal.

PAS terus meminta penyokongnya bersabar. PAS meyakinkan pengikut mereka supaya jangan ambil hati dengan DAP. DAP baru nak mendekati Islam. Dia masih tak faham dan perlu bagi sedikit masa.

Disebabkan Anwar, PAS terjerat dengan pelbagai isu yang tak diundang dan berpotensi untuk membuatkan perjuangan PAS jatuh nazak ditinggalkan rakyat.

Isu kalimah Allah, isu pendedahan moral Anwar, fahaman pluralisma anutan Anwar, adalah antara isu pokok yang sama sekali bertentangan dengan prinsip perjuangan PAS, tetapi terpaksa juga ditelan oleh PAS bulat-bulat kerana konsensus bersama pakatan. Apa yang dilakukan oleh Anwar pula terlalu banyak menconteng arang di muka PAS. 

Apa yang PAS mampu buat hanyalah setakat berdolak-dalih dalam isu siapa patut jadi PM jika pakatan memerintah. Nak tolak Anwar secara terbuka tak berani. Nak terus sokong Anwar,  "tak tersokong" pula bila mengenangkan kelakuan buruk Anwar.

Mustapa Ali turut menambah lagi derita PAS. Hingga kini PAS berdiam diri dan tidak berani untuk memutuskan hukuman yang sepatutnya diterima oleh Stopa Ali. Akhirnya didiamkan begitu saja. Hamparan karpet PAS sudah tak boleh digunakan kerana telah digunakan untuk menyorokkan sampah Stopa Ali yang "besar agam" di bawah karpet.

DAP pula sudah terbukti bukanlah parti berbilang kaum seperti yang dijaja, sebaliknya DAP hanyalah sebuah parti 2 kaum. Hanya calon cina dan india saja yang layak mewakili DAP. Calon melayu belum dapat diterima oleh DAP sebagai calon. Karpal diberi peluang bertanding di Jelutong walaupun 90% pengundi adalah kaum cina. Tapi untuk memberi kepercayaan kepada calon melayu sepertimana mereka memberi ruang dan peluang kepada kaum india, DAP masih belum mampu melakukannya. 

Jelas, DAP masih skeptikal dan tidak mempercayai melayu. Sikap ini menunjukkan bukti jelas bahawa sifat perkauman DAP sangat menebal di jiwa cina DAP. Tidak mudah untuk DAP mengikis sifat rasis peninggalan keturunannya dari PAP dan komunis.   

Tiada seorang melayu pun yang diberi kepercayaan untuk dijadikan calon mewakili DAP pada PRU 13. DAP tidak boleh lagi menyorok di sebalik nama-nama besar melayu untuk kelihatan DAP lebih "melayuwiyah". Kenyataan DAP yang sering mendakwa mereka berjuang untuk semua kaum samalah umpama PKM mendakwa mereka menjaga keamanan negara.

Inilah keadaan sebenar pakatan pembangkang yang memasang cita-cita mahu mengambil-alih Putrajaya.

Pakatan pembangkang beranggapan negara yang aman, maju dan makmur yang telah dibina oleh Barisan Nasional ini sama sepertimana tikus memandang labu yang merasakan labu belum cukup bulat dan licin. 

Negara ini pasti akan rosak binasa jika diberikan mandat dan kepercayaan kepada pakatan untuk memperbaikinya. Memberi pakatan mandat untuk memerintah Putrajaya samalah sepertimana memberikan mandat kepada tikus untuk memperbaiki labu.

No comments:

Post a Comment