Thursday, April 25, 2013

MOHAMAD HASAN TERGUGAT DI RANTAU?

Perkhabaran dari Rantau memberitahu Mohamad Hasan rupa-rupanya turut menghadapi persaingan sengit dari cikgu dan bukan penyanyi, Aisyah.

Dikhabarkan terdapat hampir 4 ribu pengundi baru kalangan pengundi cina dan India yang dipindahkan ke Dun Rantau dari kawasan berhampiran di bawah parlimen Rasah yang diusahakan di atas inisiatif DAP. Entah buaya entah katak. Entah ya entah tidak.

Jika benar seperti yang dikhabarkan, perkara ini "Amat" tidak baik bagi Mat Hasan. Mintak-mintak perkhabaran ini hanya sekadar khabar angin kerana jika ia perkhabaran yang benar, maka Mat Hassan perlu diingatkan, "your days are numbered".

Berdasarkan majoriti 3000++ yang diperolehi Mat Hasan dalam PRU12 lalu, 4000 pengundi tajaan DAP ini berupaya "menyahkan" Mat Hasan dari Dun Rantau, dan secara tidak langsung akan menyahkannya terus dari Rumah Kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan.

Semoga dijauhkan malaikat 44. Rantau adalah lopak terpenting bagi Mat Hasan untuk membolehkan beliau terus menanam, menuai,  membanting dan mengopok padi, seterusnya menyempurnakan janji  menanam sawit yang bakal memberi pulangan RM17 juta setahun kepada Yayasan Negeri Sembilan di ribuan hektar hutan yang telah dan sedang ditebang di jonjang dan di bukit bukau di seantero Negeri Sembilan.

Antara janji Mat Hasan ialah memastikan pendidikan anak-anak Negeri Sembilan dibela melalui unjuran pendapatan RM17 juta setahun, yang bakal dihasilkan 5 tahun akan datang dari hasil sawit yang bakal ditanam, setelah ditebang balak-balak yang telah menghasilkan pulangan puluhan juta kepada pihak kerajaan dan individu bukan kerajaan di Negeri Sembilan.

3 Ta, iaitu harta, takhta dan wanita sangat penting untuk tujuan-tujuan keduniaan. Walau apa pun, jika memiliki harta dan takhta pun sudah memadai untuk membolehkan seseorang manusia menundukkan manusia yang lain.

Menurut sejarah kedatangan Bugis di Rembau, walaupun Daeng Merewah dan Daeng Kemboja hanya mempunyai kira-kira 500 kekuatan, tetapi Datuk Kurap selaku Undang dan pemerintah di Rembau gagal untuk menghalau Bugis yang datang menduduki tanah Rembau secara haram, walaupun dibantu oleh kerajaan Johor yang menaungi Rembau ketika itu. Daeng Kemboja dan lain-lain Daeng yang datang membawa kekutan tambahan bagi membantu Daeng Marewah hanya mampu ditewaskan setelah datangnya bantuan dari Raja Kechil dari Riau.

Darah pahlawan bugis yang mengalir di dalam tubuh Mat Hasan bukan calang-calang untuk ditewaskan oleh wanita yang bernama cikgu Aisyah.

Jika dato neneknya dulu hanya berjaya menguasai sebahagian dari wilayah di Rembau, cucu cicitnya kini sudah pun berjaya menguasai Negeri Sembilan walaupun asal-usul keturunan penduduk Negeri Sembilan secara majoritinya berasal-usul dari Dato Perpatih Nan Sebatang dan kepulauan Sumatera.

Kehebatan Bugis yang tidak dimiliki oleh kebanyakan etnik lain ialah mereka berupaya menguasai banyak pemerintahan walaupun mereka hanya golongan minoriti.

Lihatlah Negeri Sembilan kini.. Etnik minoriti menguasai etnik majoriti.

Sekian khabar dari rantau..

6 comments:

  1. Rasanya selain daripada Serdang tempat Datuk Satim Diman dulu, yang menerima pengundi baru seramai lebih 10,000, Rantau mungkin kedua tertinggi berlakunya perpindahan pengundi ini aitu seramai 3,133.

    Ini memang amat membimbangkan KNKB. 18,257 - 15,124 = 3,133. Jika yang baru tu solid ke Pakatan, paghah.. Apapun Jokiden mendoakan Tok Mat monang.

    ReplyDelete
  2. Apo corito kau ni jang??? Ekau ni laei torok dari Kit Siang!! Dio boto-boto rasis....ekau ni nak laga-lagakan org bugis dgn org minang??? Lai ler banyak pocah err orang Melayu!! Apo ler paedah err kau nak naikkan Bugia kor...minang kor...jawa kor...kan somua err satu rumpun!!!

    ReplyDelete
  3. Tidak ada apa lebihnya atau handalnya Mat Hassan dan eloklah kalah .Rm 10 juta dihantar keluar negara melalui money changer belum terjawab,pemecatan imam2 beijazah belum terjawab,curi kayu balak dijohol belum dijawab dll.Penyerahan pemajuan tanah peneroka felda sendayan yang gunakan wang kerajaan diberikan kepada pengusaha cina Matrix Consept Sdn Bhd sungguh menghinakan orang melayu kerana tak satu tender pun diberikan kepada orang melayu .Apa kah kebolihan mat hasan yang nak dimegahkan lebih baik orang buto jadi MB .Saya harap PR menang untuk ambil alih pentadbiran kerajaan dan siasat setiap hutan,setiap pasir,setiap tanah samaada terdapat penyelewengan dan penyonglapan duit hinggakan bolihkan hantar rm10 juta keluar negara .Ini yang tahu,yang tak tahu mungkin ratusan juta...Mat hasan sekolah ijazah am pengajian melayu saja cuma bintangnya terang dapatlah kerja baik sikit .Hanya orang gila atau ada udang sebalik batu sanggup terima gaji cukup rendah berbanding dengan gaji yang diterima semasa dicycle and carriage dulu..tetapi semuanya dah terbongkar jadi kalaulah orang Rantau bolih berfikir tentu mat hasan akan padam.Dalam Al Quran ALLAH menyatakan berkali2 supaya berfikir jadi kalau orang rantau Islam tak bolih berfikir ianya terang2 menentang ALLAH .

    ReplyDelete
  4. Hahaha...iyo ko mat hassan ni bugis. Padanlah perangai dio tak semonggah. Barulah kito paham kelaku dio yg gomar punah dan memerintah. Padanlah NS tak ponah nak aman togah kek dio.
    Toksahlah pedulikan komen es emdee yg jelas bingai nak mampuih. Ini bukan isu rasis kek bangso sendiri, tapi isu demokrasi dalam pemerintahan nogori. Kalau dio marin baco tawarikh maso sekolah marin, sumo negaro yg kono perintah kek kumpulan minoriti abih punah ranah. Tengoklah bosnia dengan palestine. Yang memerintah kojo lain takdo, melagokan orang untuk kekal berkuasa. Sohihlah tu perangai mat hassan. Lopeh pilihanrayo sok, dikojokanlah bahagiian umno yg tak sokong dio. Jadi bilolah solosai eh politik kek NS ni.
    Nogori Sembilan nogori beradat, jadi sebaik eh pulangkanlah kek yg berhak. Samo ado nak baco rasis ko tak, memanglah tak layak kalau bugis perintah minang. Kalau tak percayo, tengoklah kalau mat hassan kokal jadi mb, kok dio monanglah, nogori akan beramok sesamo sendiri. Jalan keluar mat hassan, takdolah lain doh. Bolilah kuaso pakai duit dio tu.

    ReplyDelete
  5. Es emdee jgn emosional. Saya hanya mengaitkan dgn sejarah. Jika kita tak belajar dr sejarah kita akan dihukum oleh sejarah berkali-kali.
    Sejarah 13 mei memang sensitif bg DAP sbb ia berkaitrapat dgn mereka. Sbb itu dia mahu semua pihak tutup kisah 13 mei. Tp hakikatnya ia tak boleh dopadam krn ia dah jd sejarah.
    Sejarah menyebut bugis satu2 nya etnik yg tidak berkerajaan di nusantara. Sbb itu dia mencari jln berbeza utk mendpt kuasa. Jika ada 2 pihak yg berperang pasti mereka akan positioning dgn baik. Bugis akan jd pihak ke3 dan menyebelahi 1 pihak sambil membuat tawar menawar. Mereka tidak kuat tp kekuatan yg ada pd mereka boleh memenangkan pihak yg disokongnya. Bila menang pasti mereka akan jd stakeholder dlm pemerintahan yg menang.
    NS tak boleh dinafikan adalah negeri beradat yg berteraskan adat perpatih. Majoriti penduduk tergolong didlm institusi adat. Seharusnya difahami oleh semua pihak sensitiviti ini. Secara organiknya masalah politik seharusnya dipimpin oleh puak majoriti. Jika terkeluar dr asas ini maka pasti akan berlaku ketidakstabilan krn mana mungkin minoriti yg tidak beradat memahami naluri dan gaya kehidupan etnik majoriti.
    Sy bersetuju dgn anon 7.26pm. Apabila golongan etnik minoriti memimpin etnik majoriti maka akan muncul penyakit inferiority complexs dlm usaha mengekalkan kuasa. Etnik minority akan mula mencari jln yg salah utk mengekalkan kuasa. Asu domba, power exercise sering menjadi amalan. Penyakit wasangka sentiasa wujud terhadap siapa sj yg tidak menurut perintah. Lihatlah calon2 tajaan mereka sbg bukti. Jika anda lemah dan tunduk serta patuh maka anda akan diangkat atau dikekalkan. Kerana itu adalah memang kaedah pemimpin yg mempunyai penyakit inferiority complexs utk terus berkuasa

    ReplyDelete
  6. Satu tulisan yang tepat ... inferiority complex is the correct word for him

    ReplyDelete