Tuesday, April 30, 2013

TUN DAIM TERSALAH FAKTA - BILA TUDUH ANWAR PALING BYK TIPU INDIA!!

AIDCNews – 30/04/13 – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meminta rakyat Malaysia berwaspada dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kepakarannya dalam soal menipu.

Kata Daim, bukan setakat dirinya yang ditipu, malah Anwar juga turut menipu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membawanya ke pangkuan UMNO.

“Saya dengan Anwar baik dan kenal lebih lama berbanding saya kenal Mahathir. Kalau Tun Mahathir kena tipu dengan Anwar, saya lagi lama kena tipu dengan dia.

“Anwar punya putar belit memang susah, mesti selalu waspada dengan Anwar.

“Dia janji macam-macam. Dialah pakar, jumpa orang Cina dia cerita mengenai kepentingan Cina. Jumpa orang Melayu dia cerita mengenai kepentingan Melayu. Paling banyak kena tipu ialah orang India macam di Pulau Pinang iaitu kes Kampung Buah Pala.

“Dia jumpa orang Kristian, kata tak apa bina geraja banyak, boleh guna Allah. Dia janji sahaja.

“Hadi cakap lain, Kit Siang cakap lain. Anwar cakap lain. Macam mana Pakatan hendak memerintah negara? Hanya melingkupkan negeri yang diperintah,” kata Daim yang dilaporkan wartawan Agendadaily, Helme Hanafi ketika mengikuti ceramahnya di PDM Presint 8, Putrajaya semalam.

Pemimpin macam ini tak boleh dipilih, hancur negeri. Pilih pemimpin yang boleh memperjuangkan negara.”

Tambahnya lagi, Anwar bukan seorang ekonomis dan tidak pakar dalam mentadbir pengurusan ekonomi.

“Anwar masa jadi penasihat Selangor, janji nak bawak pelaburan RM20 bilion, tapi sehingga kini kosong. Sibuk jadi penasihat ekonomi di Selangor sebab Selangor negeri maju. Kenapa tidak jadi penasihat ekonomi di negeri lain?

“Kita khuatir dengan Anwar, dia seorang ‘kelakar’. Kes dengan Azizan (liwat pertama) didakwa konspirasi, dengan Saiful konspirasi. Mana kita ada masa nak buat konspirasi? Dia yang kuat konspirasi.

“Anwar ada penyakit. Orang berpenyakit kita patut hantar ke hospital.”

Kenyataan tambahan Kepal Nasi;

Apa yang dinyatakan oleh Tun Daim tu benar. Cuma saya tidak bersetuju dengan kenyataannya yang menyatakan "yang paling banyak kena tipu ialah orang India"

Fakta Tun Daim ini salah!!

Paling banyak kena tipu dengan Anwar adalah Isteri dan anak-anaknya. No.2 paling banyak kena tipu adalah pemimpin-pemimpin PKR, PAS dan DAP. No.3 paling banyak kena tipu adalah penyokong-penyokong taksub Anwar yang buta hati dan buta akal. 

No.1 Paling kesian kena tipu adalah ulamak-ulamak PAS. Kerjasama erat dan padu di antara Anwar dan iblis adalah punca utama yang menyebabkan Ulamak PAS gagal menggunakan ilmu yang dianugerahkan Allah untuk menilai dan menyuluh mana yang hak dan yang mana batil.

2 comments:

  1. betul juga tu beb. tapi Tun Daim berikan tekanan kepada bangsa yang menyumbangkan undi untuk parti. kalau ditipu keluarga pun patut sebab mereka pun sama, menyumbang kepada kekruntuhan moralnya. ulamak2 PAS pun kalau kena tipu pun patut sebab mereka mereka bernaung dibawah parti ajaran sesat. ditipu pengikutnya pun betul sebab bila dengar Anuar berceramah, mulut mulut mereka akan terlopong sehingga dimasukki lalat pun tak sedar dan air lior meleleh pun tak perasan. Anuar kaki kelentong dan kelentongnya sememangnya menghayalkan. sedangkan kera diatas pokok pun boleh jatuh disebabkan terleka dengan ceramahnya.

    ReplyDelete
  2. Betul,saya sokong 100 %...inilah hakikatnya yg rakyat wajib tahu.

    ReplyDelete