BN sudah tidak mahir lagi menepis isu yang dibawa oleh pembangkang. Banyak isu yang menyebelahi BN gagal untuk dibenafaatkan sebaiknya.
Malah disebabkan oleh kelemahan BN banyak isu yang tidak wujud dan sengaja dicipta oleh pihak pembangkang telah diterima ramai sebagai benar disebabkan kelemahan BN menepis isu secara berkesan.
Akibat dari kelemahan ini pihak pembangkang telah mengambil kesempatan sepenuhnya melambakkan pelbagai isu buatan dan rekaan yang tidak bersabit langsung dengan BN, tapi akhirnya diterima oleh rakyat sebagai sesuatu yang benar.
Lihatlah bagaimana Khalid Ibrahim mencipta maklumat kononnya "dari sumber risikannya" bahawa BN sedang mengangkut pengundi luar dengan menggunakan kapalterbang dari Sabah dan Sarawak.
Lihatlah bagaimana pembangkang membuat pelbagai pendedahan palsu kononnya ada daftar pemilih yang mengundi serentak di 3@4 tempat.
Malah Rafizi telah menjadikan "pendekatan pendedahan" melalui sidang akhbar untuk mendedahkan sesuatu isu atau skandal walaupun akhirnya pendedahan itu didapati palsu.
Lihatlah bagaimana DS Najib tidak pasal-pasal dituduh terlibat melakukan konspirasi dalam kes liwat Saiful hanya berbekalkan bukti Saiful ada berjumpa pegawai khas PM sebelum kejadian.
Lihatlah bagimana mereka menukar budaya politik sehat kepada budaya politik kotor melalui pelbagai provokasi dan gerakan yang menjurus kearah demonstrasi dan keganasan yang mana akhirnya semua provokasi dan keganasan ini diterbalikkan hingga akhirnya pihak kerajaan dan anggota keselamatan pula seperti didapati berada di pihak yang salah.
Lihatlah bagaimana kelicikan mereka mencuci tangan yang kotor bergelumang dengan pelbagai perancangan kotor untuk menimbulkan ketegangan dan kekeliruan di kalangan rakyat dengan memindahkan segala kerja kotor itu pasti kerja UMNO.
Walau bagimana pun semua ini sepatutnya boleh di atasi oleh UMNO dengan mudah jika UMNO mahir untuk melakukan "counter attack" terhadap semua tuduhan ini kerana sebahagian besar dari isu ini hanyalah sekadar tuduhan dan rekayasa dari sesuatu yang palsu menjadi plot yang kelihatan ada fakta dan berkredibiliti.
Bagaimana UMNO boleh menjadi begitu defensif sehingga sesuatu isu yang asalnya tidak signifikan tetapi akhirnya dianggap oleh rakyat sebagai suatu isu yang punya kredibiliti tinggi sehingga menjadi isu besar di kalangan rakyat?
Kita menjadi hilang punca dan hairan bila ada terdengar perbualan orang kampong dan anak-anak muda yang sudah begitu tebal syak wasangka dan kebencian mereka terhadap UMNO dan pemimpinnya.
Terlalu jahat dan terlalu zalim pada pemikiran dan anggapan mereka pemimpin UMNO yang ada hari ini. Mereka sudah benar-benar yakin dan membayangkan bahawa PM dan UMNO ini terlalu zalim hingga diletakkan sebaris dengan kezaliman tentera junta Myanmar dan Marcos.
Kenapa sangkaan mereka jadi begitu dahsyat terhadap pimpinan UMNO?
Kerja pembangkang memang tidak beretika dan akan menghalalkan semua cara demi memasung pemikiran rakyat agar menurut versi dan pandangan pembangkang. Itu memang kerja asasi pihak pembangkang.
Tetapi masalahnya kenapa UMNO seperi sudah muflis idea dan cara untuk membenteras dan mematikan isu-isu ini sehingga persepsi rakyat menjadi begitu pesimis terhadap UMNO?
Kelemahan ketara UMNO ialah UMNO memilih kaedah yang salah untuk menjawab dengan meletakkan diri di posisi defensif sepanjang masa dan terlalu berhati-hati mahu menyelesaikan dan memberi penerangan secara lurus bendul secara baik.
UMNO adalah parti politik tapi gaya meng"address" setiap masalah seperti ketua kampong yang mahu semua masalah dan isu dikalangan anak buah mahu diselesaikan seperti menatik tambut dalam tepung.
UMNO kena ingat "manakan mampu diasah batu sepulau".
Untuk menahan banjir lumpur yang turun dari bukit bukan dengan bertindak menadah semua banjir lumpur tersebut dan diletakkan kembali ditempatnya. Ini kerja bangang.
Untuk menahan tebing sungai dari terhakis bukan dengan cara menggaji manusia mengikut shift menahan tebing daripada runtuh. Ini kerja tak siuman.
Jadi kenapa UMNO hanya menggunakan kaedah menjawab bila disoal atau ditimbulkan sesuatu isu atau tuduhan. Kenapa UMNO mesti melayan setiap tuduhan pembangkang. Bila pembangkang tuduh, UMNO nafi. Bila pembangkang bawa bukti, UMNO pun bawa bukti untuk menyanggah bukti lawan. Apakah jika pembangkang ledakkan 1000 isu, maka UMNO perlu jawab dan layan 1000 isu ini satu persatu?
Sampai bila nak buat macam ni? Menuduh dan menimbulkan pelbagai isu memang kerja dan rukun parti pembangkang. Jika UMNO hanya melakukan kerja-kerja menjawab isu yang ditimbulkan, memang itulah yang digemari oleh pembangkang. Menari mengikut rentak mereka.
Tapi untuk berdiam diri dan tidak "react" dengan isu yang dibangkitkan juga adalah salah. Ini akan menyebabkan tuduhan tersebut dianggap benar pula.
Sepatutnya UMNO kena kenal pasti kaedah bagaimana setiap isu yang dibawa oleh pembangkang tersebut akan ditolak dan tidak dipercayai oleh rakyat dengan sendirinya.
Caranya, haruslah dikenal pasti kaedah bagaimana untuk memenangi semula persepsi rakyat terbanyak yang semakin hari semakin berjaya ditawan oleh pembangkang walaupun mereka hanya menggunakan isu dan tuduhan berbentuk palsu.
Untuk hilangkan persepsi buruk rakyat, UMNO mesti cari jalan atau kaedah bagaimana rakyat boleh menghormati dan mengakui UMNO dan setiap dengan dasar dan perlaksanaannya serta perkataan yang keluar dari mulut dan perbuatan pemimpin UMNO mampu menawan persepsi dan meyakinkan rakyat. Cari pendekatan dan medium lain yang tidak bersangkutan dengan tuduhan yang akan menyebabkan akhirnya rakyat akur dan yakin dengan UMNO, pemimpin dan kepimpinannya.
Cuba tengok Tun M. Apa yang tidak dituduh dan apa yang tidak dilabel oleh pembangkang terhadap Mahathir?
Tapi disebabkan kredibiliti, kepercayaan dan keyakinan ramai terhadap kepimpinannya dan penghormatan ramai terhadap apa yang telah dicapainya untuk negara, bangsa dan rakyatnya, akhirnya semua label dan tuduhan liar yang dilemparkan terhadap beliau mati begitu saja ditolak dengan sendiri oleh majoriti rakyat. Itu barulah pemimpin!
Pokok pangkalnya, kalau orang sudah yakin dan percaya dengan kredibiliti UMNO dan para pemimpinnya, segala usaha dan grand design pembangkang untuk memburukkan kerajaan melalui pelbagai cara termasuk character assasination pasti akan gagal.
Kalau bini percaya dan yakin dengan kredibiliti kita, semua yang kita buat dan semua cerita luar yang datang bini akan tolak. Tapi jangan kalau bini dah hilang percaya dengan suami. Apa yang kita buat semua salah dan ada saja yang tak kena. Balik cepat salah balik lambat pun salah. Pergi masjid pun bini boleh timbul syak wasangka. Apatah lagi kalau tak pernah dibuat tiba-tiba pergi masjid.
Play safe..budaya nak berbudi bahasa dalam semua isu yg d bangkitkan oleh pakatan sekarang da ketinggalan zaman..serang serang balik..buka amaran amaran amaran..skr rakyat lebih percaya apa yg pakatan katakan dari BN ..rakyat malaysia da rosak suka benda yg maki hamun..fitnah...fantasi..fakta da tak leh pakai..da ramai x caya..so BN akan terkubor sebab bebalnya cybertrooper Umno dan BN..sebatutnya buat mcm DAP lakukan ..biakkan cybertrooper sepanjang masa, bukan bergantung dgn media utama kerajaan..
ReplyDeletePada asas dan secara ringkas, saya buat simpulan keadaan sama saperti PRU 2008, di mana pak lah meminpin semua ke bilik tidur dan lena selesa santai dan lalaikan leka -- "overconfident" dan percaya kapada berita baik saja.
ReplyDeleteSetuju dengan pandangan anda hanya Najib Muhiyudin dan TDM yang berkerja kuat..Yang lain macam half cock. Hanya di alam maya dan media massa yang beri liputan yang enak cantik dan sempurna.On the ground, petugas kata 50/50.
arjuna waspada
changkat lobak.
Membina Dan merosakan adalah dua perkara berbeza, yg mana satu lebih mudah.
ReplyDeleteBeban bukan harus diletak pada umno, kalau hari ini umno kalah siapa yg akan tanggung? Baik atau buruk rakyat yg perlu hadapi kerana itu keputusan majoriti rakyat yg menolak umno. Kesejahteraan rakyat terketak kepada budi bicara rakyat itu sendiri, umno hanya alat untuk melaksanakan gagasan bangsa Dan ugama. Jika umno ditolak gagasan it berpindah kepada parti yg dipilih. Umno tak rugi apa-apa, yg rugi adalah rakyat, yg rugi adalah bangsa. Tetapi jika parti yg menang membawa perubahan yg lebih baik, umno tak untung apa2, yg untung adalah rakyat.
Camana nak tepis bekas Ketua Penerangan UMNO dan Naib Presiden UMNO Mat Taib ada banyak rahsia. Pelik juga dia masuk PAS tak kena pecat. Rakyat mahu yg terbaik dari yang baik. Jadi restuilah.
ReplyDeleteMenuduh memang senang dari yang kena tuduh
ReplyDeleteMengendap lebih senang dari menyerang
Menfitnah lebih senang dari memberi bukti
Rasa terkilan lebih senang dari berpuas hati
Menyalahkan org lebih senang dari menyalahkan diri sendiri
Menunjuk(guna satu jari)lebih senang dari bersalam (guna sepuluh jari)
Mencaci lebih senang dari memuji
Memusnah lebih senang dari membina
Menghancurkan kerajaan lebih senang dari membina kerajaan yg mantap seperti di zaman Mahathir
Morale of the story:
Memang Melayu cari jalan senang untuk jadi senang.Walaupun seseorg itu bersusah payah seperti ...Al Bukhari,melayu juga yg mengutuknya,ada kita lihat semasa dia bersusah payah menjana empayarnya,takder siapa yg ambil tahu.
Saya sebagai usahawan juga berasa terhina sebab usaha saya yang tak pernah putus utk berjaya mesti ada org melayu yg membenci saya.
So,jika kerajaan bertukar tangan kita akan lihat sikap ini akan berlaku juga,PHD penyakit hasad dengki tidak akan berakhir.
Dan selalunya org yg PHD ni adalah org2 yg malas,gagal,suka berlagak dari belajar,menghabiskan subsidi dari menggunakkannya,menjual kupon yg di beri kepada org lain,menjual minyak subsidi,mengali babakn permit dan tender dan lain lain.
Akhir sekali:
ALHAMDULLILLAH lebih senang dari INNALILLAH...
Macamana dengan UMCEDEL tu menipu jugak ker???!!!
ReplyDeleteFikikr-fikir kan yop ooiii...
BEKAS IGP MENJADI PENASIHAT KESELAMATAN
ReplyDeleteapa kaitan dengan JPM 5.5.13 ?
Penglibatan Musa sebagai penasihat keselamatan ke majlis keselamatan PR adalah:
1.PR yakin amat yakin bersunggoh yakin bahawa akan menjadi huru hara selepas 5 hb Mei.
2.PR tidak yakin akan kemenangan BN.
3.Mengambil preemptive action .(sendiri fikir senario senario dan opsyen)
4.Tidak yakin akan impartiality institusi polis dan tentera.
5.Mencukupi barisan terlatih dan berpangkat tinggi kententeraan dan polis ATM,TLDM,TUDM PDRM untuk ada networks dalam pegawai tinggi tentera dan polis serta majlis DYMM Raja Raja.
6.Tunjuk ada kredibilty kapada semua,lebih lagi cummunity bizness cina dan antarabangsa.Yaani PR is bizness friendly.
7.Juga untuk memberi kesedaran kapada komponen pati PR bahawa PR ta mau Arab spring bermula dari ahli sendiri PR,dan ahli mereka patuh garis panduan agar tidak mencetus apa apa yang akan mengundang tindak balas.
8.Akan memberi nasihat bersama dengan bekas anggota panglima dan pensyarah University pertahanan kapada PR , bila Ah Beng dapat jadi Menteri kewangan, di kategari apakah belanjawan pertahanan dan kepolisan dapat di kurang kan,tanpa menjejaskan tahap keselamatan negara, dan guna penjimatan untuk sokong akujanaji PR.
9.Untuk siasat lebihan perbelanjaan pertahanan ketirisan bocor dan lain2 .
10. Melengkap kan barisan kepimpinan secara UMUM dengan kenytaan" kita ramai TAN SRI TAN SRI..
seterus dan lain lain.
Dan yang utama sekali, setiap anggan anggan cita cita rangkaian dapat di lakukan dan di laksanakan.
Government is BIIIIIIGGGG bizness, berbillionbillion RM selama lima tahun,berbillioon RM, untuk di beri kapada manafaat kapada semua ahli ahli yang telah susah payah menyokong PR susah payah, mesti dapat penghargaan, GOVERNMENT is BIIIIIIGGGGG Bizness.
arjuna waspada
changkat lobak
Ya tahniah diatas penulisan menuduh dengan membalikkan cerita yang tidak benar menjadi seolah-olah benar ....
ReplyDeleteTidak mengapa dalam batas beberapa hari saja lagi ratusan CYBER TROOPER UMNO akan tidak lagi menerima gaji dan elaun, apabila UMNO tewas dan tidak lagi Kerajaan yang memerintah,
.... mungkin pada waktu itu, CYBER TROOPER UMNO akan tahu dimana langit yang dijunjung dan dimana bumi yan dipijak;
UMNO, Rosmah Mansor, Najib,Sharizat dan hampir 3000 kader UMNO sudah terlalu lama menjadi pemeras kehidupan rakyat biasa terdiri dari petani, nelayan, pemandu teksi, kesemua kaum buruh ... sudah sampai masa CYBER TROOPER membantu mereka yang sebanrnya menjadi pemilik negara ini ..... bukan UMNO, bukan kroni UMNO ; MCA atau MIC atau SUPP ... tertapi rakyat biasa yang telah ditipu sekeian lama oleh UMNO