Beberapa andaian, kemungkinan dan rumusan kepal nasi menjelang hari pengundian.
Jika penyokong PAS turut mengundi calon PKR dan DAP, ini menandakan penyokong PAS tidak terkesan langsung dihati mereka samada kalimah Allah mahu dikongsi oleh pelbagai agama atau pun tidak.
Fahaman merbahaya Anwar dalam isu kalimah Allah, pluralisma dan LGBT juga mereka tidak peduli. Malah moral Anwar yang sangat buruk juga tidak menjadi persoalan bagi mereka.
Bukti dan petunjuk yang semakin jelas wujud tangan Anwar yang membawa pencerobohan asing di Sabah juga mereka tidak ambil pusing.
Jika apa yang dilakukan oleh Anwar ini hanya ditutup sebelah mata dan dipandang sepi oleh pendokong dan pemimpin PAS, itu tandanya masa depan negara sedang menuju arah yang sangat merbahaya.
Rakyat dan negara harus menjangka kemungkinan umat melayu Islam di negara ini sedang menghampiri zaman kehancuran dan malapetaka tidak boleh disangkal lagi. Perpaduan ummah bakal menjadi antara perkara yang mustahil.
Perdamaian ummah hanya mungkin akan berlaku setelah umat melayu hilang segala-galanya dan bertangisan sesama sendiri menyesali akan kesilapan dan kealpaan kerana mengikut hawa nafsu masing-masing.
Tetapi, jika para pendokong dan penyokong PAS masih ada hati dan sayangkan agama dan umat melayu Islam serta tidak sanggup melihat agama diperdagangkan oleh Anwar demi untuk meragut kuasa dan sokongan, penyokong PAS tidak mungkin akan sanggup memberi undi mereka kepada calon DAP dan PKR.
Hanya penyokong dan pendokong PAS yang mana kebencian mereka terhadap UMNO melampaui kepentingan untuk melindungi kesucian agama dan keamanan negara sahaja yang tidak akan peduli akan kesan yang bakal terjadi jika mereka terus mengikut hati mengundi DAP dan PKR dengan maksud untuk membenamkan UMNO.
Kepada pendokong dan penyokong PAS, jika benar saudara saudari mahu melihat Islam terjaga dan didaulatkan oleh lara penganutnya di negara ini, maka kunci terpenting yang harus dijaga ialah niat ikhlas kerana Allah dan bebas dari sebarang niat sampingan seperti cintakan kuasa atau bencikan UMNO ataupun kedua-duanya sekali.
Kisah Saidina Ali r.a dengan seorang yahudi di bawah ini mungkin boleh dijadikan tauladan oleh para pendokong dan penyokong PAS untuk dijadikan rujukan KPI tahap keikhlasan sebenar mereka dalam memperjuangkan agama.
Dalam satu peperangan Saidina Ali sudah mempunyai peluang terbuka untuk memenggal kepala si yahudi. Si yahudi yang sudah tidak mampu melakukan apa-apa telah meludah muka Saidina Ali. Ali r.a pula terus menyarung kembali pedangnya yang sedia terhunus. Si yahudi berasa pelik dan bertanya kepada Ali r.a kenapa Ali berbuat demikian setelah dia meludah muka Ali r.a.
Ali r.a pun menjawab. "Pada mulanya aku mahu memenggal kepala kamu kerana perintah Allah tetapi setelah engkau meludah ke muka ku, aku takut jika aku memenggal kepala mu disebabkan kemarahan ku kerana engkau meludah muka ku."
Nah..! Bandingkanlah maksud perjuangan PAS dengan maksud perjuangan Islam yang sebenar. Bandingkanlah ditahap mana keikhlasan perjuangan PAS dengan KPI keikhlasan perjuangan Islam yang sebenar di sisi Allah.
Sebab tu saya selalu kata.."jangan temberang lebih sangat" nanti Allah duga iman kamu kok tak terdaya.
Baru Allah hantar dugaan makhluk yang bernama Anwar Ibrahim dengan segala macam perangai, PAS sudah haru-biru dan hilang punca serta prinsip perjuangan.
PAS parti Ikhlas kerana Allah? Jauh panggang dari api! Salam ikhlas tahi kucing dari kepal nasi...
spendaman akan mengakui dia buat dengan isteri dia no 2, disertakan dengan surat nikah dari thailand tapi sama ke dengan chop pasport.
ReplyDeletesempat ke nak lawan balik, kecuali ada video awek tu dengan orang kedua dalam pas
Tulisan ini memuatkan contoh yang teramat baik tentang keikhlasan dalam perjuangan, samada kerana Allah atau kerana dendam atau kerana amarah.
ReplyDelete