Terlalu banyak bukti yang menunjukkan pendokong taksub PAS dan penyokong taksub Anwar sangat rosak pemikiran dan jiwa mereka. Pemikiran dan jiwa mereka sedang terjerumus dengan suatu yang mereka anggap sebagai sesuatu yang hak dan benar tetapi hakikatnya ia adalah suatu kebatilan dan kepalsuan yang nyata.
Pendokong taksub ini beranggapan apa saja "perkataan yang dikeluarkan dan perbuatan yang dilakukan" oleh pemimpin mereka adalah "wajib untuk diikuti dan dibenarkan" sebagaimana para sahabat nabi mengikuti dan membenarkan setiap sabdaan dan perbuatan yang keluar dari mulut dan batang tubuh rasulullah saw.
Bagaimana taat dan patuhnya para sahabat nabi terhadap setiap ajaran yang dikhabarkan dari mulut dan ditunjukkan oleh kekasih Allah swt melalui perbuatan, begitulah taat dan taksubnya para pendokong Anwar yang mengamalkan perbuatan yang nabi tak mengaku umat ini terhadap setiap sabdaan dan penafian beliau.
Bagaimana taat dan patuhnya pengikut nabi saw terhadap setiap sabdaan dan perbuatan baginda, begitulah taat dan taksubnya para pengikut PAS terhadap apa saja yang disabdakan dan dilakukan oleh para pemimpinnya.
Apa saja kenyataan dan perbuatan para pemimpin PAS dan Anwar hari ini sudah diangkat dan disamatarafkan dengan kemuliaan sabdaan-sabdaan nabi saw. Semua sabdaan pemimpin mereka akan dibenarkan sebagaimana para sahabat membenarkan perkataan-perkataan nabi saw. Tiada siapa kalangan pengikut mereka yang akan mengengkari apatah lagi untuk menyanggah apa yang disabdakan oleh pemimpin mereka.
Kepercayaan, pengakuan dan keyakinan para pengikut taksub ini terhadap makhluk yang digelar pemimpin ini seolah-olah sudah melebihi pegangan terhadap kepercayaan, pengakuan dan keyakinan yang sebenar kepada Allah swt.
Keyakinan, keikhlasan dan kejujuran mereka menerima apa saja seruan dan saranan dari para pemimpin mereka seolah-olah sudah melebihi keyakinan, keikhlasan dan kejujuran yang sewajibnya sebagai seorang Islam menerima setiap seruan-seruan dan sabdaan Nabi saw.
Akidah atau kepercayaan, pengakuan dan keyakinan yang sebenar-benar yakin kepada Allah sudah dibayangi oleh kepercayaan, pengakuan dan keyakinan kepada kelebihan dan kehebatan makhluk yang menjadi pemimpin mereka.
Buktinya, Allah menyuruh agar seluruh umat Muhammad saw bersatu padu dan berpegang kepada tali Allah serta jangan berpecah belah, tetapi penyokong taksub ini lebih taat dan patuh dengan sabdaan pemimpin mereka agar menentang dan menjatuhkan saudara seagama mereka walau dengan apa cara sekali pun, waima jika terpaksa berkawan dengan musuh agama termasuk iblis seperti yang difatwakan oleh Tok Guru Nik Aziz.
Mereka lebih memulia dan membenarkan apa yang disabdakan oleh pemimpin mereka daripada memulia dan membenarkan firman-firman Allah dan sabdaan KekasihNya.
Penyokong taksub mereka lebih yakin dengan sabdaan Hakim mahkamah rayuan yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat 1 dengan majoriti 2-1 di atas alasan tarikh tidak tepat walaupun hakim mengakui wujudnya perlakuan liwat, daripada beriman dengan sabdaan nabi yang tidak akan mengaku umat terhadap mana-mana umatnya yang mengamalkan liwat.
Pendokong taksub Anwar lebih menyakini dan beriman dengan kenyataan reverse bapa Saiful dari sumpah laknat sambil menjunjung Al Quran yang dilakukan oleh Saiful selaku individu yang melakukan sendiri perbuatan liwat tersebut bersama Anwar.
Pendokong taksub mereka lebih meyakini dan beriman dengan akuan bersumpah mendiang Bala yang menuduh PM dan Isteri terlibat dengan pembunuhan Altantuya daripada yakin dengan sumpah laknat dengan nama Allah yang dilafazkan oleh PM dan Isteri.
Pemimpin PAS berserta pengikutnya benar-benar yakin bahawa Islam hanya boleh didaulatkan di negara ini jika Allah berikan kuasa pemerintahan kepada mereka, sedangkan Allah sudah membuktikan melalui KekasihNya Muhammad saw bahawa agama suci yang dibawa oleh baginda berjaya disebar dan berkembang serta diterima oleh umat manusia tanpa sedikit pun pun bergantung kepada kuasa pemerintahan mahu pun harta bertimbun.
Tidakkah "keyakinan hanya melalui kuasa Islam boleh didaulatkan" ini merupakan suatu amalan syirik akhbar yang boleh menyebabkan seseorang itu akan kekal mendiami neraka jahanam buat selama-lamanya?
UMNO menyebut bahawa hanya UMNO yang telah terbukti berjaya membangunkan negara ini. Tanpa UMNO usaha ini akan gagal. Kenyataan ini terbukti benar jika kita melihat kepada pemerintahan PAS di Kelantan. Ia berkait dengan soal muasyarat, muamalat dan lain-kain "keperluan hidup" sebagai seorang manusia dan bukan berkait dengan "maksud hidup" yang wajib dilandaskan di atas akidah yang benar.
Ia tidak bersangkutan dengan akidah dan keyakinan secara langsung kepada sesuatu perkara yang berjisim seperti mana PAS yakin "hanya dengan kuasa" Islam boleh didaulatkan. "Keyakinan PAS kepada kuasa" ini samalah syiriknya dengan ,keyakinan hanya dengan menelan panadol sakit kepala boleh hilang".
den tak sabar nak mengundi. pasti kali ini pas dan pkr bungkus. mereka bertindak sebagai parti individu. bukanya gabungan yg didaftarkan seperti BN.so kalau mana2 parti menang pun x kan dpt jadi majoriti. PuteraNS.
ReplyDeletetuan tuan yang di rahmati allah, islam ialah berserah diri pada allah. bila kita sanggup bawa agama kita yakni islam, yakni agama yg allah redho dan rasulnya, yang 2 kalimah syahadah tiada tuhan disembah melainkan allah dan saw itu pesuruh allah. patutkah apa bila seseorang itu mengetahui dan percaya bahawa kuasa mutlak milik allah. sanggup kah kita bawa allah bertanding dengan manusia? ini cara mudah yang anda boleh faham.. di perak pada tahun 2013 allah telah kalah kepada bn, di penang allah telah bergabung dengan penyembah berhala dan menang dan berkongsi kuasa dengan mereka.. bukankah itu syirik yang amat besar? allah tidak perlu bertanding dgn sesiapa.. maka sistem yang di reka manusia yakni demokrasi itulah yang menyebabkan sesiapa yg bertanding dan sesiapa yang mengundi jatuh membuat syirik. sistem yang direka hampir sempurna ini khas untuk bawa hampir semua manusia masuk neraka jahanam dgn iblis. maka betulah hadis saw di akhir zaman sejahat jahat manusia adalah alim ulama, dari mereka timbul fitnah dan kepada mereka kembalinya fitnah. mereka langsung tak ambil peranan untuk membetulkan syirik yang amat besar ini. jadi sekarang anda akan tahu berapa ramai manusia yang akan masuk neraka jahanam kerana terlibat dgn demokrasi sesiapa yg tak mengundi? fikir fikirkan lah. selesai sesiapa yg mengundi maka habislah amalannya puasa solat zakat haji dan lain lain seumur hidupnya, sehingga dia bertaubat itu pun kalau allah mau terima taubatnya.. nauzubillah. lihatlah tuan tuan ade sesiapa yang menyalahkan iblis????? inilah kerja nya tak lain menipu manusia dan allah memberikan kuasa kepadanya yang manusia sudah lupa, dia hadir tanpa dikesan dan sesudah selesai dia hilang tanpa meninggalkan jejak. tinggallah manusia tunggang langgang bergaduh mencela dan memfitnah manusia lain walham yang meyebabkan mereka jadi begitu adalah iblis yang menutupi hati dan mata mereka. wallahuallam.
ReplyDelete