Monday, April 29, 2013

DAP DAN PAS SUDAH SEPAKAT TOLAK ANWAR!!

Apabila Pakatan DAP-PAS-PKR memerintah nanti, bolehkah mereka mencari formula penyelesaian masalah-masalah berikut?;

1. Magnum-Kuda-Toto.
- DAP pasti akan mempromosi dan mungkin menambah lagi lesen judi ini. PAS pula pasti akan menentang kerana judi jelas dilarang oleh agama Islam.

2. Sesuai dengan syiar Islam, PAS sudah pasti akan memperjuangkan agar TV3/RTM/AWANI menambah program bercorak Islam dan mengurangkan program hiburan yang melalaikan. Tetapi DAP pasti akan menentang penambahan program berbentuk Islam apatah mengurangkan program komersial TV berbentuk hiburan sediada.

3. PAS pasti akan melipat gandakan usaha pencegahan maksiat di kelab-kelab malam, minum arak, judi dan pasangan khalwat termasuk pasangan bukan Islam bersama penganut Islam. 
Apa pula reaksi DAP jika situasi sebegini dikuatkuasakan oleh PAS?

4. PAS akan membawa cadangan perlaksanaan hukum hudud ke Parlimen seperti yang dinyatakan oleh Haron Din. Apakah DAP akan menyokong atau menentang pindaan tersebut?

5. Jika PAS mahu menambah peruntukan untuk perkembangan agama Islam seperti pembangunan masjid dan lain-lain yang berkaitan dengan syariat Islam dan syarak. DAP akan mendesak dan memberi syarat jika peruntukan berkaitan syiar Islam ditambah, maka peruntukan untuk lain-lan agama juga wajib disamaratakan supaya lebih adil.

6. Apa reaksi PAS jika DAP mahu supaya pembesar suara azan di masjid dihadkan hanya di dalam masjid sahaja dan tidak boleh mengganggu ketenteraman lain-lain penganut agama?

7. Apa reaksi PAS jika DAP mahu pembinaan rumah ibadat lain-lain agama diluluskan di kawasan-kawasan strategik sepertimana bangunan Pusat Islam, Jakim dan Masjid Negara? Bersetujukan PAS meluluskan tanah untuk tujuan ini sepertimana kelulusan yang diberi kepada pembangunan syiar Islam?

8. Apakah DAP akan bersetuju jika PAS mahu menyamatarafkan mahkamah syariah dengan mahkamah konvensional?

9. Apakah PAS bersetuju menyerahkan kementerian-kementerian strategik kepada wakil DAP sebgai tukaran kepada jawatan Perdana Menteri yang dikorbankan oleh DAP walaupun DAP memiliki kerusi parlimen paling besar di dalam pakatan? Apakah formula yang pernah digunakan sewaktu memerintah Perak tempohari akan diamalkan di peringkat persekutuan? Nizar jadi MB tapi Nga dan Ngeh lebih berkuasa.

10. Jika DAP mahu Anwar jadi PM, apa akan jadi jika PAS tidak bersetuju? Jika PAS mahu Hadi Awang jadi PM apakah DAP akan setuju? 

Kesimpulannya boleh kita ramalkan dengan tepat. Sebaik saja pakatan berjaya memenangi PRU13, pada malam pengumuman kemenangan tersebut, DAP-PAS-PKR akan mula bergaduh besar untuk menetapkan siapa yang patut angkat sumpah jadi PM. 

Jika mereka berjaya pun mencari penyelesaian siapa yang harus jadi PM, dan seterusnya membentuk kerajaan pusat, dalam tempoh tidak sampai 6 bulan kerajaan pakatan pasti akan hancur disebabkan dasar dan ideologi mereka yang berlawanan di antara satu sama lain.

Mana mungkin kedua-dua ayam dan musang bersetuju duduk sereban. Musang memanglah nak, tapi ayam tak mungkin setuju. Tapi disebabkan DAP menjadi musang berbulu ayam, ayam PAS tertipu dan terpesona hingga musang DAP lebih dipercayai untuk mereka berkongsi reban daripada ayam jenis UMNO.  

1 comment:

  1. Jika sekadar itu permasalahan besar Yang tuan bangkitkan terbukti ia tidak menjadi masalah besar malah sebahagiannya sudah diselesaikan lebih awal, antaranya:
    Di permatang pauh secara bahasa isyaratnya - cina Dan ahli pas tidak akan undi anwar - anwar tewas sekaligus tidak layak sebagai pm
    Sekadar hudud pas yg tidak melibatkan hukuman ke atas org bukan Islam - tidak menjadi masalah pada dap untuk dilaksanakan tetapi dng berpuluh syarat Dan terms - kemungkinan hanya kelantan Dan zon tertentu dilaksanakan
    Perlaksanaan hudud bersyarat bukan isu besar dap - tetapi ia akan jadi isu besar Dan perpecahan dalam kalangan pas sendiri antara majlis syura-golongan anwarinas-pemimpin pas Yang tulis Islam
    Pemimpin pas akan sebok mengumpulkan Harta Dan apa sahaja yg lain atas arahan dap akan diperlembutkan dng 'alasan 'negara kebajikan'

    ReplyDelete